5 Perlindungan Tambahan Insurans Kereta yang Perlu Dipertimbangkan

Kali terakhir diperbaharui Jun 1, 2023 oleh Ramen Hasniran
5 Perlindungan Tambahan Insurans Kereta yang Perlu Dipertimbangkan

Walaupun insurans kereta komprehensif menyediakan perlindungan yang menyeluruh, ia tidak menawarkan perlindungan dalam semua keadaan. Ini bermaksud, anda masih perlu mendapatkan perlindungan tambahan bagi mengoptimumkan perlindungan polisi yang anda miliki. Kerosakan kereta akibat banjir, cermin kereta retak dan sebagainya tidak tertakluk pada perlindungan insurans asas sedia ada.

Adakah Anda Memerlukan 5 Perlindungan Tambahan untuk Insurans Kereta Anda?

Semasa anda renew insurans kereta, anda biasanya akan diberi pilihan untuk mendapatkan perlindungan tambahan (insurance add-on). Perlindungan tambahan penting bagi memastikan kereta anda mendapatkan perlindungan insurans yang mencukupi. Ia juga membolehkan anda boleh membuat tuntutan insurans yang sewajarnya apabila perlu.

Di Malaysia, syarikat insurans menawarkan beberapa perlindungan tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh pemilik kereta. Berikut kami kongsikan perlindungan tambahan insurans kereta yang biasa dimiliki oleh pemilik kereta di Malaysia:

1. Perlindungan Cermin Kereta

Cermin kereta merupakan antara komponen kereta yang paling terdedah kepada risiko. Oleh sebab itu, penting untuk anda menambah perlindungan tambahan ini. Dengan memiliki insurans cermin kereta, syarikat insurans akan membantu membayar kerugian yang dihadapi sekiranya cermin kereta retak atau pecah.

Ini bermaksud, syarikat insurans akan menggantikan cermin kereta yang rosak tanpa menjejaskan kadar NCD kereta sedia ada. Biasanya, kadar premium insurans cermin kereta adalah sekitar 15 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan untuk cermin kereta. Jika harga cermin kereta adalah RM800, anda perlu bayar premium perlindungan tambahan sebanyak RM120* setahun.

Jumlah ini semestinya berbaloi untuk dimiliki. Daripada anda perlu keluarkan simpanan persaraan untuk baiki cermin kereta rosak, adalah lebih baik untuk anda labur RM120* setahun untuk dapatkan perlindungan insurans cermin kereta.

*Harga mungkin berubah bergantung pada harga perlindungan insurans cermin kereta yang diambil. Rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.

2. Perlindungan Peril Khas (Bencana Alam)

Jika mengambil kira keadaan cuaca semasa di Malaysia, insurans bencana alam atau insurans special perils sangat digalakkan untuk diambil oleh pemilik kenderaan. Jika anda menetap di kawasan yang berisiko banjir contohnya, anda digalakkan untuk mendapatkan perlindungan ini.

Bencana alam seperti kereta tenggelam banjir, kereta kena hempap pokok dan sebagainya berisiko tinggi menyebabkan kerosakan pada kereta anda. Oleh sebab itu, pemilik kereta perlu mendapatkan perlindungan tambahan ini bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang optimum.

Secara asasnya, anda boleh membuat tuntutan insurans untuk pembaikan kereta yang rosak akibat bencana alam jika kereta dilindungi insurans bencana alam. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kewangan untuk membaiki kerosakan kereta.

Kadar premium insurans untuk tambahan insurans banjir ini adalah sekitar 0.5 peratus daripada jumlah diinsuranskan. Namun begitu, kadar ini mungkin berbeza bergantung pada syarikat insurans dan pengendali Takaful.

3. Perlindungan Pemandu Tambahan

Pemandu dinamakan atau named driver merujuk pada pemandu yang mendapat kebenaran untuk menggunakan kereta. Anda perlu pertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini jika kereta anda kerap digunakan oleh orang lain.

