Claim Insurans Perubatan dengan 5 Langkah Mudah

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
Claim Insurans Perubatan dengan 5 Langkah Mudah

Penting untuk anda sebagai pemegang polisi tahu cara claim insurans perubatan atau prosedur tuntutan insurans kesihatan ini terutama sekali jika anda memerlukan rawatan segera disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya atau jatuh sakit secara tiba-tiba. Artikel ini akan menjelaskan cara claim insurans perubatan untuk memudahkan urusan anda.

Bagaimana Cara Claim Insurans Perubatan?

Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian atas, setiap syarikat insurans mempunyai prosedur tuntutan insurans yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, anda boleh rujuk dengan syarikat insurans anda untuk mendapatkan kepastian. Berikut adalah cara claim insurans perubatan yang kebiasaannya digunakan oleh syarikat insurans di Malaysia:

1. Maklumkan kepada Syarikat Insurans Anda

Perkara pertama yang disarankan untuk anda buat ialah maklumkan kepada ejen atau syarikat insurans anda dengan segera apabila anda perlu mendapatkan rawatan di hospital. Anda juga boleh rujuk dengan pembekal insurans anda untuk mendapat kepastian sama ada rawatan anda dilindungi oleh polisi insurans anda atau tidak. 

Selain itu, ini akan dapat mengelakkan kelewatan atau kekeliruan dan pada masa yang sama memastikan urusan rawatan anda berjalan dengan lancar. 

Kenal Pasti Polisi Anda 

Proses tuntutan atau claim insurans perubatan mungkin berbeza-beza bergantung kepada syarikat insurans dan jenis polisi yang anda pilih. Disebabkan ini, mungkin ramai di luar sana yang menghadapi kesukaran apabila mahu membuat tuntutan insurans perubatan. Pertama sekali, ia bergantung kepada jenis polisi insurans anda. Secara amnya, terdapat dua cara untuk claim insurans kesihatan anda bergantung pada polisi anda sama ada polisi tanpa tunai dan polisi pembayaran balik. Berikut adalah perbezaan yang anda perlu tahu:

Polisi Tanpa Tunai

Dengan polisi tanpa tunai, anda tidak perlu membayar pendahuluan atau deposit untuk menampung bil perubatan. Contohnya, anda hanya perlu menggunakan kad medikal di hospital panel dan insurans akan menampung perbelanjaan kesihatan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan, anda boleh hubungi syarikat insurans anda dan minta Surat Jaminan untuk diberikan kepada hospital panel.

Polisi Pembayaran Balik

Untuk claim insurans perubatan melalui polisi ini, anda perlu membuat pembayaran dengan menggunakan duit dari poket anda sendiri terlebih dahulu. Selepas itu, anda perlu membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda untuk dapat semula wang yang anda telah belanjakan untuk rawatan. Selain itu, berikut merupakan situasi-situasi yang boleh menyebabkan anda perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu sebelum claim insurans:

    1. Mendapat rawatan di hospital bukan panel. Dalam situasi ini, anda perlu menjelaskan bil hospital anda terlebih dahulu dan membuat tuntutan perubatan selepas anda dibenarkan keluar dari hospital atau selepas selesai rawatan.
    2. Mendapat rawatan semasa berada di luar negara kerana anda mungkin tidak boleh menggunakan kad perubatan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menuntut bayaran balik bergantung pada terma dan syarat polisi insurans anda.
    3. Syarikat insurans anda tidak mengeluarkan Surat Jaminan. Ini bermakna anda perlu membayar bil hospital anda dahulu dan membuat tuntutan perubatan selepas anda selesai mendapat rawatan.

Ketahui juga sama ada hospital yang anda dapatkan rawatan merupakan panel insurans anda. Perkara-perkara sebegini syarikat insurans anda ada semua jawapannya. Disebabkan itu, penting untuk anda rujuk dengan mereka terlebih dahulu untuk semak semula cara claim insurans perubatan anda.

