Senarai Harga Cermin Kereta untuk Tukar Cermin Kereta 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Senarai Harga Cermin Kereta untuk Tukar Cermin Kereta 2024

Harga cermin kereta atau kos tukar cermin kereta boleh menelan belanja yang tinggi, apatah lagi jika kereta anda tidak dilengkapi dengan insurans cermin kereta. Anda perlu keluarkan belanja sendiri daripada simpanan anda untuk menanggung kos tukar cermin kereta ini.

Patutkah Anda Tambah Perlindungan Cermin Kereta?

Perlindungan insurans cermin kereta dapat memberi ketenangan fikiran kepada pemegang polisi. Jika cermin kereta pecah atau retak, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menggantikan cermin kereta anda.

Bagi model kereta baru, kos ganti cermin kereta boleh memakan kos yang besar. Ini disebabkan teknologi penderia (sensor) yang telah ditambah pada cermin kereta. Sebagai contoh, harga cermin depan Perodua Aruz memakan kos sekitar RM1,200 (Perodua Aruz dilengkapi teknologi penderia hujan).

Berikut anggaran harga cermin kereta model kereta popular di Malaysia tanpa perlindungan insurans untuk panduan anda. Ia membolehkan anda merancang kos dan perbelanjaan anda dengan lebih baik.

Model Kereta Anggaran Harga Pasaran Cermin Kereta
Harga cermin tingkap kereta Axia Harga cermin depan Axia berjumlah antara RM500 hingga RM600.
Harga cermin tingkap kereta Persona Harga cermin kereta untuk harga windscreen persona model lama adalah dalam lingkungan RM600 hinggalah RM800. Manakala, harga cermin kereta model terbaru adalah antara RM1,000 hingga RM1,300.
Harga cermin kereta Bezza Harga cermin tingkap kereta Bezza/harga cermin kereta Bezza adalah antara RM500 hingga RM600 di pasaran.
Harga cermin depan Saga FLX Harga cermin kereta Saga adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM600.

Cermin kereta retak boleh dilindungi insurans tambahan (insurans cermin kereta)

Tukar Cermin Kereta: Berapa Harga Repair Cermin Kereta Retak, Harga Ganti Cermin Kereta Pecah?

Kejadian tidak diingini seperti cermin kereta retak, pecah dan sebagainya tidak boleh dijangkakan. Ia boleh berpunca daripada batu yang melantun ke arah cermin, pokok tumbang hempap cermin dan banyak lagi. Apabila berdepan situasi sebegini, anda semestinya perlu ganti cermin kereta yang rosak ini.

Faktor yang Mempengaruhi Kos Tukar Cermin Kereta

Ramai yang masih tidak tahu kos baiki cermin kereta retak atau harga tukar cermin kereta adalah berbeza-beza. Harga repair cermin kereta retak, pecah atau rosak ini juga mungkin lebih tinggi bergantung pada faktor-faktor berikut:

  • Model kereta (jenama kenderaan);
  • Jenis cermin kereta yang digunakan;
  • Range harga cermin kereta di pasaran semasa;
  • Lokasi bengkel;
  • Stok cermin kereta sedia ada atau perlu diimport;
  • Kadar upah sesebuah kedai cermin kereta.

Kos Tambahan: Kos Baiki Cermin Kereta Retak

Biasanya, harga cermin kereta belakang dan depan yang pecah boleh menelan kos sekitar RM200 hingga RM360 atau mungkin lebih bergantung pada model kereta. Harga baiki cermin kereta retak mungkin lebih mahal jika:

  • Kereta menggunakan cermin elektrik atau dipanaskan (heated windscreen);
  • Cermin kereta mempunyai ciri pengesan retak;
  • Cermin dua lapis (double layer) digunakan;
  • Cermin kereta khusus untuk kenderaan premium digunakan;
  • Kos-kos lain bergantung pada situasi (kos pengangkutan dan sebagainya).

Sebelum gantikan cermin kereta yang rosak, tanyakan terlebih dahulu anggaran kos-kos ini untuk elakkan anda daripada terbeban dengan belanja yang tinggi. Anda boleh minta sebut harga dengan memaklumkan perkara-perkara berikut:

  • Jenis cermin – cermin kereta belakang, depan, cermin kecil kereta, cermin tingkap dan lain-lain;
  • Model kereta – Saga BLM, Myvi, Vios dan sebagainya;
  • Tahun pengeluaran;
  • Nama syarikat insurans (jika berkaitan);
  • Jumlah perlindungan cermin kereta (jika berkaitan).

Insuran Cermin Kereta: Senarai Harga Cermin Kereta 2024

Bagi membantu anda menguruskan perbelanjaan dengan baik, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan insurans cermin kereta sebagai langkah persediaan. Sekurang-kurangnya, anda memiliki insurans yang akan menanggung kos pembaikan sekiranya cermin kereta anda tiba-tiba pecah, retak atau rosak.

Kos perlindungan insurans cermin kereta adalah sebanyak 15 peratus daripada nilai harga perlindungan cermin kereta. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan perlindungan bernilai RM1,000, anda hanya perlu membayar RM150 untuk satu tempoh polisi. Bagi memudahkan anda, anda boleh rujuk senarai perlindungan harga insurans di bawah:

1. Harga Cermin Kereta Perodua

Nilai perlindungan cermin kereta Perodua yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.

