10 Perkara Perlu Tahu Tentang Tuntutan Insurans Kemalangan

Kali terakhir diperbaharui Aug 21, 2023 oleh Shafiq Wahab
10 Perkara Perlu Tahu Tentang Tuntutan Insurans Kemalangan

Tuntutan insurans kemalangan daripada syarikat insurans boleh membantu mengurangkan beban kewangan kepada diri anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki perlindungan insurans yang sewajarnya untuk elakkan anda daripada menggunakan wang simpanan sendiri untuk menampung kos pembaikan kereta anda.

Perkara Penting Tentang Polisi Insurans yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Tuntutan Insurans Kemalangan

Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan dengan secepat mungkin dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku. Secara asasnya, anda layak membuat tuntutan insurans kemalangan untuk baiki kerosakan pada kenderaan sendiri asalkan anda mempunyai polisi insurans yang sah dan perlindungan insurans kereta komprehensif.

Kami turut menyenaraikan soalan-soalan lazim berkaitan insurans kereta dan proses claim insurans kereta bagi membantu anda memahami perkara berkaitan tuntutan insurans kemalangan dengan lebih baik:

Tuntutan Insurans Kemalangan: Lindungi Diri Anda dengan Perlindungan Insurans Kereta di Qoala

1. Bagaimana Anda Boleh Beli Insurans Kereta dengan Mudah dan Selamat?

Anda boleh membeli insurans kereta melalui ejen yang berdaftar atau secara dalam talian melalui platform perbandingan dan pembaharuan insurans seperti Qoala. Untuk pembelian insurans secara dalam talian, anda boleh merujuk panduan yang disediakan di sini – Cara Renew Insurans Kereta Secara Online di Qoala.

2. Apakah Jenis Insurans yang Tersedia untuk Perlindungan Kereta Anda?

Insurans kereta terbahagi kepada tiga jenis perlindungan insurans seperti berikut:

i. Komprehensif

Perlindungan kereta daripada kemalangan yang disebabkan oleh anda, kemalangan yang melibatkan kecuaian sendiri dan kejadian kereta terbakar atau dicuri.

ii. Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian

Anda boleh buat tuntutan insurans kemalangan jika kemalangan berpunca daripada pihak ketiga, atau kejadian kereta anda terbakar atau dicuri.

iii. Pihak Ketiga

Insurans kereta third party ini hanya melindungi pihak ketiga apabila berlaku kemalangan yang disebabkan oleh anda. Anda perlu menanggung kos kerosakan kereta anda sendiri.

3. Apa Itu Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD Kereta?

NCD kereta atau No Claim Discount merujuk kepada skim ganjaran untuk pemegang polisi. Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans kemalangan dalam tempoh polisi untuk tahun semasa, anda layak mendapat diskaun ke atas harga premium insurans anda.

Kadar NCD ditentukan mengikut kelas kenderaan iaitu antara 25 hingga 55 peratus untuk kenderaan persendirian dan 15 hingga 25 peratus untuk motosikal dan kenderaan komersial.

4. Bagaimana NCD Anda Akan Terjejas Jika Anda Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan?

Tuntutan Kerosakan Sendiri, Tuntutan Kecurian, Tuntutan Cermin Kereta atau Tuntutan Pihak Ketiga terhadap polisi insurans anda akan menyebabkan NCD kereta anda terjejas. Ini bermaksud, premium kereta anda akan menjadi lebih mahal berbanding tahun sebelumnya.

Namun begitu, NCD sedia ada tidak akan terjejas sekiranya anda membeli perlindungan tambahan seperti endorsmen 89 (cermin hadapan) dan endorsmen 111 (kereta persendirian). NCD kereta untuk tuntutan kecurian akan dilupuskan tanpa mengira perlindungan tambahan yang dibeli.

5. Apakah Jenis Tuntutan Insurans Kemalangan yang Boleh Dilakukan?

Tuntutan insurans kemalangan yang tersedia dalam polisi insurans adalah seperti berikut:

i. Tuntutan Kerosakan Sendiri

Jika kemalangan BERPUNCA daripada kesalahan anda sendiri, anda boleh buat tuntutan Kerosakan Sendiri (atau Own Damage Claim). Tuntutan Kerosakan Sendiri merujuk pada proses tuntutan kerugian atau kerosakan pada kereta anda daripada syarikat insurans anda sendiri.

ii. Tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan (Tuntutan OD-KFK)

Selain itu, anda juga boleh buat tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan atau Own Damage Knock-for-Knock (OD KFK). Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock ialah satu kaedah tuntutan insurans daripada pihak ketiga melalui syarikat insurans anda sendiri.

Dalam erti kata lain, anda menuntut bayaran daripada syarikat insurans sendiri terlebih dahulu meskipun kesalahan BUKAN berpunca daripada anda. Dengan syarat, kemalangan tersebut bukan disebabkan oleh kesalahan anda dan anda tidak disaman oleh pihak polis.

