Panduan Lengkap Renew Lesen Memandu Online 2024 di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Renew Lesen Memandu Online 2024 di Malaysia

Proses pembaharuan lesen kereta atau renew lesen memandu di Malaysia kini boleh dilakukan secara online. Jika sebelum ini anda perlu menghabiskan masa beratur panjang di kaunter untuk renew lesen memandu. Tetapi kini semuanya boleh dilakukan dengan mudah di hujung jari kepada cara baharu yang lebih efektif.

Pembaharuan Lesen Memandu: Panduan Lengkap Renew Lesen Online Melalui MySikap dan MyEG

Pelaksanaan sistem pembaharuan atau renew lesen memandu secara online merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mendigitalisasikan perkhidmatan. Ia sekali gus membolehkan proses pembaharuan atau renew lesen memandu lebih mudah kerana anda boleh melakukannya secara online melalui MySikap atau MyEG.

Cara Renew Lesen Memandu Online 2024 Melalui MySikap

Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang kemudahan yang disediakan di portal MySikap JPJ online. Secara asasnya, prosedur renew lesen memandu dan pembaharuan roadtax kereta boleh dibuat secara online melalui portal ini. Untuk renew lesen kereta melalui MySikap, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi MySikap JPJ. Jika anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu;
  2. Isi semua maklumat yang bertanda (*) dan masukkan kod sekuriti yang dipaparkan;
  3. Pastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat – tandakan kotak pengesahan dan tekan butang Hantar;
  4. Setelah pendaftaran berjaya, kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel anda;
  5. Kemudian, Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui e-mel;
  6. Masukkan kod sekuriti dan klik Log Masuk;
  7. Setelah berjaya, tetapkan semula kata laluan yang diberikan kepada kata laluan anda yang baharu;
  8. Untuk renew lesen memandu online, pilih menu Lesen Memandu dan submenu Pembaharuan Lesen Memandu;
  9. Isi semua maklumat pembaharuan lesen yang diperlukan dengan lengkap, kemudian buat pembayaran secara online;
  10. Sebelum sahkan pembayaran, pastikan anda semak dan buat pengesahan maklumat yang dipaparkan. Jika maklumat yang dipaparkan betul, klik Teruskan;
  11. Setelah selesai, simpan resit sebagai bukti jika perlu;
  12. Kaedah penghantaran lesen memandu atau roadtax hanya tersedia untuk pengambilan di Kaunter JPJ buat masa ini.

Cara Renew Lesen Online 2024 Melalui MyEG

Selain portal MySikap, anda juga boleh renew lesen memandu secara online melalui portal MyEG. Proses renew lesen memandu online melalui MyEG tidak mengambil masa yang lama dan sangat mudah. Berikut panduan yang boleh anda ikuti untuk memudahkan proses pembaharuan atau renew lesen memandu anda:

  1. Layari laman web rasmi MyEG – anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu jika belum mempunyai akaun MyEG;
  2. Klik butang Daftar Sekarang dan isi maklumat yang diperlukan;
  3. Setelah selesai pendaftaran, klik butang Daftar Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan;
  4. Kemudian, klik menu Jabatan Pengangkutan Jalan diikuti dengan butang Perbaharui Lesen Memandu;
  5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan, kemudian klik Teruskan;
  6. Isi maklumat yang diperlukan – no. kad pengenalan, kategori lesen, tempoh pembaharuan, no. telefon, e-mel dan kaedah pengambilan;
  7. Kemudian, pilih cara pembayaran secara online;
  8. Sebelum mengesahkan pembayaran dan klik “Teruskan”, pastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat;
  9. Setelah pembayaran selesai, simpan resit sebagai bukti jika perlu;
  10. Sekiranya anda memilih menerima lesen memandu secara penghantaran, pihak MyEG akan menghantar lesen ke alamat yang diberikan;
  11. Caj RM5 dikenakan bagi penghantaran di sekitar Lembah Klang, RM6 bagi Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak.

Untuk memperbaharui lesen memandu melalui MyEG, tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah antara satu hingga lima tahun dan nama anda tidak disenaraihitamkan (nama kena blacklist) dalam sistem.

