Agreed Value vs Market Value: Mana Perlindungan Terbaik untuk Anda?

Kali terakhir diperbaharui Jun 23, 2023 oleh Syazwani Yahya
Agreed Value vs Market Value: Mana Perlindungan Terbaik untuk Anda?

Anda mungkin biasa dengan istilah seperti sum insured, agreed value vs market value semasa menentukan jumlah diinsuranskan untuk perlindungan insurans kereta anda. Penting untuk anda memahami perkara-perkara ini terutamanya semasa memperbaharui insurans kereta komprehensif. Pilihan sama ada agreed value vs market value akan memberi kesan kepada amaun bayaran ganti rugi apabila anda buat tuntutan insurans kelak.

Sum Insured Insurans Kereta di Malaysia: Memilih Agreed Value vs Market Value untuk Polisi Insurans Kereta Anda

Sebelum memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta anda, anda perlu pilih jumlah diinsuranskan atau sum insured yang betul bagi memastikan kereta anda memiliki jumlah perlindungan yang mencukupi. Ambil perhatian tentang apa itu sum insured, agreed value vs market value dan perbezaan antara agreed value vs market value bagi membantu anda buat keputusan yang tepat.

Jumlah Diinsuranskan (Sum Insured)

Penting untuk anda memilih jumlah diinsuranskan atau sum insured yang sesuai untuk perlindungan kereta anda. Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan sum insured?

Secara ringkas, jumlah diinsuranskan merujuk pada jumlah perlindungan kereta yang ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa. Jumlah diinsuranskan untuk kereta anda akan berkurangan setiap tahun biasanya dipengaruhi oleh penyusutan nilai kereta.

Dengan memilih jumlah perlindungan yang sesuai, anda dapat mengelakkan daripada berdepan situasi kereta terlebih perlindungan (over-insured) atau terkurang perlindungan (under-insured).

agreed value vs market value: pilih insurans atau takaful yang betul untuk perlindungan optimum

Kereta Kurang Perlindungan

Jika kereta anda kurang perlindungan atau under-insured, anda tidak akan menerima ganti rugi penuh atas kerugian atau kerosakan kereta anda. Jika berlaku kemalangan, anda tidak akan mendapat pampasan penuh daripada syarikat insurans. Malah, anda juga mungkin:

    • Terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menambah kos pembaikan kereta anda (dalam kes kemalangan);
    • Tidak menerima pampasan penuh (bagi kes kecurian kereta atau total loss akibat kebakaran atau kemalangan).

Kereta Lebih Perlindungan

Tetapi, jika perlindungan terlalu banyak melebihi harga pasaran, anda perlu membayar harga premium insurans yang lebih tinggi dan berlebihan.

Sekiranya berlaku apa-apa ke atas kereta anda, jumlah ganti rugi yang akan diterima terhad kepada nilai pasaran semasa kereta anda.

Secara asasnya, sum insured terbahagi kepada dua pilihan – agreed value vs market value (nilai dipersetujui vs nilai pasaran). Anda boleh pilih mana-mana antara dua pilihan ini bergantung pada keperluan dan bajet anda.

Nilai Dipersetujui (Agreed Value)

Agreed Value atau Nilai Dipersetujui bermaksud kereta anda diinsuranskan berdasarkan nilai yang telah dipersetujui antara anda dan syarikat insurans atau takaful. Jumlah diinsuranskan yang ditawarkan dikira berdasarkan model kereta, tahun dan faktor-faktor lain semasa pembelian insurans.

Jika berlaku kerugian atau tuntutan total loss, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh kepada anda mengikut nilai yang telah dipersetujui. Jumlah perlindungan ini tidak akan berubah meskipun nilai pasaran kereta anda telah menyusut.

Untuk memudahkan anda memahami Nilai Dipersetujui dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh seperti berikut:

  • Suraya memilih untuk menginsuranskan kereta beliau sebanyak RM50,000 berdasarkan Nilai Dipersetujui;
  • Selepas lapan bulan, beliau terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kerosakan teruk pada kereta;
  • Beliau membuat tuntutan total loss dengan syarikat insurans – syarikat insurans akan membayar sebanyak RM50,000 mengikut nilai yang dipersetujui semasa pembelian insurans;
  • Jumlah pampasan yang diterima tidak berubah meskipun nilai kereta Suraya telah susut nilai pada masa kemalangan berlaku;
  • Katakanlah Suraya masih mempunyai baki hutang ansuran pinjaman kereta dengan pihak bank sebanyak RM45,000. Beliau boleh gunakan pampasan yang diterima untuk menjelaskan hutang dengan pihak bank.
  • Manakala baki selebihnya RM5,000 lagi boleh digunakan untuk membuat simpanan dan pelaburan, atau tujuan-tujuan lain.

