Insurans Kereta Third Party: Insurans Kereta Paling Murah 2024?

Kali terakhir diperbaharui Mar 5, 2024 oleh Shafiq Wahab
Insurans Kereta Third Party: Insurans Kereta Paling Murah 2024?

Insurans Kereta Third Party (atau Insurans Kereta Pihak Ketiga) merupakan salah satu daripada beberapa jenis insurans kereta yang ditawarkan oleh syarikat insurans di Malaysia. Sesuai dengan namanya, insurans third party ini memberikan perlindungan hanya kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh pemilik kereta.

Insurans Kereta Third Party: Apa Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?

Perlindungan insurans adalah wajib bagi semua kenderaan yang berada di jalan raya di Malaysia. Setiap kenderaan perlu mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan Insurans Kereta Third Party bagi membolehkan kenderaan digunakan di jalan raya secara sah.

Jika kereta yang dinaiki tidak mempunyai perlindungan insurans, anda berkemungkinan berdepan tindakan saman PDRM atau Trafik.

Apa Itu Insurans Kereta Third Party?

Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kereta yang ditawarkan oleh syarikat insurans iaitu Insurans Kereta Komprehensif (atau Insurans Kereta First Party), Insurans Kereta Third Party, Kebakaran dan Kecurian serta Insurans Kereta Third Party. Untuk ketahui lebih lanjut tentang perlindungan insurans komprehensif, anda boleh merujuk artikel Insurans Kereta First Party ini.

Secara asasnya, perlindungan Insurans Kereta Third Party memberikan perlindungan terhadap tuntutan pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemilik kereta. Ia termasuk ganti rugi kerosakan fizikal kereta dan kecederaan diri, kos perubatan, kos pembaikan kenderaan dan kos penggantian harta benda pihak ketiga.

Apa Perlindungan yang Ditawarkan?

Dengan memiliki polisi insurans third party ini, tiada tuntutan boleh dibuat untuk kereta anda jika kemalangan berpunca daripada anda. Ini bermaksud, segala kerosakan pada kereta anda perlu ditanggung sendiri oleh anda dan polisi insurans hanya akan membayar pampasan yang dituntut oleh pihak ketiga (pihak yang dilanggar) sahaja.

Untuk membantu anda memahami perlindungan Insurans Kereta Third Party dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh-contoh situasi berikut:

  • Kereta anda rosak teruk kerana langgar tiang lampu isyarat, bolehkah anda membuat tuntutan baiki kerosakan kereta anda jika memiliki polisi insurans pihak ketiga? – TIDAK;
  • Kereta anda terlanggar haiwan ketika memandu, adakah anda boleh membuat tuntutan di bawah insurans third party? – TIDAK;
  • Bolehkah anda claim Insurans Kereta Pihak Ketiga untuk baiki kerosakan pada kereta disebabkan kebakaran? – TIDAK;
  • Kereta anda dicuri, adakah pihak insurans akan membayar pampasan sekiranya anda memiliki polisi insurans pihak ketiga? – TIDAK;
  • Jika kereta anda melanggar kenderaan lain dan rosak teruk, bolehkah anda buat tuntutan insurans untuk baiki kerosakan pada kereta anda? – TIDAK;
  • Adakah anda boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi insurans pihak ketiga jika kereta anda terlanggar kereta lain dan pihak yang dilanggar ingin membuat tuntutan? – YA, anda boleh membuat tuntutan.

cara claim insurans kemalangan insurans first party

Berapa Harga Insurans Kereta Third Party?

Insurans Kereta Third Party merupakan perlindungan insurans paling murah dan menawarkan perlindungan paling asas berbanding ketiga-tiga jenis insurans kereta yang lain.

Biasanya, harga premium Insurans Kereta Third Party bergantung sepenuhnya pada syarikat insurans – harga insurans kereta berbeza-beza mengikut jenis kenderaan, tahun pembuatan, tabiat pemanduan dan lain-lain. Sebagai contoh, kadar harga premium insurans minimum bagi kereta Myvi keluaran tahun 2005 dengan kadar NCD kereta 55 peratus adalah sekitar RM209.

Anda boleh rujuk syarikat insurans anda atau layari laman web Qoala, platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik untuk info lanjut berkaitan harga Insurans Kereta Third Party ini.

Bagaimana Proses Tuntutan Insurans Kereta Third Party?

Apabila terjadi kemalangan yang melibatkan kereta anda dan pihak ketiga, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan butiran-butiran pihak ketiga seperti nama, nombor telefon, nombor plat kereta dan maklumat insurans.

