Panduan Cara Renew Roadtax Kereta di Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Cara Renew Roadtax Kereta di Malaysia 2024

Jika anda baru sahaja memiliki kereta, anda mungkin masih belum tahu cara renew roadtax kereta anda. Pada setiap tahun, anda sebagai pemilik kereta perlu membuat pembaharuan cukai jalan. Artikel ini akan menjelaskan cara renew road tax kereta anda secara online, fizikal dan checklist yang anda perlu tahu sebelum perbaharui cukai jalan.

Senarai Semak Sebelum Anda Renew Roadtax Kereta

Secara asasnya, cukai jalan atau roadtax kereta adalah sejenis cukai yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan bermotor untuk membolehkan kenderaan tersebut dipandu di jalan raya secara sah. Untuk pengetahuan anda, kadar cukai jalan adalah tetap dan tidak berubah, ia hanya dibezakan oleh nilai insurans kenderaan anda sahaja. Bergantung kepada pilihan anda, tempoh renew roadtax boleh dibuat dalam tempoh enam bulan atau 12 bulan.

Kerajaan Malaysia mewajibkan setiap pemilik kereta untuk buat pembaharuan cukai jalan kereta dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan penalti. Sekiranya anda membuat pembaharuan cukai jalan sebelum tarikh akhir, anda terselamat dikenakan penalti. Berikut merupakan checklist yang anda perlu periksa sebelum anda memperbaharui cukai jalan anda:

1. Periksa Tarikh Tamat Tempoh Insurans dan Roadtax Kereta

Sebelum anda buat pembaharuan cukai jalan, pastikan anda telah semak dan tahu tarikh tamat tempoh road tax kereta anda terlebih dahulu.

2. Geran Kereta dan Salinan Cover Note

Seperti yang anda ketahui, kandungan geran kereta mempunyai maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan pelbagai info lagi. Selain itu, anda perlu bawa cover note kenderaan anda yang mengandungi maklumat seperti tarikh luput tamat insurans kereta.

3. Jelaskan Saman Tertunggak

Pastikan kereta anda bebas daripada mana-mana saman, seperti saman JPJ atau PDRM. Anda boleh check saman secara online dan pastikan anda langsaikan saman tersebut sekiranya ada.

4. Harga Pasaran Semasa

Selepas tempoh tertentu, kereta anda berkemungkinan besar akan mengalami susut nilai. Oleh itu, anda perlu tahu nilai semasa atau harga pasaran semasa kereta anda.

5. Kenal Pasti Insurans yang Anda Mahu

Anda boleh membuat sedikit research dan tentukan jenis insurans yang anda mahu. Kenal pasti sekiranya anda perlukan perlindungan tambahan kereta dan bandingkan polisi insurans di Malaysia untuk mendapatkan polisi perlindungan yang terbaik.

Bagaimana Cara Perbaharui Cukai Jalan Kereta Anda?

Sebelum anda renew cukai jalan anda, anda perlu renew insurans kereta anda terlebih dahulu. Sekiranya anda telah renew insurans kenderaan anda, ikuti dua cara di bawah iaitu renew secara online dan renew secara fizikal untuk memperbaharui cukai jalan anda:

Cara Renew Roadtax Kereta Online

Anda boleh melakukan urusan pembaharuan road tax anda secara online melalui platform seperti Qoala, MySikap dan MyEG.

Renew Roadtax di Qoala

Proses beli insurans secara online di Qoala sangat mudah. Anda hanya perlu isi butiran peribadi dan juga butiran kenderaan anda yang disediakan di laman web. Berikut merupakan tujuh cara mudah renew insurans dan renew roadtax dalam masa 1 minit di Qoala:

Anda boleh membuat pembaharuan cukai jalan dengan mudah dan cepat melalui platform Qoala. Ikuti langkah-langkah berikut:

        1. Layari laman web Qoala.
        2. Isikan butiran ringkas anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.
        3. Sahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online.
        4. Penghantaran roadtax akan dilakukan dalam masa lima hingga tujuh hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, tujuh hingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak. Roadtax akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.

Renew Roadtax di MySikap

MySikap merupakan platform yang disediakan oleh JPJ untuk renew roadtax, tukar nama kereta, beli nombor plat kereta dan semak saman. Berikut adalah cara renew cukai jalan di MySikap:

        1. Log masuk akaun MySikap.
        2. Pilih renew Lesen Kenderaan Motor (LKM).
        3. Masukkan nombor kenderaan berdaftar anda.
        4. Membuat pembayaran online.
        5. Ambil roadtax di JPJ atau UTC berdekatan anda.

Renew Roadtax di MyEG

Cara-cara untuk renew road tax dengan MyEG adalah seperti di bawah:

        1. Daftarkan diri anda dengan MyEG.
        2. Pilih JPJ.
        3. Pilih Pembaharuan Cukai Jalan.
        4. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, nombor telefon, nama dan nombor pendaftaran kereta.
        5. Pilih kaedah pengambilan sama ada menerusi penghantar ke rumah atau anda ambil sendiri.
        6. Lakukan pembayaran anda dengan kaedah pembayaran pilihan, kad kredit atau debit atau transfer bank.

Cara Renew Roadtax Kenderaan Secara Fizikal

Selain membuat pembaharuan cukai jalan secara online, anda juga boleh renew roadtax di mana-mana cawangan JPJ, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos Malaysia.

Renew Roadtax di JPJ dan UTC

Jika anda ingin membuat pembaharuan roadtax kereta di JPJ atau UTC, ikuti langkah-langkah di bawah:

        1. Hadir ke Pejabat JPJ atau UTC berhampiran anda.
        2. Pastikan anda bawa dokumen yang diperlukan seperti MyKad, sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans kereta anda.
        3. Anda perlu ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
        4. Serahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai bertugas.
        5. Urusan anda akan selesai sekiranya semua berjalan dengan lancar.

Renew Roadtax di Pejabat Pos

Berikut adalah cara renew roadtax di Pejabat Pos Malaysia untuk panduan anda:

        1. Pergi ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran anda.
        2. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti MyKad, sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada.
        3. Anda perlu ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
        4. Serahkan dokumen diperlukan kepada kakitangan bertugas.
        5. Urusan anda akan selesai sekiranya semua berjalan dengan lancar.

renew cukai jalan

Apa yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Tidak Perbaharui Cukai Jalan?

Untuk mengelakkan denda, anda mesti memperbaharui cukai jalan anda sebelum ia tamat tempoh. Pemilik kenderaan yang gagal membayar cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) dan 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Oleh sebab itu, pastikan anda periksa tarikh tamat tempoh road tax anda di sticker atau pelekat cukai jalan anda yang anda tampal pada bahagian depan cermin kereta. Anda boleh menyemak tarikh luput cukai jalan anda secara dalam talian melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya pelekat cukai jalan anda pudar atau hilang.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, insurans motor atau insurans rumah terbaik dan komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60