Perlindungan Peril Khas: 4 Perkara Anda Wajib Tahu

Kali terakhir diperbaharui Dec 6, 2022 oleh Hariz Hafiz
Perlindungan Peril Khas: 4 Perkara Anda Wajib Tahu

Memandangkan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu dan kejadian banjir yang sering melanda negara sejak kebelakangan ini, ramai pemilik kenderaan yang mula memilih untuk mengambil perlindungan peril khas atau special perils yang juga lebih dikenali sebagai insurans kereta banjir. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perlindungan peril khas.

Kenapa Perlu Special Perils?

Insurans kereta merupakan satu perkara yang wajib dimiliki oleh semua pemilik kenderaan di Malaysia. Tanpa insurans kereta, anda tidak akan dapat memandu kereta anda secara sah di sisi undang-undang dan anda juga tidak akan boleh renew roadtax anda. Seperti yang anda tahu, tujuan utama insurans kereta adalah untuk melindungi anda daripada kerugian sekiranya anda terlibat dalam kemalangan. Secara amnya, terdapat tiga jenis insurans kereta untuk anda pilih iaitu

  • Insurans pihak ketiga
  • Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
  • Insurans komprehensif

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi oleh polisi-polisi di atas. Contohnya, jika kereta anda tenggelam banjir, polisi insurans komprehensif sahaja tidak akan dapat membantu anda. Disebabkan ini, terdapat perlindungan tambahan atau add-on yang anda boleh sertakan di dalam polisi anda seperti perlindungan cermin depan dan perlindungan peril khas.

1. Maksud Special Perils

Secara asasnya, peril khas merupakan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya.

Mengambil perlindungan tambahan ini merupakan salah satu langkah proaktif dan anda disarankan untuk ambil kerana ia akan dapat melindungi kewangan anda. Anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat insurans jika anda terpaksa membaiki kereta anda yang rosak disebabkan bencana alam.

2. Harga Perlindungan Peril Khas

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan perlindungan special perils ini seperti Etiqa, Axa, Lonpac dan banyak lagi. Secara amnya, kos perlindungan peril khas berbeza-beza bergantung kepada pembekal insurans anda. Syarikat insurans biasanya menawarkan kadar bayaran sekitar 0.20 peratus sehingga 0.50 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan bagi kenderaan anda.

Contohnya, anda mengambil peril khas daripada syarikat insurans yang mengenakan caj 0.50 peratus. Katakanlah jumlah diinsuranskan bagi kereta anda adalah RM65,000, jumlah yang anda perlu bayar untuk dapatkan perlindungan tambahan special perils ini untuk tempoh setahun adalah sebanyak RM325 sahaja.

insurans kereta banjir

3. Cara Dapatkan Perlindungan Peril Khas

Anda boleh menambah polisi tambahan peril khas ini pada bila-bila masa dengan menghubungi ejen atau syarikat insurans anda. Meskipun begitu, anda disarankan untuk renew insurans kereta dengan tambahan perlindungan peril khas sekaligus. Ini kerana, proses penambahan perlindungan tambahan boleh menjadi sedikit rumit jika dibuat berasingan. Sesetengah syarikat insurans akan meminta untuk membuat pemeriksaan kenderaan jika anda ingin menambah special perils dalam polisi insurans semasa anda.

Sebab utamanya adalah untuk mengesahkan bahawa kenderaan anda belum rosak – ada sesetengah pihak akan cuba menipu sistem dengan menambah peril khas hanya selepas kereta mereka mengalami kerosakan akibat bencana alam. Disebabkan ini, anda digalakkan untuk dapatkan perlindungan tambahan ini semasa anda renew insurans kereta.

Kebiasaannya, semasa anda membuat pembaharuan insurans kereta, anda boleh lihat akan ada ruang untuk anda menambah jenis perlindungan. Untuk memudahkan proses membeli insurans, anda boleh renew insurans kereta anda di Qoala yang mempunyai pembekal-pembekal insurans yang menawarkan perlindungan special perils. Anda boleh dapatkan sebut harga insurans percuma anda dalam masa kurang daripada satu minit.

4. Cara Claim Insurans Kereta yang Ada Special Perils

Apabila kereta anda mengalami kerosakan kerana terlibat dalam keadaan yang tidak diingini seperti banjir, anda boleh membuat tuntutan dengan perlindungan peril khas. Berikut adalah cara tuntut peril khas untuk panduan anda:

1. Kumpulkan Bukti

Jangan cuba untuk hidupkan enjin kereta kerana jika anda berbuat demikian, kereta anda mungkin boleh mengalami kerosakan lebih teruk. Perkara penting yang anda perlu lakukan adalah ambil seberapa banyak gambar dan video yang mungkin akan membantu untuk membuat tuntutan anda.

2. Hubungi Syarikat Insurans Anda

Hubungi syarikat insurans anda dengan segera dan beritahu mereka tentang situasi anda.  Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans semasa proses claim insurans:

Senarai-senarai butiran atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans seperti:

    • Maklumat seperti lokasi, masa dan tarikh kereta mengalami kerosakan;
    • Gambar kerosakan kereta;
    • Salinan lesen memandu pemilik kereta;
    • Salinan kad pengenalan pemilik kereta;
    • Salinan geran kereta;
    • Salinan polisi insuran;
    • Sekiranya ada, sediakan butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta.

Setelah penyerahan dokumen-dokumen ini telah dibuat kepada ejen insurans atau syarikat insurans, anda akan dimaklumkan mengenai tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan insurans anda.

3. Hantar Kereta Ke Bengkel Panel

Pihak syarikat insurans biasanya akan menyediakan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kenderaan anda ke bengkel panel untuk dibaiki. Anda boleh dapatkan senarai bengkel panel daripada syarikat insurans anda. Sebaik sahaja kereta anda dibaiki, jumlah itu akan dilindungi oleh syarikat insurans.

special perils malaysia

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

Kerosakan kereta disebabkan bencana alam adalah tidak murah untuk dibaiki dan kadang-kala boleh menelan kos lebih tinggi daripada harga kereta itu sendiri. Walaupun anda mungkin rasa kawasan anda tidak terdedah dengan risiko bencana alam seperti banjir, anda mungkin akan memandu kereta dan pergi ke tempat yang berisiko banjir untuk tujuan bercuti, kerja dan sebagainya.

Contohnya, anda bekerja di Lembah Klang yang sejak kebelakangan ini sering mengalami banjir apabila hujan lebat berpanjangan berlaku. Ini menunjukkan kejadian seperti banjir boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa. Cuaca buruk sejak kebelakangan ini turut menyebabkan kejadian seperti tanah runtuh dan pokok tumbang menghempap ​​kereta turut terjadi.

Jika anda tidak mempunyai peril khas yang melindungi kereta anda ketika ditimpa bencana alam, anda sendiri yang perlu tanggung kos pembaikan kereta anda yang akan menelan kos yang tinggi. Peril khas memberikan anda bantuan supaya anda tidak dibebani dengan semua kos untuk membaikinya dan juga mampu memberikan anda ketenangan minda kerana anda tahu anda ada insurans untuk cover sekiranya banjir atau apa-apa bencana alam berlaku.

Semoga perkongsian mengenai perlindungan peril khas atau special perils ini akan dapat membantu anda membuat keputusan untuk mendapatkan polisi ini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta komprehensif termasuk perlindungan bencana alam seperti banjir, layari laman web Qoala, platform insurans terbaik di Malaysia untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60

Lindung Diri dan Keluarga dengan Perlindungan Insurans Menyeluruh

X