Selepas itu, tuntutan Insurans Kereta Third Party boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans anda. Anda perlu memberikan butiran-butiran berkaitan kemalangan seperti:

  • Tarikh dan masa kemalangan;
  • Lokasi kemalangan;
  • Maklumat kenderaan pihak ketiga; dan
  • Butiran-butiran lain yang berkaitan.

Setelah membuat tuntutan insurans, syarikat insurans akan menyiasat kemalangan dan memberikan ganti rugi kepada pihak ketiga jika perlu. Proses tuntutan Insurans Kereta Third Party biasanya memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan Insurans Kereta Komprehensif. Ini kerana, tidak banyak pihak yang terlibat – hanya melibatkan tuntutan kepada pihak ketiga sahaja.

Fahami Perbezaan Insurans Kereta First Party dan Insurans Kereta Third Party Sebelum Beli Insurans Kenderaan

Insurans Kereta First Party dan Insurans Kereta Third Party adalah dua jenis insurans kereta yang berbeza. Insurans Kereta First Party (atau Insurans Kereta Komprehensif) menawarkan liputan perlindungan insurans yang lebih luas berbanding Insurans Kereta Third Party.

Selain perlindungan terhadap pihak ketiga, Insurans Kereta Komprehensif memberikan perlindungan kepada pemilik kereta daripada risiko kehilangan atau kerosakan kenderaan sendiri. Insurans Kereta First Party juga melindungi pemilik kereta dan kenderaan daripada pelbagai risiko seperti:

Manakala, Insurans Kereta Third Party pula memberikan perlindungan terhadap tuntutan pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemilik kereta. Ini bermaksud, insurans hanya cover kerosakan pada kereta pihak ketiga sahaja. Apa-apa kos pembaikan kerosakan pada kereta sendiri perlu ditanggung sendiri oleh pemilik kereta.

Untuk membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk contoh berikut. Ali memiliki Insurans Kereta Third Party – semasa memandu tempat kerja, Ali terlanggar bahagian belakang kereta Siti. Oleh sebab Ali memiliki insurans third party, Siti boleh claim daripada insurans kereta Ali – kos pembaikan kereta Siti akan ditanggung oleh insurans Ali.

Tetapi, dalam kes Ali pula, Ali perlu mengeluarkan belanja daripada simpanan sendiri untuk kos baik pulih kerosakan. Ini kerana, perlindungan Insurans Kereta Pihak Ketiga hanya menawarkan perlindungan daripada tuntutan pihak ketiga sahaja.

Dalam erti kata mudah, insurans third party hanya akan membayar kos baik pulih kereta yang anda langgar dan anda tidak boleh claim insurans untuk pembaikan kereta anda. Apabila tuntutan dibuat ke atas insurans anda, kadar NCD kereta anda akan menjadi 0 peratus pada tahun seterusnya.

Jenis Perlindungan

Insurans Kereta First Party

Insurans Kereta Third Party

Kerosakan Kereta Sendiri

Kebakaran

Kecurian

Kerosakan Kereta, Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga

Bantuan Trak Tunda

Perkhidmatan trak tunda tertakluk pada bayaran tertentu

Bantuan Kecemasan

Tuntutan Cermin Kereta

Perlindungan Tambahan

Terhad – insurans cermin kereta dan peril khas tidak boleh ditambah.

Harga

Mahal

Lebih Murah

Kelayakan Pembelian

Pemilik kereta yang beli kereta dengan pinjaman bank wajib mengambil polisi ini.

Pemilik kereta dengan usia kenderaan 15 tahun dan ke atas 

Perlindungan insurans pihak ketiga atau insurans kereta third party

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan yang Lebih Terjamin

Bagi pemilik kereta, penting untuk memastikan bahawa insurans kereta mencukupi dan sentiasa aktif supaya ia dapat melindungi anda (dan harta benda) sekiranya berlaku situasi kereta rosak tepi jalan, kemalangan dan sebagainya.

Tidak kira sama ada anda memilih Insurans Kereta Third Party atau Insurans Kereta Komprehensif, pemilihan antara kedua-dua jenis insurans ini bergantung sepenuhnya pada keperluan perlindungan dan kemampuan kewangan anda.

Jika anda seseorang yang mementingkan perlindungan yang lebih komprehensif dan meluas, Insurans Kereta Komprehensif adalah pilihan yang lebih sesuai. Namun begitu, jika anda ingin menjimatkan kos, Insurans Kereta Third Party sahaja sudah memadai untuk melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga yang berpotensi menelan kos dan belanja yang tinggi.

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan Insurans Kereta Pihak Ketiga atau Insurans Kereta Komprehensif untuk ketenangan fikiran semasa memandu, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans online terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60