Perlindungan Peril Khas: 4 Perkara Penting Tentang Insurans Bencana Alam

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
Perlindungan Peril Khas: 4 Perkara Penting Tentang Insurans Bencana Alam

Memandangkan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu dan kejadian banjir yang sering melanda negara sejak kebelakangan ini, ramai pemilik kenderaan yang mula memilih untuk mengambil perlindungan peril khas atau special peril yang juga lebih dikenali sebagai insurans kereta banjir. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perlindungan insuran bencana alam kereta atau peril khas ini.

Insurans Bencana Alam untuk Kereta: Kenapa Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Special Perils Perlu Ada?

Insurans kereta merupakan satu perkara yang wajib dimiliki oleh semua pemilik kenderaan di Malaysia. Tanpa insurans kereta, anda tidak akan dapat memandu kereta secara sah di sisi undang-undang dan anda juga tidak akan boleh renew roadtax anda.

Seperti yang kita semua tahu, tujuan utama insurans kereta adalah untuk melindungi anda daripada kerugian sekiranya terlibat dalam kemalangan. Secara amnya, terdapat tiga jenis insurans kereta untuk anda pilih iaitu

  • Insurans kereta pihak ketiga;
  • Insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian;
  • Insurans kereta komprehensif.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi oleh polisi-polisi di atas. Contohnya, jika kereta anda tenggelam banjir, polisi insurans komprehensif sahaja tidak akan dapat membantu anda.

Disebabkan ini, terdapat perlindungan tambahan atau add-on yang anda boleh sertakan di dalam polisi anda seperti perlindungan cermin depan dan perlindungan peril khas (insuran kereta bencana alam).

1. Maksud Special Perils

Apa itu special perils? Secara asasnya, peril khas merupakan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya.

Perlindungan tambahan insurans bencana alam ini merupakan salah satu langkah proaktif. Anda disarankan untuk ambil perlindungan ini kerana ia akan dapat melindungi kewangan anda.

Anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat insurans jika anda terpaksa membaiki kereta anda yang rosak disebabkan bencana alam.

2. Perlindungan Peril Khas: Harga Insurans Bencana Alam untuk Kereta

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans yang menawarkan perlindungan special perils atau insuran bencana alam ini seperti Etiqa, Generali Malaysia, Lonpac dan banyak lagi.

Secara amnya, kos perlindungan insurans kereta bencana alam berbeza-beza bergantung kepada pembekal insurans anda. Syarikat insurans biasanya menawarkan kadar bayaran sekitar 0.20 peratus sehingga 0.50 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan bagi kenderaan anda.

Contohnya, anda mengambil insurance bencana alam atau perlindungan peril khas daripada syarikat insurans yang mengenakan caj 0.50 peratus. Katakanlah jumlah diinsuranskan bagi kereta anda adalah RM65,000.

Jumlah yang anda perlu bayar untuk dapatkan perlindungan tambahan special perils ini untuk tempoh setahun adalah sebanyak RM325 sahaja.

cara dapatkan polisi insurans kereta banjir

3. Cara Dapatkan Polisi Insurans Perlindungan Peril Khas

Anda boleh menambah insuran kereta banjir atau polisi tambahan peril khas ini pada bila-bila masa. Anda boleh menghubungi ejen atau syarikat insurans anda. Meskipun begitu, anda disarankan untuk renew insurans kereta dengan tambahan perlindungan peril khas sekaligus.

Ini kerana, proses penambahan perlindungan tambahan boleh menjadi sedikit rumit jika dibuat berasingan. Sesetengah syarikat insurans akan meminta untuk membuat pemeriksaan kenderaan jika anda ingin menambah special perils dalam polisi insurans semasa anda.

Sebab utamanya adalah untuk mengesahkan bahawa kenderaan anda belum rosak – ada sesetengah pihak akan cuba menipu sistem dengan menambah peril khas hanya selepas kereta mereka rosak akibat bencana alam.

Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk dapatkan perlindungan tambahan ini semasa anda renew insurans kereta. Untuk memudahkan proses menambah insurans kereta untuk banjir atau bencana alam lain, anda boleh renew insurans kereta anda di Qoala.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans dengan beberapa pilihan syarikat insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perlindungan special perils. Anda boleh dapatkan sebut harga insurans percuma anda dalam masa kurang daripada satu minit.

4. Cara Claim Insurans Kereta Banjir (Special Perils)

Apabila kereta anda mengalami kerosakan kerana terlibat dalam keadaan yang tidak diingini seperti banjir, anda boleh membuat tuntutan insurans perlindungan peril khas. Berikut adalah cara buat tuntutan atau claim insurans peril khas untuk panduan anda:

i. Kumpulkan Bukti

Jangan cuba untuk hidupkan enjin kereta kerana jika anda berbuat demikian, kereta anda mungkin boleh mengalami kerosakan lebih teruk. Perkara penting yang anda perlu lakukan adalah ambil seberapa banyak gambar dan video yang mungkin akan membantu untuk membuat tuntutan anda.

ii. Hubungi Syarikat Insurans Anda

Hubungi syarikat insurans anda dengan segera dan beritahu mereka tentang situasi anda.  Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans semasa proses claim insurans:

      1. Maklumat seperti lokasi, masa dan tarikh kereta mengalami kerosakan;
      2. Gambar kerosakan kereta;
      3. Salinan lesen memandu pemilik kereta;
      4. Salinan kad pengenalan pemilik kereta;
      5. Salinan geran kereta;
      6. Salinan polisi insuran;
      7. Butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (jika ada).

Setelah penyerahan dokumen-dokumen ini telah dibuat kepada ejen insurans atau syarikat insurans, anda akan dimaklumkan mengenai tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan insurans anda.

iii. Hantar Kereta Ke Bengkel Panel

Pihak syarikat insurans biasanya akan menyediakan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kenderaan anda ke bengkel panel untuk dibaiki.

Anda boleh dapatkan senarai bengkel panel daripada syarikat insurans anda. Sebaik sahaja kereta anda dibaiki, kos pembaikan itu akan dilindungi oleh syarikat insurans.

special perils malaysia (insurans banjir kereta)

Insuran Kereta Banjir: Adakah Ini Masanya yang Sesuai untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

Kerosakan kereta disebabkan oleh bencana alam boleh menelan belanja yang tinggi. Kadang-kala, kos pembaikan kerosakan lebih tinggi daripada harga kereta itu sendiri. Oleh sebab itu pentingnya perlindungan insurance bencana alam kereta ini.

Walaupun anda mungkin rasa kawasan anda tidak terdedah dengan risiko bencana alam seperti banjir, anda perlu ambil kira situasi dan keadaan-keadaan lain. Andaikan anda memandu kereta ke tempat yang berisiko untuk banjir untuk tujuan bercuti, kerja luar dan sebagainya.

Di Lembah Klang misalnya, sejak kebelakangan ini sering mengalami banjir kilat apabila hujan lebat berpanjangan berlaku. Ini menunjukkan kejadian seperti banjir boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa. Cuaca buruk sejak kebelakangan ini turut menyebabkan kejadian seperti tanah runtuh dan pokok tumbang menghempap ​​kereta turut terjadi.

Jika anda tidak mempunyai perlindungan peril khas yang melindungi kereta anda daripada bencana alam, anda sendiri perlu tanggung kos pembaikan kereta yang menelan kos yang tinggi.

Peril khas atau insurans bencana alam membantu anda supaya tidak dibebani dengan kos pembaikan dan memberikan anda ketenangan fikiran. Semoga perkongsian mengenai perlindungan peril khas atau special perils ini akan dapat membantu anda membuat keputusan untuk mendapatkan polisi ini.

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta komprehensif termasuk perlindungan insurans bencana alam seperti banjir, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60