Kos Rawatan Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Kali terakhir diperbaharui Jan 13, 2023 oleh Hariz Hafiz
Kos Rawatan Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Kos rawatan hospital kerajaan (atau kos rawatan hospital swasta) merupakan salah satu perkara yang anda harus fikirkan apabila membuat pemilihan hospital untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana, kedua-kedua fasiliti kesihatan ini menawarkan kos dan perbelanjaan yang berbeza untuk rawatan penyakit yang sama. Persoalannya, berapa besar perbezaan kos rawatan di antara hospital kerajaan dan hospital swasta? Artikel ini akan merungkai perbezaan terutama sekali dari segi kos rawatan bagi hospital kerajaan dan hospital swasta.

Anggaran Kos Rawatan Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta

Secara amnya, kos rawatan di hospital kerajaan jauh lebih murah dan rendah berbanding hospital swasta. Kos rawatan di hospital swasta pula biasanya mengenakan caj yang lebih tinggi selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan – hospital swasta dikatakan menawarkan perkhidmatan dan fasiliti yang lebih baik. 

Anda mungkin tertanya-tanya, adakah ada perbezaan ketara antara kos rawatan di hospital kerajaan dan hospital swasta? Anda boleh rujuk anggaran kos rawatan perubatan di Malaysia di hospital kerajaan dan swasta untuk anda buat perbandingan sendiri:

Jenis Rawatan Kos Rawatan Hospital Kerajaan Kos Rawatan Hospital Swasta
Prosedur angiogram RM50 sehingga RM200 RM15,000 sehingga RM20,000
Penggantian lutut bilateral RM10,000 sehingga RM35,000 RM25,000 sehingga RM45,000
Pintasan graft arteri koronari RM4,000 sehingga RM5,000 RM25,000 sehingga RM80,000
Kemoterapi RM200 sehingga RM300 untuk setiap rawatan  RM50 sehingga RM4,000 untuk setiap kitaran rawatan 
Penggantian pinggul RM8,000 sehingga RM15,000 RM24,000 sehingga RM55,000
Pembedahan tulang belakang RM15,000 sehingga RM36,000 RM40,000 sehingga RM55,000
Rawatan strok RM4,000 ke atas RM35,000 sehingga RM75,000
Pembedahan katarak RM100 sehingga RM540 RM3,500 sehingga RM6,000
Denggi Percuma RM1,000 sehingga RM3,000
Batu Karang RM3,000 sehingga RM10,000 RM9,000 sehingga RM40,000

Selain itu, terdapat juga kos-kos lain yang anda perlu jelaskan apabila mendapat rawatan di hospital. Berikut adalah jadual caj tambahan yang mungkin akan ditambahkan pada bil hospital anda:

Kos-kos Lain Hospital Kerajaan Hospital Swasta
Yuran konsultasi Yuran nominal RM1 RM30 sehingga RM250
Yuran kemasukan hospital RM50 sehingga RM100 Mengenakan caj antara enam sehingga 10 peratus daripada keseluruhan kos pembedahan atau rawatan anda sebagai deposit atau yuran kemasukan.
Caj bilik (sehari) RM3 sehingga RM80 RM80 sehingga RM300
Imbasan X-ray RM10 RM35 ke atas
Pemeriksaan ultrasound RM10 sehingga RM100 RM100 sehingga RM300
Angiogram RM75 RM2,500 ke atas
Ujian darah RM1 RM50 ke atas
Imbasan CT RM450 RM900 ke atas
Imbasan MRI RM650 ke atas RM1,200 ke atas
Bius anestesia Percuma RM1,000 ke atas
Ambulans RM50 ke atas RM200 ke atas

Perlu diingatkan bahawa kos rawatan yang dikenakan bergantung pada hospital pilihan anda. Setiap hospital mungkin akan mengenakan caj yang berbeza-beza bergantung kepada kriteria yang mereka telah tetapkan. 

