Renew & Nikmati Lebih Penjimatan Sempena Raya Lagi Onzzz!

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
Renew & Nikmati Lebih Penjimatan Sempena Raya Lagi Onzzz!

Budaya balik kampung, berkumpul beramai-ramai, rumah terbuka dan ziarah-menziarahi sudah sinonim dengan sambutan hari raya. Selain tradisi-tradisi ini, sambutan hari raya biasanya turut dimeriahkan dengan tawaran beli-belah dan diskaun menarik di seluruh negara. Tidak ketinggalan dalam meraikan semangat raya, Qoala turut melancarkan kempen Raya Lagi Onzzz! bermula 27 Mac ini sehingga 21 April 2023.

Raya Lagi Onzzz! dengan Diskaun Hebat di Qoala Sempena Ramadan & Hari Raya Ini

Di Qoala, kami percaya bahawa anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda. Qoala membandingkan beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia supaya anda boleh memilih polisi insurans yang sesuai untuk anda bukan sahaja untuk perlindungan diri dan keluarga, tetapi untuk kereta dan motosikal anda.

Oleh sebab ini, Qoala melancarkan kempen Raya Lagi Onzzz! bagi membolehkan anda menikmati lebih penjimatan untuk menyambut Syawal ini. Banyak diskaun dan hadiah eksklusif yang ditawarkan apabila anda beli atau renew insurans di Qoala.

Berikut adalah promosi insurans yang boleh anda nikmati sepanjang kempen Raya Lagi Onzzz! ini:

insurans kereta murah untuk dinikmati, pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi

Diskaun Insurans Kereta

Pelanggan yang renew insurans kereta di Qoala boleh nikmati diskaun eksklusif daripada Qoala sendiri. Anda berpeluang nikmati potongan sehingga 20 peratus (terhad RM30 sahaja) untuk pembaharuan polisi insurans kurang RM1,000. Untuk polisi melebihi RM1,000 pula, anda boleh nikmati penjimatan sebanyak 25 peratus terhad RM35.

Selain diskaun eksklusif yang ditawarkan oleh Qoala ini, anda juga berpeluang menikmati penjimatan tambahan daripada rakan kerjasama Qoala!

  • Diskaun 10 peratus (terhad RM30) apabila anda renew insurans kereta AXA (kini dikenali sebagai Generali Malaysia) bermula dari 27 hingga 31 Mac 2021. Selain itu, anda juga berpeluang memenangi baucar Touch ‘n Go bernilai RM20;
  • Renew insurans kereta Generali Malaysia dan nikmati diskaun sebanyak 10 peratus terhad RM30 bermula 1 hingga 21 April 2023. Anda juga berpeluang mendapatkan baucar Touch ‘n Go bernilai RM20;
  • Insurans Lonpac turut tidak ketinggalan dalam meraikan pelanggan bertuah. Anda berpeluang menikmati 10 peratus bayaran balik (cashback) sehingga RM50 apabila anda memperbaharui insurans kereta Lonpac. Promo ini sah sehingga 30 April 2023;
  • Nikmati baucar GrabFood bernilai RM50 (terhad untuk 30 pelanggan bertuah) apabila anda renew insurans RHB – tawaran ini eksklusif untuk anda yang beli insurans dengan harga premium RM499 dan ke bawah. Jika anda renew insurans RHB dengan harga premium RM500 dan ke atas pula, anda berpeluang memenangi baucar GrabFood bernilai RM100 (terhad untuk 20 pelanggan bertuah);
  • Perbaharui insurans kereta dengan Tune Protect untuk lebih penjimatan. Anda berpeluang mendapat potongan harga sehingga 10 peratus apabila anda renew insurans dari 27 Mac hingga 21 April 2023.

Bagaimana kod promo ini boleh digunakan? Anda hanya perlu pilih insurans kereta daripada mana-mana rakan kerjasama Qoala yang dinyatakan di atas. Kemudian, anda boleh masukkan kod promo Qoala + kod promo rakan kerjasama Qoala untuk nikmati dua kali penjimatan!

Anda boleh rujuk laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan kod promo.

Diskaun Insurans Motor

Jika anda renew insurans motor di Qoala, anda berpeluang menikmati diskaun raya daripada Qoala sebanyak RM5!

Diskaun Insurans Kesihatan

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun sehingga 30 peratus (terhad RM50 sahaja) apabila anda mendapatkan insurans kesihatan hari raya ini. Hari raya lebih meriah dan selamat dengan perlindungan insurans menyeluruh dari Qoala.

Renew Insurans Kereta, Insurans Motor dan Insurans Kesihatan di Qoala untuk Lebih Banyak Penjimatan

Beli Insurans Kereta, Insurans Motor dan Insurans Kesihatan untuk Nikmati Lebih Penjimatan dengan Kempen Raya Lagi Onzzz!

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk beli insurans kereta, insurans motor atau insurans kesihatan untuk lebih perlindungan di Hari Raya ini, Qoala merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Ada banyak pilihan syarikat insurans yang boleh anda pilih untuk membantu anda mendapatkan insurans paling bagus pada harga terbaik.

Melalui kempen Raya Lagi Onzzz! Qoala ini juga, ia diharap dapat membantu anda berjimat-cermat, merancang perbelanjaan untuk elakkan anda terbeban dengan masalah kewangan. Qoala juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga tersayang lebih selamat dan terjamin dengan perlindungan insurans daripada Qoala.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60