3 Langkah Mudah Semak Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Digital

Kali terakhir diperbaharui Aug 4, 2023 oleh Shafiq Wahab
3 Langkah Mudah Semak Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Digital

Setelah Kementerian Pengangkutan mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu mempamerkan pelekat road tax di cermin kereta dan kad lesen memandu secara fizikal, terdapat pelbagai soalan yang timbul mengenai pelaksanaan cukai jalan digital dan lesen memandu digital. Walaupun ramai yang menyambut baik langkah ini, masih lagi terdapat keraguan tentang isu keselamatan dan juga aksesibiliti pendigitalan cukai jalan.

Adakah Roadtax Digital dan Lesen Memandu Digital Akan Memudahkan Urusan Anda atau Sebaliknya?

Penguatkuasaan digital Lesen Memandu (LLM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mula berkuatkuasa pada 10 Februari 2023 yang lepas. Langkah ini diambil untuk memudahkan urusan pengguna jalan raya dengan hanya menujukkan cukai jalan digital dan lesen memandu digital melalui telefon pintar sahaja.

Untuk berbuat demikian, anda perlu menggunakan portal JPJ atau aplikasi MyJPJ. Melalui aplikasi ini, anda juga boleh menyemak maklumat peribadi dan butiran kenderaan yang disimpan dalam pangkalan data JPJ seperti:

Anda tidak perlu lagi berbaris panjang di pejabat JPJ untuk mendapatkan salinan fizikal road tax kenderaan dengan adanya cukai jalan digital. Anda perlu buka aplikasi My JPJ dan tunjukkan roadtax digital yang mempunyai kod QR kepada pihak berkuasa. Pegawai penguatkuasa akan mengimbas kod QR ini untuk mengesahkan sama ada cukai jalan anda ini masih sah atau tidak. Untuk maklumat anda, kod QR ini hanya boleh dibaca oleh perkakasan yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ dan PDRM sahaja.

jpj semak roadtax online

Cara Check Cukai Jalan Digital Online (e-LKM) dan Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ

Jika anda masih belum mempunyai akaun My JPJ, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah tiga langkah mudah untuk semak cukai jalan digital dan lesen memandu digital melalui MyJPJ:

1. Muat Turun Aplikasi MyJPJ

Anda boleh muat turun aplikasi MyJPJ melalui Apple Store jika anda merupakan pengguna produk Apple atau Google Play Store sekiranya anda merupakan pengguna produk android.

2. Daftar Akaun Baharu

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk ke dalam aplikasi ini. Namun begitu, jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan MyJPJ, anda perlu daftar akaun baharu terlebih dahulu dengan memasukkan maklumat-maklumat penting seperti:

  • Nama penuh;
  • Nombor kad pengenalan;
  • Alamat emel yang sah;
  • Nombor telefon bimbit yang sah.

Pastikan anda periksa maklumat anda dua atau tiga kali untuk memastikan semua butiran yang anda beri adalah tepat. Kemudian, anda boleh cipta kata laluan anda.

3. Semak Cukai Jalan Digital dan Lesen Memandu Digital Anda

Selepas mendaftar, anda boleh membuat semakan lesen memandu dan cukai jalan melalui portal JPJ dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke portal atau aplikasi MyJPJ yang telah anda muat turun;
  2. Pada halaman utama, klik pada ikon ‘Profil’ yang terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan skrin;
  3. Paparan lesen memandu digital anda akan dipaparkan;
  4. Klik pada tab “Lesen Kenderaan Motor” atau “Roadtax” dan maklumat mengenai cukai jalan dan kenderaan anda akan dipaparkan.

cukai jalan kereta

Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelaksanaan Cukai Jalan Digital?

Pelaksanaan cukai jalan digital dibuat untuk memudahkan kita sebagai pengguna jalan raya. Anda mungkin masih lagi mempunyai keraguan tentang cukai jalan digital.

Adakah Anda Diwajibkan untuk Muat Turun Aplikasi MyJPJ?

Penggunaan aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan salinan digital lesen memandu dan cukai jalan adalah satu alternatif untuk memudahkan anda sahaja. Individu yang tidak mempunyai akses kepada teknologi atau internet masih boleh mendapatkan salinan fizikal dari JPJ.

Adakah Anda Akan Disaman Sekiranya Gagal Menunjukkan Road Tax Digital?

Seperti yang telah dinyatakan di atas, penggunaan aplikasi ini adalah tidak wajib dan anda tidak akan disaman sekiranya gagal menunjukkan cukai jalan digital. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem mereka.

Bagaimana Jika Anda Memandu Kenderaan Orang Lain dan yang Tidak Memaparkan Pelekat Cukai Jalan?

Anda boleh meminta pemilik kenderaan untuk mencetak salinan cukai jalan digital untuk disimpan dalam kenderaan. Jika pihak berkuasa ingin memeriksa cukai jalan, anda boleh menunjukkan salinan yang dicetak tersebut. Namun begitu, walaupun tiada salinan bercetak cukai jalan digital, pihak berkuasa masih boleh mengesahkan maklumat melalui peranti mereka.

Adakah Pelaksanaan Pendigitalan Ini untuk Semua Kenderaan?

Pendigitalan cukai jalan dan lesen memandu masih dalam peringkat permulaan dan hanya terhad kepada kenderaan persendirian sahaja, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Namun, terdapat beberapa kategori kenderaan yang masih perlu memaparkan lesen memandu dan cukai jalan dalam bentuk fizikal.

Lesen Memandu

Berikut adalah kategori lesen memandu yang masih wajib memaparkan lesen memandu fizikal:

    • Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)
    • Pemilik Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)
    • Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing
    • Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)

Roadtax

Berikut adalah kategori cukai jalan yang masih wajib memaparkan pelekat cukai jalan:

    • LKM Persendirian Syarikat
    • Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing
    • Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam

Pelaksanaan cukai jalan digital akan memudahkan urusan anda sebagai pengguna jalan raya. Langkah ini juga dapat membantu pihak berkuasa untuk memantau lebih efektif dan mengurangkan cubaan penipuan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu.

Selain itu, sekiranya anda mahu renew insurans kereta, anda boleh mempertimbangkan Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Sempena Ramadan dan Hari Raya ini, Qoala menganjurkan kempen Raya Lagi Onzzz! yang menawarkan diskaun dan hadiah menarik untuk pelanggan bertuah.

  • Beli Insurans Online – Proses beli atau renew insurans kereta boleh dilakukan dengan mudah dari rumah tanpa anda perlu keluar ke pejabat Pos atau kaunter JPJ;
  • Banding Produk Insurans – Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia;
  • Terima Sebut Harga – Terima sebut harga percuma sepantas kilat untuk membantu melindungi kereta anda dengan lebih baik.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans online terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60