Kemudian, pihak insurans anda akan menuntut semula kos kerugian daripada syarikat insurans pihak ketiga (jika berkaitan). Dengan membuat tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock, tuntutan insurans kemalangan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Anda juga tidak akan hilang kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (No Discount Claim atau NCD kereta). Semua pemegang polisi kereta persendirian komprehensif boleh membuat tuntutan ini.

iii. Kerosakan Cermin Kereta

Sekiranya anda membeli perlindungan tambahan kerosakan cermin kereta, anda boleh menuntut penggantian cermin hadapan tanpa menjejaskan NCD kereta. Sebaliknya, anda akan kehilangan NCD jika anda membuat tuntutan cermin kereta pecah atau retak tanpa perlindungan tambahan ini.

Jika tuntutan insurans cermin kereta telah dibuat, anda disarankan untuk membeli semula perlindungan cermin kereta kerana tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi setiap pembelian. Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.

iv. Kecurian

Anda perlu melaporkan insiden kecurian atau kemalangan kepada polis dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Kemudian, anda perlu hubungi syarikat insurans anda untuk tindakan selanjutnya.

v. Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga (TPPD)

Ia merujuk pada proses tuntutan terhadap syarikat insurans pihak ketiga jika kemalangan BUKAN berpunca daripada kesalahan anda. Anda boleh buat tuntutan kerosakan pada kereta atau harta akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak lain dan kerugian kewangan yang lain seperti ekses dan loss of uses.

NCDkereta akan terjejas jika anda membuat tuntutan insurans kemalangan (bergantung pada situasi).

6. Apakah Dokumen Asas yang Diperlukan untuk Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan?

Dokumen asas perlu dikemukakan kepada syarikat insurans dalam tempoh yang munasabah untuk memudahkan proses pembayaran. Berikut dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis tuntutan insurans untuk panduan anda:

Jenis Tuntutan Dokumen Diperlukan
Tuntutan Kerosakan Sendiri
  • Borang tuntutan yang diisi dengan lengkap;
  • Salinan kad pengenalan pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;
  • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;
  • Salinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);
  • Permit kenderaan – untuk kenderaan komersial;
  • Salinan lesen memandu pemandu semasa kemalangan berlaku;
  • Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – untuk kenderaan komersial;
  • Salinan asal laporan polis yang disahkan;
  • Sijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan – untuk kenderaan berdaftar syarikat;
  • Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan;
  • Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya;
  • Dokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).
Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan (OD-KFK)
  • Borang tuntutan yang diisi dengan lengkap;
  • Salinan asal laporan polis yang disahkan;
  • Salinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;
  • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;
  • Salinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);
  • Permit kenderaan – untuk kenderaan komersial;
  • Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – untuk kenderaan komersial;
  • Sijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);
  • Laporan siasatan polis (bukti pihak lain yang menyebabkan kemalangan);
  • Pelan rajah dan pelan punca polis;
  • Butiran pemegang polisi dan salinan laporan polis pihak lain;
  • Pengisytiharan bersetuju kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan sekiranya tuntutan tidak memenuhi syarat Tuntutan OD-KFK.
Tuntutan Cermin Kereta
  • Borang tuntutan yang diisi dengan lengkap;
  • Salinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;
  • Bil pembaikan/invois cukai;
  • Salinan asal laporan polis yang disahkan (jika tidak digantikan atau dibaiki di bengkel panel);
  • Sijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan).
Kecurian
  • Borang tuntutan yang diisi dengan lengkap;
  • Salinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;
  • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;
  • Salinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);
  • Permit kenderaan – untuk kenderaan komersial;
  • Sijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);
  • Salinan asal laporan polis yang disahkan;
  • Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – untuk kenderaan komersial;
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan – untuk kenderaan berdaftar syarikat;
  • Salinan permit AP – untuk kenderaan diimport atau kenderaan dipulihkan;
  • Dokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).
Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga (TPPD)
  • Surat permintaan dengan butiran amaun tuntutan;
  • Salinan asal laporan polis yang disahkan untuk pemegang polisi dan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan;
  • Laporan siasatan polis dan pelan rajah;
  • Gambar kejadian kemalangan dan gambar (daripada) polis;
  • Salinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;
  • Laporan adjuster;
  • Bil pembaikan/invois cukai;
  • Butiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;
  • Salinan polisi insurans pihak ketiga;
  • Perjanjian sewa kereta daripada syarikat berdaftar untuk tuntutan LOU;
  • Sijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);
  • Dokumen-dokumen tambahan lain (jika berkaitan).

7. Apa Itu Pampasan untuk Tempoh Pembaikan Yang Dianggarkan atau Loss of Use?

Selain kos pembaikan kerosakan, anda juga layak membuat tuntutan loss of use daripada pihak insurans. Tuntutan loss of use merujuk pada amaun yang perlu dibayar oleh syarikat insurans mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk membaiki kereta seperti yang dinilaikan oleh adjuster.

