Ujian lesen memandu (atau ujian memandu) merujuk kepada proses mendapatkan lesen memandu seperti lesen kereta atau lesen motor. Ia bagi membolehkan anda mengendalikan kenderaan bermotor di jalan raya dengan selamat. Di Malaysia, pengguna jalan raya yang ingin menggunakan kenderaan di atas jalan raya perlu belajar lesen memandu dan wajib melepasi markah lulus ujian komputer motor dan kereta.
Panduan Lengkap Cara Ambil Lesen Kereta dan Lesen Motor, Ujian Lesen Memandu yang Perlu Anda Tahu
Pengguna jalan raya yang memandu tanpa lesen dan insurans kereta yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Ini kerana, pemandu atau pembonceng terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya yang lebih tinggi. Tanpa lesen memandu yang sah, anda bukan sahaja boleh dikenakan saman polis, malah anda juga boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.
OIeh sebab itu, anda perlu belajar lesen memandu dan mendapatkan lesen kereta atau lesen motor jika anda ingin menggunakan kenderaan. Jika anda yang masih belum memiliki lesen memandu dan sedang mempertimbangkan untuk ambil lesen kereta (atau ambil lesen motor), panduan lesen memandu ini boleh membantu anda.
1. Syarat Ambil Lesen Motor, Lesen Kereta di Malaysia
Mana-mana individu di Malaysia yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu menjalani kelas memandu (belajar lesen memandu) dengan syarat melepasi kelayakan asas yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut kelayakan asas untuk ambil lesen kereta atau ambil lesen motor di Malaysia untuk panduan anda:
- Kelayakan umur;
- Tahap kesihatan bakal pemandu – sihat tubuh badan;
- Boleh melihat dengan baik sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter;
- Tidak buta warna;
- Mampu memahami peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia
Untuk kelayakan umur, setiap individu yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu melepasi kriteria umur minimum yang ditetapkan bergantung pada jenis dan kelas lesen memandu seperti berikut:
- 16 tahun dan ke atas – Lesen motor kelas A, B2, B penuh atau C;
- 17 tahun dan ke atas – Lesen kereta kelas D atau DA
- 21 tahun dan ke atas – Lesen memandu kelas E hingga kelas I (memiliki lesen CDL yang sah).
Bagi calon kelainan upaya (OKU) yang ingin mendapatkan lesen memandu, individu tersebut perlu mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan daripada mana-mana cawangan JPJ berdekatan. Calon juga perlu mendapatkan pengesahan layak memandu atau menunggang daripada Pegawai Perubatan di mana-mana Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.
Calon bukan warganegara atau penduduk tetap yang ingin mendapatkan lesen kereta atau atau lesen motor di Malaysia pula perlu memiliki pasport dan visa pelawat yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya satu bulan.
2. Jenis Lesen Kereta, Kelas Lesen Memandu di Malaysia
Jenis lesen memandu dan kelas lesen memandu di Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta jenis kenderaan. Berikut lima jenis lesen memandu berdasarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk rujukan anda:
i. Learner Driving License (LDL)
Lesen L kereta membolehkan individu belajar memandu di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman. Lesen L kereta (atau lesen L motor) perlu diperbaharui setiap tiga atau enam bulan jika masih belum ambil atau belum lulus ujian JPJ.
Meskipun begitu, tempoh sah lesen L adalah selama dua tahun bermula tarikh ia dikeluarkan. Jika lesen L tamat tempoh atau melepasi tempoh dua tahun yang dibenarkan, anda perlu mengulangi semula proses daripada awal untuk mendapatkan lesen memandu.
ii. Probationary Driving License (PDL)
Pemandu baharu yang telah lulus ujian lesen memandu dan melepasi prosedur belajar lesen memandu di institut memandu boleh buat lesen P di JPJ. Lesen P sah untuk tempoh dua tahun.
iii. Competent Driving License (CDL)
Lesen CDL merujuk pada lesen memandu penuh yang diberikan kepada pemandu setelah tamat tempoh percubaan (lesen P) selama dua tahun.