Selain itu, tahap kesihatan sama ada penyakit anda berada dalam tahap kritikal atau tahap masih selamat juga boleh menjadi faktor kos rawatan anda meningkat. Bukan itu sahaja, anda juga akan dikenakan caj tambahan untuk rawatan tambahan lain seperti pemeriksaan kesihatan dan prapembedahan.

hospital kerajaan

Perbandingan Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta

Penjagaan kesihatan kekal sebagai salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Kemudahan kesihatan yang tersedia di Malaysia sememangnya tidak terhad dan ia boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. 

Seperti yang telah dinyatakan di atas, terdapat dua kategori kemudahan penjagaan kesihatan di Malaysia iaitu hospital kerajaan dan hospital swasta. Walaupun kedua-duanya menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sama, terdapat beberapa perbezaan, kelebihan dan kekurangan yang tersendiri antara kedua-dua kemudahan ini.

Hospital Kerajaan

Pihak kerajaan menyediakan subsidi untuk penjagaan kesihatan di Malaysia dan anda boleh mendapatkan rawatan dengan kos yang lebih rendah di hospital kerajaan. Berikut antara kelebihan dan kekurangan hospital kerajaan:

Kelebihan Kekurangan
Kos lebih murah kerana ditanggung oleh pihak kerajaan Tempoh menunggu lebih lama kerana bilangan pesakit yang lebih ramai di hospital kerajaan
Mampu menampung pesakit yang ramai dalam satu-satu masa Mungkin mendapat kurang penjagaan kesihatan peribadi daripada pihak hospital disebabkan ramai pesakit lain juga memerlukan perhatian

Hospital Swasta

Hospital swasta pula menjadi pilihan orang ramai kerana menawarkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan selesa meskipun mengenakan caj yang lebih tinggi. Kebiasaannya, mereka yang memiliki polisi insurans kesihatan akan memilih hospital swasta kerana mereka boleh claim insurans kesihatan dari syarikat insurans untuk menanggung kos rawatan yang tinggi.

Dengan memiliki pelan insurans kesihatan atau medical card, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk menampung kos rawatan. Sebaliknya, anda hanya perlu membayar premium insurans setiap bulan dan anda boleh membuat tuntutan di saat anda memerlukan. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan hospital swasta:

Kelebihan Kekurangan
Tempoh menunggu yang lebih singkat Menawarkan kos rawatan lebih mahal daripada hospital kerajaan
Menawarkan penjagaan kesihatan peribadi dengan pemantauan doktor-doktor Hanya boleh merawat bilangan pesakit yang terhad pada satu masa
Menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan privasi seperti wad persendirian, perkhidmatan bilik dan peralatan penjagaan kesihatan lebih canggih  Tidak menerima semua polisi insurans kesihatan (bergantung pada hospital)

hospital swasta

Pilih Hospital Mengikut Kemampuan dan Keperluan Anda

Keputusan sama ada untuk memilih hospital kerajaan atau hospital swasta bergantung kepada situasi kewangan dan juga keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda mahu menikmati kos rawatan yang lebih murah, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Namun begitu, dengan bilangan pesakit yang sangat ramai untuk dirawat setiap hari, hospital kerajaan tidak mampu untuk memberi perhatian khusus kepada pesakit seperti yang boleh dilakukan oleh hospital swasta. 

Jika anda pentingkan keselesaan dan privasi, anda boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan kos rawatan yang tinggi. Untuk menampung kos rawatan yang mungkin boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit, anda boleh membuat tuntutan insurans perubatan anda atau bayar menggunakan duit simpanan sendiri jika anda tidak mempunyai insurans. 

Jika anda belum memiliki insurans kesihatan, salah satu cara terbaik untuk dapatkan insurans kesihatan terbaik adalah dengan melalui Qoala. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia yang akan membantu membandingkan pelan insurans perubatan berbeza bagi memastikan anda mendapatkan pelan insurans kesihatan dan perubatan yang sesuai untuk anda dan juga keluarga tersayang.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60