Anda akan diberikan wang pampasan bagi kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung selama tempoh kenderaan anda tidak boleh digunakan. Anda disarankan untuk menyimpan segala bukti pembayaran seperti resit tambang teksi atau kereta sewa untuk membuat tuntutan ini.

Loss of Use = Kadar Mengikut Resit Tambang Teksi atau Perjanjian Sewa Kereta x Bilangan Hari yang Diperlukan untuk Membaiki Kereta

Kebiasaannya, proses tuntutan ini memakan masa tiga hingga lima hari bekerja. Pusat servis atau bengkel panel akan menyediakan laporan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan tuntutan anda. Hantar dokumen dan laporan tersebut kepada syarikat insurans pihak ketiga untuk diproses.

8. Bagaimana Cara Lakukan Tuntutan Insurans Kemalangan atau Claim Insurans Kereta Kemalangan?

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, berikut cara claim insurans kereta yang anda perlu tahu:

i. Dapatkan Bantuan

Hubungi syarikat insurans untuk mendapatkan bantuan jika kereta anda mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. Anda diingatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda sahaja.

ii. Kumpulkan Bukti

Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis. Dapatkan butiran individu yang melanggar atau dilanggar oleh anda. Ambil gambar kawasan kejadian, kerosakan pada kenderaan, nombor plat, cukai jalan kenderaan dan kad pengenalan individu yang terlibat.

iii. Buat Laporan Polis

Jika kenderaan anda selamat untuk digunakan, bawa kenderaan ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Sekiranya kenderaan rosak teruk, tunggu sehingga bantuan perkhidmatan trak tunda tiba.

Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam. Jika tuntutan lambat dibuat atau gagal berbuat sedemikian dalam tempoh waktu ditetapkan, anda boleh dikenakan denda.

iv. Maklumkan kepada Syarikat Insurans

Anda perlu memaklumkan kepada syarikat insurans dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan. Anda disarankan untuk mengemukakan tuntutan insurans kemalangan secepat mungkin setelah menerima salinan keputusan kes.

v. Hantar Kereta ke Bengkel Panel

Minta senarai penuh bengkel panel kereta daripada syarikat insurans anda. Hantar kenderaan anda ke pusat servis kenderaan yang dipercayai. Ia bagi memastikan kerosakan kenderaan dibaiki dengan sempurna dan alat ganti yang digunakan adalah tulen.

9. Berapa Lama Tempoh Menunggu untuk Menerima Tuntutan Insurans Kemalangan atau Kecurian?

Pemprosesan tuntutan insurans kemalangan atau kecurian biasanya memakan masa enam (6) bulan atau lebih bergantung pada tahap kerumitan tuntutan. Namun begitu, tuntutan biasanya akan diproses sebaik sahaja siasatan kecurian atau kemalangan selesai tanpa sebarang masalah dikesan.

10. Bagaimana Cara untuk Mengelakkan Kemungkinan Tuntutan Insurans Kemalangan Ditolak?

Untuk mengelakkan tuntutan insurans kemalangan daripada ditolak, anda mungkin boleh mempertimbangkan perkara ini untuk tindakan lanjut:

  • Maklumkan kepada syarikat insurans mengenai kemalangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan;
  • Pastikan butiran dan maklumat yang dinyatakan lengkap sebelum membuat tuntutan insurans kemalangan;
  • Sediakan butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang berlaku;
  • Pastikan kenderaan persendirian tidak digunakan untuk sewaan atau mengangkut barangan bagi tujuan perniagaan;
  • Nyatakan maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat (jika berkaitan);
  • Pastikan maklumat polisi, butiran kemalangan seperti tarikh, jenis kerosakan, lokasi dan sebagainya dinyatakan secara jelas dan tepat.

Pilih perlindungan insurans terbaik dan fahami polisi anda untuk elakkan risiko tuntutan insurans kemalangan ditolak.

Renew Roadtax dan Insurans Kereta di Qoala untuk Dapatkan Perlindungan yang Anda Perlukan

Selain ketahui cara pilih insurans kereta terbaik, penting untuk anda fahami perkara-perkara penting berkaitan tuntutan insurans kemalangan. Ia untuk mengelakkan berlaku kes tuntutan insurans kemalangan ditolak kerana tidak memahami polisi yang dimiliki.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans kereta terbaik yang boleh anda pilih. Lakukan kajian dengan teliti dan pilih syarikat insurans yang menawarkan perlindungan yang lengkap. Ini kerana, tidak semua syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan yang sama.

Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insuran kereta paling komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform yang membolehkan anda lakukan perbandingan dan pilih insurans kereta murah daripada beberapa syarikat insurans.

Proses renew insurans kereta boleh dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

One comment

  1. Assalam…maaf nak btanya …loss of use tempoh sah laku tuntutan (berapa lama contoh 1 tahun ka) masih boleh claim lagi..thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60