Kereta Banjir Apa Perlu Buat untuk Minimumkan Kerugian?

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
Kereta Banjir Apa Perlu Buat untuk Minimumkan Kerugian?

Selain rumah dimasuki air, bencana banjir juga boleh menyebabkan banyak motosikal dan kereta tenggelam banjir. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki insurans bencana alam kereta (special perils) untuk mengurangkan risiko kerugian dan meminimumkan kos repair kereta banjir. Selain itu, ia juga membolehkan anda membuat tuntutan insurans kereta banjir kerana insurans kereta asas tidak mencukupi dan tidak melindungi kerosakan akibat bencana alam.

7 Perkara Penting Anda Perlu Buat Jika Kereta Tenggelam Banjir, Kereta Masuk Air Banjir

Kereta kena banjir apa perlu buat? Sekiranya anda tinggal di kawasan yang berisiko untuk dinaiki air atau terdedah kepada risiko banjir kilat, anda boleh praktikkan langkah-langkah berikut sekiranya kereta anda ditenggelami banjir atau kereta masuk air banjir. Ia penting bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar atau kemungkinan kerosakan dialami menjadi semakin teruk.

1. Kenal Pasti Paras Air Banjir

Bila banjir mulai surut dan situasi kembali selamat, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah periksa paras atau kedalaman air banjir. Biasanya, air banjir akan meninggalkan kesan lumpur atau selut pada bahagian dalaman atau luaran kereta seperti kusyen, bumbung kereta, dashboard dan sebagainya. Ia membolehkan syarikat insurans menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda.

2. Jangan Start Enjin Kereta

Sekiranya kereta anda tenggelam sepenuhnya semasa banjir jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda. Ini kerana, ia berpotensi menyebabkan berlaku litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius. Dalam sesetengah keadaan, situasi ini mungkin boleh membahayakan nyawa anda.

Biasanya, komponen kereta kena banjir atau kereta tenggelam banjir berisiko untuk rosak. Apa yang boleh anda lakukan ialah cabut bateri kereta atau gunakan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta banjir anda terus ke bengkel. Jika perlu, panggil mekanik ke rumah untuk memeriksa kereta anda.

3. Hubungi Syarikat Insurans Kereta

Perkara penting seterusnya yang anda perlu lakukan ialah hubungi syarikat insurans untuk maklumkan insiden kereta rosak akibat banjir. Jika perlu, minta bantuan trak tunda untuk alihkan kereta jika kereta anda tenggelam sepenuhnya. Jangan cuba untuk hidupkan enjin atau memandu kereta anda sendiri ke bengkel kerana ia berisiko menyebabkan kerosakan yang lebih serius.

4. Kumpulkan Bukti

Simpan bukti bergambar bagi memudahkan proses tuntutan insurans banjir dilakukan. Biasanya, syarikat insurans memerlukan butiran atau dokumen-dokumen berikut bagi memproses tuntutan insurans anda:

  • Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir;
  • Ambil gambar kerosakan kereta banjir;
  • Salinan lesen memandu pemilik kereta;
  • Salinan kad pengenalan pemilik kereta;
  • Salinan geran kereta;
  • Salinan polisi insuran;
  • Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada).

5. Periksa Enjin atau Gearbox Kereta

Setelah tiba di bengkel, lakukan pemeriksaan terhadap enjin atau gearbox kereta anda terlebih dahulu. Periksa paras minyak enjin atau minyak gear menggunakan dipstick. Jika amaun minyak hitam atau minyak gear melebihi amaun sepatutnya, ini bermaksud enjin masuk air.

Anda disarankan untuk lakukan flushing dengan ulangan tiga (3) hingga lima (5) kali bergantung pada nasihat mekanik anda. Minyak enjin dan minyak gear yang telah bercampur dengan air perlu dikeluarkan dan digantikan dengan minyak baharu untuk mengurangkan risiko kerosakan pada enjin.

6. Keringkan Komponen Kereta

Apabila kereta ditenggelami air banjir, sudah semestinya bahagian dalaman kereta turut terjejas. Mana-mana komponen dalaman kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio dan sebagainya boleh dikeluarkan untuk dibersihkan dan dikeringkan.

Anda juga boleh cuci kereta banjir dengan semburan air deras terutamanya di bahagian yang sukar dibersihkan seperti enjin, tayar kereta dan brek kereta.

Meskipun begitu, elakkan daripada melakukan semburan air secara terus ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir kerana ia berpotensi merosakkan komponen ini.

Bersihkan sebarang kotoran atau lumpur pada kusyen kereta banjir – pastikan ia kering sepenuhnya untuk elakkan kusyen daripada berbau hapak.