Model Kereta Perodua Harga Insurans Kereta Nilai Perlindungan
Alza RM105 RM700
Aruz RM165-RM180 RM1,100-RM1,200
Axia RM90 RM600
Ativa RM180 RM1,200
Bezza RM105-RM150 RM700-RM1,000
Kelisa RM90 RM600
Kembara RM90 RM600
Kenari RM90 RM600
Kancil RM75 RM500
Myvi RM90-RM150 RM600-RM1,000
Rusa RM90 RM600
Viva RM90 RM600

2. Harga Cermin Kereta Proton

Nilai perlindungan cermin kereta Proton yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.

Model Kereta Proton Harga Insurans Kereta Nilai Perlindungan
Ertiga RM225 RM1500
Exora RM120 RM800
Gen2 RM90 RM600
Iriz RM180 RM1,200
Inspira RM300 RM2,000
Juara RM90 RM600
Preve RM180 RM1,200
Perdana RM150-RM300 RM1,000-RM2,000
Persona RM90-RM180 RM600-RM1,200
Saga/Iswara RM90-RM120 RM600-RM800
Satria RM90-RM120 RM600-RM800
Suprema S RM180 RM1,200
Wira RM90 RM600
Waja RM90 RM600
X50 RM225-RM450 RM1,500-RM3,000
X70 RM225-RM450 RM1,500-RM3,000

Harga cermin kereta di Malaysia

3. Harga Cermin Kereta Honda

Nilai perlindungan cermin kereta Honda yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.

Model Kereta Honda Harga Insurans Kereta Nilai Perlindungan
Honda CRV RM150-RM300 RM1,000-RM2,000
Honda City RM150-RM300 RM1,000-RM2,000
Honda Accord RM150-RM450 RM1,000-RM3,000
Honda Civic RM225-RM300 RM1,500-RM2,000
Honda Jazz RM150-RM225 RM1,000-RM1,500
Honda HRV RM225 RM1500
Honda BRV RM225 RM1500
Honda Odyssey RM300-RM750 RM2,000-RM5,000
Honda Elysion RM600 RM4,000
Honda Freed RM300 RM2,000
Honda Insight RM900 RM6,000
Honda CRZ RM750 RM5,000
Honda Stream RM225-RM750 RM1,500-RM5,000

4. Harga Cermin Kereta Toyota

Nilai perlindungan cermin kereta Toyota yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.

Model Kereta Toyota Harga Insurans Kereta Nilai Perlindungan
Altis RM150-RM450 RM1,000-RM3,000
Avanza RM150-RM225 RM1,000-RM1,500
Camry RM120-RM450 RM800-RM3,000
Corolla Cross RM450 RM3,000
CHR RM375 RM2,500
Rush RM225 RM1,500
Innova RM180-RM300 RM1,200-RM2,000
Harrier RM300-RM750 RM2,000-RM5000
Unser RM150 RM1,000
Fortuner RM150-RM300 RM1,000-RM2,000
Vellfire RM525-RM600 RM3,500-RM4,000
Toyota Estima RM450-RM525 RM3,000-RM3,500
Vios RM120-RM225 RM800-RM1,500
Toyota Wish RM225-RM450 RM1,500-RM3,000
Toyota Hilux RM150-RM300 RM1,000-RM2,000
Alphard RM450 RM3,000
Toyota Prius RM300-RM375 RM2,000-RM2,500
Toyota Yaris RM225 RM1,500
Toyota Lexus RM600 RM4,000
Landcruiser Prado RM450-RM600 RM3,000-RM4,000
Toyota GR Supra RM900 RM6,000
Toyota Sienta RM300 RM2,000

5. Harga Cermin Kereta Nissan

Nilai perlindungan cermin kereta Nissan yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.

Model Kereta Nissan Harga Insurans Kereta Nilai Perlindungan
Nissan Almera RM180 RM1,200
Grand Livina RM225 RM1,500
Nissan Teana RM300 RM2,000
Nissan Sylphy RM300 RM2,000
Nissan X-trail RM180-RM450 RM1,200-RM3,000
Nissan Sentra RM150-RM180 RM1,000-RM1,200
Nissan Frontier RM225 RM1,500
Nissan Serena RM150-RM375 RM1,000-RM2,500
Nissan Vanette RM105 RM700
Nissan GTR RM1,200-RM1,500 RM8,000-RM10,000
Nissan Fairlady RM1,200 RM8,000
Nissan Navara RM225 RM1,500
Nissan Latio RM225 RM1,500
Nissan Cefiro RM225 RM1,500

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Beli Perlindungan Tambahan Insurans Cermin Kereta untuk Ketenangan Fikiran

Perlindungan tambahan insurans cermin kereta dapat memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Jika berlaku sesuatu pada mana-mana cermin kereta anda, kos tukar cermin kereta akan ditanggung oleh pihak insurans tanpa menjejaskan NCD kereta anda.

Perlindungan tambahan cermin kereta dapat mengelakkan anda daripada terbeban dengan risiko kewangan atau kos tukar cermin kereta yang tinggi. Secara asasnya, insurans cermin kereta menawarkan perlindungan, penggantian dan pembaikan untuk:

  • Cermin depan;
  • Cermin belakang kereta;
  • Cermin tingkap, cermin tepi kereta, cermin mati dan lain-lain;
  • Cermin bumbung kereta (sun roof dan moon roof) – untuk model kereta yang sedia ada bukannya pengubahsuaian.

Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan semasa renew insurans kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh tambah perlindungan tambahan insurans cermin kereta dengan mudah pada harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60