iv. Vocational Driving License (VDL)
Lesen memandu khas yang dikeluarkan untuk pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas. Lesen ini dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
v. International Driving Permit (IDP)
Lesen jenis ini membolehkan warganegara Malaysia memandu kenderaan di luar negara. Namun begitu, Permohonan Permit Memandu Antarabangsa perlu dibuat terlebih dahulu di mana-mana pejabat JPJ Negeri atau Cawangan, atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Bagi kelas lesen memandu pula, ia ditetapkan berdasarkan jenis dan kapasiti kenderaan. Berikut senarai lengkap kelas lesen kenderaan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk panduan anda:
Kelas Kenderaan | Keterangan |
A | Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 450kg |
A1 | Kenderaan Orang Cacat (Motokar) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg |
B | Motosikal (Perseorangan) – melebihi 500cc |
B1 | Motosikal (Perseorangan) – tidak melebihi 500cc |
B2 | Motosikal tidak melebihi 250cc |
C | Motosikal Tiga Roda |
D | Motokar – berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg |
DA | Motor Tanpa Pedal Klac – berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg |
E | Motokar Berat – berat tanpa muatan melebihi 7500kg |
E1 | Motokar Berat – berat tanpa muatan tidak melebihi 7500kg |
E2 | Motokar Berat – berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg |
F | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg |
G | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg |
H | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – berat tanpa muatan melebihi 5000kg |
I | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – berat tanpa muatan melebihi 5000kg |
M | Hukuman Mahkamah |
3. Ujian Memandu: Kelas Memandu, Ujian Komputer Lesen Memandu, Latihan Memandu dan Lain-lain Anda Perlu Tahu
Bagi anda yang ingin mendapatkan lesen memandu kereta atau lesen motosikal buat pertama kali, berikut merupakah cara ambil lesen kereta dan cara ambil lesen motor untuk membantu memudahkan urusan lesen memandu pertama anda:
i. Daftar Lesen Memandu
Untuk mendaftar kelas memandu, anda boleh hubungi institut memandu pilihan anda untuk urusan pendaftaran. Pegawai pemasaran akan membantu menjawab segala persoalan seperti berapa lama ambil lesen kereta atau lesen motor, proses ambil lesen kereta, markah lulus ujian komputer dan sebagainya (jika ada).
ii. Hadiri KPP01 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu)
Kursus KPP01 Kelas D atau mana-mana kelas kenderaan biasanya akan diadakan pada hujung minggu. Antara soalan biasa diajukan oleh pelajar latihan memandu, ceramah lesen kereta berapa jam atau ceramah lesen motor berapa jam? Biasanya, kelas ceramah lesen memandu akan dilakukan selama enam jam.
Kelas teori ini dilakukan berasingan bagi setiap kelas lesen. Calon disarankan berpakaian kemas dan sopan semasa menghadiri kursus ini.
iii. Ujian Komputer Lesen Memandu
Setelah selesai KPP01, calon akan menduduki ujian Teori Undang-undang Komputer atau dikenali sebagai Ujian Komputer Lesen Memandu. Biasanya, markah lulus ujian komputer motor dan kereta adalah sebanyak 42/50.
Jika gagal ujian komputer lesen memandu, calon perlu menduduki ujian ulangan.
Contoh Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu Motor/Kereta: Ujian Buta Warna Lesen Memandu, Ujian Komputer Memandu
Objektif utama ujian komputer lesen motor atau lesen kereta (ujian lesen L) ini dilakukan adalah bagi memastikan calon mempunyai pengetahuan asas berkaitan undang-undang jalan raya, papan tanda dan sebagainya.
Sekiranya lulus ujian berkomputer ini, calon akan menerima lesen L. Anda boleh rujuk contoh soalan lesen memandu atau soalan ujian lesen memandu seperti berikut:
Ujian Buta Warna Lesen Memandu 2022
Ujian buta warna ini mengandungi lapan soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa 15 minit sahaja. Anda perlu menjawab kesemua soalan dengan betul bagi membolehkan anda mendapat markah lulus ujian buta warna.