7. Lakukan Petrol Flushing (Jika Perlu)

Kedudukan tangki minyak kereta yang rendah juga boleh menyebabkan tangki kereta masuk air banjir. Jika anda mendapati terdapat kemungkinan air banjir memasuki tangki minyak, keluarkan minyak petrol yang telah bercampur dengan air untuk mengelakkan kerosakan enjin yang lebih serius.

Jika perlu, dapatkan nasihat daripada mekanik anda untuk lebih kepastian.

kereta tenggelam banjir | insurans kereta banjir

Proses Tuntutan Insurans Kereta dan Cara Claim Insurans Kereta Banjir

Sekiranya kereta anda dilindungi oleh perlindungan tambahan bencana alam atau insurans kereta banjir, anda boleh membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans anda. Berikut merupakan cara untuk membuat tuntutan insurans banjir untuk memudahkan urusan anda.

1. Hubungi Pihak Insurans

Sekiranya anda berdepan situasi kereta tenggelam banjir, anda perlu maklumkan insiden tersebut kepada pihak insurans anda. Jika perlu, dapatkan bantuan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel berhampiran.

Anda tidak digalakkan untuk menghidupkan enjin kereta anda sekiranya kereta masuk air banjir kerana ia mungkin boleh menyebabkan risiko kerosakan lain yang lebih serius.

Syarikat Insurans Malaysia Butiran
Zurich Insurance 📞 1-3000-88-6222 | +603-2109-7999

📧 callcenter@zurich.com.my

⏰ Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang

Tune Protect 📞 1-800-228-863

📧 hello.my@tuneprotect.com

⏰ 24 jam

Generali Malaysia 📞 +603-2170-8282

📧 –

⏰ Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.15 petang

Takaful Malaysia 📞 1-3000-88-252-385

📧 csu@takaful-malaysia.com.my

⏰ 24 jam

Takaful Ikhlas Malaysia 📞 1-800-88-1186

📧 ikhlascare@takaful-malaysia.com.my

⏰ 24 jam

2. Kumpulkan Bukti Berkaitan

Selain itu, anda juga perlu kumpulkan bukti berkaitan untuk memudahkan proses tuntutan. Kebanyakan syarikat insurans memerlukan dokumen sokongan dan bukti yang berkaitan dalam urusan claim insurans kereta seperti berikut:

  1. Catat lokasi, masa dan tarikh insiden banjir berlaku;
  2. Ambil gambar kerosakan kereta masuk air banjir;
  3. Sediakan salinan lesen memandu, kad pengenalan, geran kereta dan polisi insurans (atau cover note) untuk rujukan;
  4. Butiran atau dokumen sokongan lain (jika perlu).

3. Buat Laporan Polis

Anda perlu membuat laporan polis secepat mungkin. Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas insiden berlaku.

Meskipun begitu, laporan polis masih diterima selepas tempoh 24 jam sekiranya anda mempunyai alasan yang munasabah bergantung pada penilaian pihak Polis.

4. Serahkan Borang Tuntutan

Jika segala dokumen dan bukti yang diperlukan sudah lengkap, serahkan borang tuntutan kepada ejen insurans atau syarikat insurans kereta anda. Biasanya, pihak insurans akan memaklumkan tempoh yang diperlukan oleh pihak mereka untuk memproses tuntutan anda.

5. Hantar Kereta ke Bengkel

Setelah selesai, hantar kereta anda ke bengkel panel insurans kereta berhampiran anda. Anda boleh merujuk pihak insurans untuk mendapatkan senarai lengkap panel insurans kereta yang boleh menguruskan kereta banjir anda.

kereta kena banjir apa perlu buat? ketahui panduan lengkap di sini.

Insuran Kereta Banjir: Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Bencana Alam ‘Special Perils’

Perlindungan insurans komprehensif merupakan antara polisi insurans kereta yang menjadi pilihan kebanyakan pemilik kereta di Malaysia. Ia menawarkan perlindungan daripada kerosakan disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran serta kerosakan, kematian atau kecederaan ke atas pihak lain.

Meskipun begitu, perlindungan ini sahaja tidak mencukupi untuk melindungi anda sekiranya berlaku bencana alam. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkan perlindungan tambahan yang dikenali sebagai special perils (insurans bencana alam). Perlindungan peril khas secara asasnya melindungi kereta anda sekiranya berlaku kerosakan kenderaan disebabkan bencana alam seperti banjir, pokok tumbang, tanah runtuh dan lain-lain.

Perlindungan bencana alam ini boleh ditambah semasa anda renew insurans kereta dengan bayaran tambahan dianggarkan sekitar RM50 hingga RM200 setahun bergantung pada polisi insurans kereta anda. Anda boleh rujuk ejen insurans kereta jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta komprehensif termasuk perlindungan insurans bencana alam. Anda boleh layari laman web Qoala, platform insurans terbaik di Malaysia untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60