2. Menyediakan Dokumen yang Diperlukan oleh Syarikat Insurans

Selepas mendapat segala maklumat dan kepastian daripada syarikat insurans, anda kini perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh mereka sebagai permulaan untuk tuntut insurans kesihatan anda. Berikut adalah dokumen-dokumen yang biasanya anda perlu sediakan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Resit hospital yang asal dan invois
  • Bil hospital
  • Laporan diagnostik
  • Passport, pas masuk, maklumat tiket penerbangan, dan bil hospital sekiranya anda mendapatkan rawatan di luar negara

3. Lengkapkan Borang Claim Insurans Perubatan Anda

Yang ini anda perlu dapatkan daripada syarikat insurans anda. Kebiasaannya, anda boleh dapatkan borang tuntutan melalui laman web syarikat insurans anda. Namun sekiranya syarikat insurans anda tidak menyediakan borang di laman web, anda perlu hubungi mereka untuk dapatkan borang claim untuk anda isi.

4. Membuat Semakan dan Salinan Dokumen

Sebelum anda hantar tuntutan anda, buat semakan kali terakhir untuk memastikan segala maklumat yang anda berikan kepada syarikat insurans lengkap dan juga paling penting tepat. Selain itu, anda disarankan untuk membuat salinan bagi borang dan dokumen anda sama ada salinan fizikal atau digital. Salinan-salinan ini mungkin boleh membantu anda sekiranya berlaku sebarang masalah dengan tuntutan anda nanti. Penting untuk anda sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perkara di luar jangkaan.

5. Hantar Claim Anda kepada Syarikat Insurans

Selepas segala perkara sudah lengkap, anda boleh submit claim anda ke syarikat insurans anda sama ada anda secara terus atau melalui ejen insurans anda. Sesetengah syarikat insurans memberikan kemudahan untuk anda membuat secara online di laman web mereka. Rujuk kepada syarikat insurans untuk mendapatkan kepastian.

tuntut insurans kesihatan

Jangan Tangguh, Dapatkan Perlindungan Insurans Anda Sekarang!

Anda mungkin berasakan banyak perkara yang perlu dibuat, banyak dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan borang yang perlu diisi. Tetapi tahukah anda, terdapat had masa yang perlu dipatuhi untuk buat tuntutan insurans perubatan? Kebiasaannya, anda akan diberi masa 30 hari rawatan untuk claim insurans kesihatan anda. Anda perlu rujuk syarikat insurans anda untuk mendapatkan kepastian mengenai had tempoh yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda terlepas tempoh atau claim selepas had masa yang diberikan, permohonan tuntutan anda kemungkinan besar akan ditolak. Oleh sebab itu, anda perlu bertindak dengan cepat dalam situasi sebegini untuk mengelakkan kerugian. Buat permohonan tuntutan insurans perubatan dengan segera kerana ini merupakan hak anda sebagai pemegang polisi. Rugi jika anda tangguh kerana kos rawatan anda boleh ditanggung oleh syarikat insurans dan bukannya duit anda sendiri.

Memang tidak dapat dinafikan, terdapat pelbagai pilihan insurans perubatan yang anda boleh dapati di luar sana dan sudah semestinya anda mahukan perlindungan insurans perubatan terbaik untuk anda dan juga keluarga tersayang. Anda kini boleh memilih pelan insurans perubatan yang sesuai dengan keperluan anda melalui platform insurans terbaik, Qoala.

Anda boleh bandingkan beberapa pelan insurans dan membuat pilihan mengikut keperluan anda. Berikut adalah antara syarikat insurans yang bekerjasama dengan Qoala:

  • Generali Malaysia;
  • Etiqa;
  • Lonpac;
  • Syarikat Takaful Malaysia;
  • Takaful IKHLAS;
  • Tune Protect;
  • Zurich.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh pilih insurans perubatan yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh ikuti prosedur memilih insurans perubatan di Qoala seperti di bawah:

  1. Pilih insurans kesihatan mengikut kemahuan dan keperluan anda.
  2. Lengkapkan maklumat anda dan terus buat pembayaran.
  3. Anda akan menerima polisi yang akan dihantar melalui e-mel anda.

Selain insurans kesihatan, anda juga boleh dapatkan insurans kereta murah dan insurans motor terbaik di Qoala. Dapatkan sebut harga anda sekarang!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60