Andaikan kemalangan kereta berlaku semasa kereta dipandu oleh individu tidak dinamakan dalam polisi. Syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan insurans atau mengenakan ekses wajib sebanyak RM400 kepada pemilik kereta.

Bagi mengelakkan situasi ini, anda disarankan untuk menamakan pemandu tambahan dalam polisi. Cara ini membolehkan pemandu dinamakan menikmati perlindungan yang sama seperti pemegang polisi.

Di Malaysia, pemilik kereta boleh memasukkan satu nama pemandu tambahan ke dalam polisi secara percuma. Namun begitu, jika anda ingin menamakan lebih ramai pemandu, anda perlu menambah kos tambahan sebanyak RM10 bagi setiap pemandu.

Perlindungan Peril Khas merupakan antara perlindungan tambahan yang perlu dipertimbangkan untuk elakkan kos pembaikan daripada simpanan sendiri.

4. Perlindungan Liabiliti Undang-undang

Jika anda kerap membawa penumpang di dalam kereta anda, anda mungkin perlu mempertimbangkan perlindungan tambahan ini. Ia bertujuan untuk melindungi anda daripada sebarang tuntutan undang-undang ke atas diri anda. Di Malaysia, terdapat dua jenis perlindungan liabiliti undang-undang yang anda perlu tahu:

Liabiliti Undang-undang Terhadap Penumpang

Liabiliti Undang-undang Terhadap Penumpang (Legal Liability to Passengers) atau LLTP. Ia merupakan perlindungan tambahan kepada perlindungan insurans sedia ada.

Meskipun kereta anda dilindungi oleh insurans kereta komprehensif, ia tidak melindungi anda daripada liabiliti undang-undang yang dituntut oleh penumpang anda sendiri.

Andaikan anda dalam perjalanan bercuti hujung tahun bersama rakan anda dan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kecuaian anda sendiri.

Sekiranya mangsa menyaman anda dan anda tidak mempunyai perlindungan LLTP, perbelanjaan berkaitan perlu dikeluarkan daripada poket anda sendiri.

Liabiliti Undang-undang untuk Penumpang

Liabiliti Undang-undang untuk Penumpang (Legal Liability of Passengers) atau LLOP. Ia merujuk perlindungan kepada anda sekiranya pihak ketiga membuat apa-apa tuntutan.

Dalam erti kata lain, ia akan melindungi anda daripada tuntutan ganti rugi pihak ketiga disebabkan kecuaian penumpang anda.

Sebagai contoh, penumpang kereta anda membuka pintu kereta tanpa melihat dan menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.

5. Perlindungan Kemalangan Diri

Insuran kemalangan diri merupakan polisi perlindungan yang membolehkan anda menerima pampasan sekiranya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecacatan.

Secara asasnya, manfaat perlindungan adalah berbeza mengikut pelan. Ia biasanya merangkumi hilang upaya kekal, bayaran kematian, perlindungan perubatan, faedah kehilangan nyawa dan sebagainya.

Jika anda sudah mempunyai insurans lain seperti insurans perubatan dan insurans nyawa yang bertindih dengan manfaat pelan kemalangan peribadi, anda boleh untuk tidak mendapatkan perlindungan ini.

Namun begitu, jika anda masih belum mempunyai insurans lain, anda disyorkan untuk mendapatkan pelan kemalangan peribadi! Ia bagi melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan.

Perlindungan Tambahan untuk Insurans Kereta

Dapatkan Perlindungan Tambahan Terbaik untuk Kereta Anda di Qoala

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan terbaik sebelum pilih perlindungan tambahan yang sesuai. Anda perlu ambil kira tahap risiko dan tabiat penggunaan kereta bagi menentukan perlindungan tambahan yang anda perlukan.

Perlindungan tambahan yang sesuai dapat memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada terbeban dengan risiko kewangan atau kos pembaikan yang tinggi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan untuk insurans kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh tambah perlindungan tambahan yang dikehendaki dengan mudah secara online sahaja.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60