*Contoh digunakan adalah anggaran semata-mata – situasi atau kos sebenar yang terlibat mungkin berbeza bergantung pada polisi dan individu

Insurans kereta penting untuk melindungi kewangan anda

Nilai Pasaran (Market Value)

Apa pula yang dimaksudkan dengan market value? Market Value atau Nilai Pasaran merujuk pada jumlah perlindungan kenderaan mengikut harga pasaran semasa pembelian insurans. Penentuan nilai ini biasanya dipengaruhi oleh faktor seperti jenama kenderaan, model dan tahun pembuatan.

Untuk memudahkan anda memahami Nilai Pasaran dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh seperti berikut:

  • Nilai pasaran semasa kereta Ahmad adalah sebanyak RM50,000 semasa beliau beli insurans kereta awal tahun lalu;
  • Beliau memilih untuk menginsuranskan kereta miliknya berdasarkan Nilai Pasaran dengan jumlah perlindungan RM50,000;
  • Baru-baru ini, kereta beliau terlibat dalam kemalangan dan beliau membuat tuntutan kereta kemalangan total loss dengan pihak insurans;
  • Jika tuntutan beliau diluluskan, pihak insurans akan membayar ganti rugi berdasarkan harga pasaran pada masa tuntutan itu dibuat;
  • Katakanlah harga pasaran untuk model kereta yang sama adalah sebanyak RM45,000 – syarikat insurans atau takaful akan membayar pampasan mengikut nilai semasa tersebut;
  • Dalam erti kata lain, amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans bergantung pada nilai pasaran semasa kereta ketika tuntutan insurans dibuat;
  • Andaikan kereta belum habis bayar, dan Ahmad masih lagi mempunyai baki loan kereta dengan pihak bank sebanyak RM47,000. Beliau perlu menambah sebanyak RM2,000 daripada duit simpanan sendiri untuk menjelaskan pinjaman kereta tersebut.

*Contoh digunakan adalah anggaran semata-mata – situasi atau kos sebenar yang terlibat mungkin berbeza bergantung pada polisi dan individu

Adakah Agreed Value Lebih Baik daripada Market Value?

Bagi menjawab persoalan mana yang lebih baik antara agreed value vs market value, ia bergantung sepenuhnya pada pilihan individu. Namun begitu, anda boleh pertimbangkan faktor berikut semasa menentukan jumlah diinsuranskan untuk kereta anda:

Kebaikan Keburukan
Harga Pasaran/Market Value
  • Bayaran ganti rugi lebih rendah daripada jumlah yang diinsuranskan disebabkan oleh susut nilai kenderaan;
  • Risiko under-insurance.
Harga Dipersetujui/Agreed Value
  • Bayaran ganti rugi adalah sama dengan jumlah diinsuranskan tanpa dipengaruhi harga pasaran;
  • Boleh ketahui jumlah pampasan yang akan diterima dengan tepat.
  • Mungkin tidak tersedia untuk semua pelan;
  • Harga premium mungkin lebih tinggi bergantung pada pihak insurans anda.

Secara asasnya, polisi Nilai Dipersetujui membolehkan anda mendapatkan bayaran ganti rugi yang mencukupi. Anda tidak lagi perlu risau tentang susut nilai atau under-insurance. Polisi Nilai Pasaran pula membolehkan anda menjimatkan wang kerana harga premium lebih rendah jika jumlah diinsuranskan lebih rendah.

Perlindungan insurans berkaitan pelaburan untuk perlindungan masa depan yang lebih optimum

Agreed Value vs Market Value: Apa yang Terbaik untuk Perlindungan Kereta Anda?

Kedua-dua agreed value vs market value mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan seseorang individu. Apa yang penting, anda perlu faham perbezaan antara kedua-dua polisi ini bagi membolehkan anda membuat pilihan yang betul dan sesuai.

Biasanya, kebanyakan pemilik kereta baharu akan memilih Nilai Dipersetujui. Jika berlaku kecurian atau kemalangan total loss, ia menawarkan jumlah pembayaran yang lebih baik walaupun ia melibatkan jumlah premium yang sedikit mahal. Namun begitu, jika anda tidak dapat memilih antara agreed value vs market value, anda boleh berunding dengan khidmat pelanggan Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans yang membantu anda memilih insurans kereta terbaik yang menepati bajet, keperluan dan perlindungan yang sesuai. Dapatkan sebut harga percuma hari ini, dan buat pilihan antara agreed value vs market value untuk kereta anda hari ini!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60