Sekiranya gagal ujian buta warna, calon dinasihatkan untuk ke klinik kerajaan untuk tindakan lanjut.
iv. Terima Lesen L
Selepas lulus ujian KPP komputer, calon akan diberikan Lesen L (Learner Driving License). Berapa lama lesen L siap? Biasanya, tempoh siap Lesen L memakan masa dalam tempoh seminggu.
v. Jalani KPP02 – Latihan Litar (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu)
KPP02 merujuk pada latihan praktikal dalam litar. Ini bermaksud, anda akan belajar memandu atau menunggang motosikal dengan diawasi oleh pengajar berpengalaman.
Berapa jam belajar memandu? Belajar kereta berapa jam? KPP02 kereta berapa jam? atau berapa jam latihan memandu motosikal? Ini merupakan persoalan biasa yang sering diajukan oleh pelajar latihan memandu.
Bagi kelas lesen motor B2 atau B, ia memakan masa 9.5 jam. Manakala, kelas D atau DA pula dilakukan selama 5.5 jam.
Jenis Lesen | Ujian Lesen Memandu |
Lesen Kereta Manual (D) |
|
Lesen Kereta Auto (DA) |
|
Lesen Motor (A, B, B2 dan C) |
|
vi. Jalani KPP03 – Latihan Memandu di Jalan Raya (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu)
Setelah selesai latihan memandu dalam litar, calon akan menjalani Kursus KPP03. Kursus KPP03 merujuk pada latihan memandu di jalan raya di bawah pengawasan pengajar berpengalaman selama 10 jam KPPO3 kereta (Kelas D dan DA).
Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon selesai menjalani latihan.
Jenis Lesen | Ujian Lesen Memandu |
Lesen Kereta |
|
Lesen Motor |
|
vii. Ujian QTI Kereta Auto/Kereta Manual
Ia merujuk pada ujian dalaman yang dilakukan oleh institut memandu. Calon perlu menduduki praujian memandu sebelum menjalani Ujian Praktikal JPJ. Jika lulus praujian memandu, calon akan dibenarkan untuk menduduki Ujian Praktikal JPJ.
viii. Ujian Praktikal JPJ – Ujian Bahagian 2 dan 3
Calon yang lulus Ujian QTI akan menduduki Ujian Praktikal JPJ atau dikenali sebagai JPJ test/ujian JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ atau Ujian Memandu JPJ akan layak mendapat lesen memandu P. Calon yang gagal perlu menduduki semula ujian ulangan.
ix. Terima Lesen Kereta atau Lesen Motor
Lesen kereta dan motor akan diproses dan dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada calon yang lulus ujian memandu ini. Ia membolehkan anda memandu kereta atau motosikal di jalan raya dengan lesen memandu yang sah.
4. Ujian Memandu: Harga Lesen Kereta dan Lesen Motor 2022
Secara asasnya, harga lesen memandu adalah berbeza-beza bergantung pada lokasi. Namun begitu, ia tertakluk pada harga siling yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Penetapan harga siling ini bertujuan untuk memastikan kadar harga selari di setiap negeri dan membantu pengguna mendapatkan lesen memandu (lesen kereta atau lesen motor) pada harga yang berpatutan.
Kategori | Kelas Lesen | Harga Lesen Memandu |
Harga Lesen Motor | B2 | RM350 hingga RM450 |
B | RM900 hingga RM1,100 | |
Harga Lesen Kereta Manual | D | RM1,150 hingga RM1,300 |
Harga Lesen Kereta Auto | DA | RM1,250 hingga RM1,500 |
Makluman: Harga lesen kereta dan lesen motor yang dipaparkan adalah anggaran sahaja. Sebarang perubahan pada harga adalah tertakluk pada perkhidmatan tambahan lain yang ditawarkan oleh Institut Memandu.
Semoga panduan lesen memandu untuk lesen kereta dan motor ini boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik atau insurans motor yang sesuai dengan keperluan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala menyediakan pelbagai pilihan insurance kenderaan untuk memudahkan anda lakukan perbandingan sebelum perbaharui insurans kereta anda. Dapatkan sebut harga insurans percuma di Qoala hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan cepat, mudah dan pantas.
Salam, saya nak tanya cik..
Adakah JPJ mengadakan program ujian memandu untuk warga emas (B2 motorsikal)
Saya perlukan segera, sebab nak ke London bermotosikal.saya pemegang LDL B2.
Terima kasih.