Cara renew insurans kereta dan insurans motor kini lebih mudah kerana anda boleh melakukannya secara online. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, semuanya kini boleh dilakukan di hujung jari. Anda kini tidak perlu lagi perlu melalui proses-proses yang merumitkan dan menghadap kesesakan lalu lintas dan perlu beratur panjang semata-mata untuk bertemu dengan ejen insurans untuk memperbaharui insurans dan sebagainya. Untuk ketahui cara beli atau renew insurans kereta dan motor online di Qoala, artikel yang kami sediakan ini mungkin boleh membantu anda!
Kenapa Anda Patut Renew Insurans Kereta & Insurans Motor di Qoala?
Secara amnya, terdapat pelbagai cara yang boleh anda pertimbangkan untuk beli insurans terutamanya secara online. Anda boleh terus pergi ke laman web syarikat insurans terbaik di Malaysia dan terus berurusan secara terus dengan mereka. Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan cara beli insurans yang lebih cepat, mudah dan selamat iaitu menggunakan platform Qoala. Di Qoala, anda boleh membuat perbandingan dan penilaian insurans sendiri sebelum memilih insurans terbaik mengikut keperluan anda.
Jika anda mungkin pertama kali mahu membeli insurans secara online, panduan ini boleh membantu memudahkan proses dan urusan anda. Apabila anda membeli insurans secara dalam talian, anda disarankan untuk mengambil masa anda sebelum memutuskan polisi mana yang sesuai dengan keperluan anda. Jika boleh, biasakan diri anda dengan istilah-istilah dalam insurans seperti premium insurans, betterment dan sebagainya untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
Terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans. Jadi, kenapa anda patut mempertimbangkan untuk renew insurans di Qoala?
Proses Sepantas Kilat
Setelah anda mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda akan mendapat sebut harga dalam masa kurang dari satu minit.
Tiada Kos Tersembunyi
Segala kos yang perlu dibayar dinyatakan secara jelas di dalam sebut harga. Ini bermaksud, anda tidak perlu risau akan apa-apa kos tambahan atau tersembunyi lain yang mungkin dikenakan apabila anda berurusan di Qoala.
Perbandingan Terperinci
Qoala menyediakan beberapa pilihan syarikat insurans terbaik di Malaysia yang membolehkan anda membuat perbandingan harga dan memilih insurans yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Anda bukan sahaja boleh bandingkan harga, anda juga boleh mengetahui lokasi bengkel dan banyak lagi maklumat berguna yang boleh memudahkan proses tuntutan insurans anda.
Bandingkan 7 Syarikat Insurans Kereta Terbaik di Malaysia di Qoala
Anda boleh mengambil masa selama yang anda mahu untuk menyelidik dan menilai sendiri polisi perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Di Qoala, terdapat tujuh syarikat insurans terbaik yang boleh anda pertimbangkan:
-
-
-
- AXA Affin General Insurance
- Etiqa General Takaful
- Zurich General Insurance
- Zurich Takaful
- Takaful IKHLAS General
- Syarikat Takaful Malaysia General
- TUNE
-
-
7 Cara Renew Insurans Kereta & Motor Online di Qoala
Proses beli insurans secara online di Qoala sangat mudah. Anda hanya perlu isi butiran peribadi dan juga butiran kenderaan anda yang disediakan di laman web. Berikut merupakan tujuh cara mudah renew insurans dan renew roadtax dalam masa 1 minit di Qoala:
- Layari laman web Qoala
- Isikan butiran ringkas anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod
- Terima sebut harga dalam masa seminit dan buat perbandingan anda sendiri
- Pilih insurans kenderaan mengikut keperluan anda
- Sahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online
- Salinan polisi insurans kenderaan akan dihantar kepada e-mel anda dalam kadar segera
- Penghantaran roadtax akan dilakukan dalam masa 5 hingga 7 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, 7 hingga 14 hari bagi Sabah/Sarawak. Roadtax akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda
Urusan selesai! Dengan hanya tujuh langkah mudah seperti di atas, anda akan dapat renew insurans kereta atau insurans motor anda di Qoala.
Pilih Insurans Kereta Terbaik untuk Anda
Qoala sentiasa ada untuk membantu anda dengan menawarkan produk insurans termudah, terpantas, dan terbaik yang sesuai dengan keperluan anda. Jangan tunggu lama-lama, dapatkan polisi insurans anda di Qoala hari ini! Selain insurans kereta, Qoala juga menawarkan insurans motor murah dan insurans kesihatan. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.