Hidupkan Lesen Memandu: Tempat Renew Lesen Memandu Secara Offline di Malaysia

Selain pilihan renew lesen memandu online, anda juga boleh memperbaharui lesen memandu atau lesen kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia Berhad. Qoala menyenaraikan panduan lengkap dan cara renew lesen memandu offline untuk rujukan dan panduan anda.

Cara Renew Lesen Kereta di JPJ

Anda boleh sambung lesen kereta atau motosikal anda di kaunter JPJ di seluruh Malaysia. Berikut merupakan prosedur renew lesen memandu di JPJ:

  1. Hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri atau Cawangan berhampiran anda – hadir awal untuk mengelakkan terpaksa menunggu lama;
  2. Ambil nombor giliran atau beratur mengikut saluran ditetapkan;
  3. Serahkan dokumen yang diperlukan (kad pengenalan, lesen asal dan slip lesen – untuk pembaharuan kali pertama) kepada pegawai bertugas;
  4. Lakukan pembayaran dan tunggu pengesahan;
  5. Terima lesen memandu baharu.

Kebiasaannya, proses pembaharuan lesen memandu di JPJ memakan masa kurang daripada sejam bergantung pada jumlah pelanggan semasa.

Renew lesen memandu di JPJ

Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos

Selain perkhidmatan penghantaran, kewangan dan pembayaran bil, Pejabat Pos juga menawarkan perkhidmatan renew lesen kereta (atau lesen motor) dan cukai jalan kenderaan di Pejabat Pos. Berikut merupakan cara memperbaharui lesen memandu di Pejabat Pos:

  1. Hadir ke mana-mana rangkaian Pejabat Pos Malaysia berhampiran anda. Anda digalakkan hadir awal untuk mengelakkan terpaksa menunggu lama;
  2. Ambil nombor giliran atau beratur mengikut saluran ditetapkan;
  3. Serahkan dokumen yang diperlukan (kad pengenalan, lesen asal dan slip lesen – untuk pembaharuan kali pertama) kepada petugas di kaunter;
  4. Lakukan pembayaran dan tunggu pengesahan;
  5. Terima lesen kereta atau lesen motor baharu.

Biasanya, urusan pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos tertakluk pada caj perkhidmatan sebanyak RM2.

Prosedur Renew Lesen Memandu di UTC (Pusat Transformasi Bandar)

Pusat Transformasi Bandar (UTC) turut menawarkan perkhidmatan untuk renew lesen memandu. Bagi anda yang ingin renew lesen memandu di UTC, berikut merupakan senarai lokasi UTC renew lesen untuk memudahkan urusan anda:

  • UTC Pahang, Pahang;
  • UTC Terengganu, Terengganu;
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Perak;
  • UTC KL, Kuala Lumpur;
  • Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur;
  • Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur;
  • UTC Melaka, Melaka;
  • UTC Johor, Johor;
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, Kedah;
  • Mini UTC Sungai Petani, Kedah;
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, Sarawak;
  • UTC Sibu, Sarawak;
  • UTC Miri, Sarawak;
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah, Sabah;
  • UTC Tawau, Sabah.

Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Lesen Memandu

Selain itu, berikut merupakan perkara-perkara penting berkaitan renew lesen memandu yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan.

1. Lesen Memandu Tamat Tempoh

Pemilik kenderaan boleh memilih untuk memperbaharui lesen memandu sama ada untuk tempoh minimum satu tahun atau paling maksimum lima tahun. Jika lesen kereta atau lesen motor telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui dalam tempoh tiga tahun, pemilik kenderaan perlu menjalani semula ujian lesen memandu.

Lesen P Tamat Tempoh

Anda boleh renew lesen P tamat tempoh dalam masa setahun dari tarikh tamat tempoh terakhir. Jika lesen P tamat tempoh lebih dari setahun, anda boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ.

Lesen L Tamat Tempoh

Bagi lesen L pula, ia perlu diperbaharui setiap tiga atau enam bulan dalam tempoh latihan. Namun begitu, ia tidak boleh melepasi agregat dua tahun daripada tarikh lesen L dikeluarkan. Sekiranya melepasi tempoh tersebut, calon perlu ulang semula semua proses mendapatkan lesen L dari awal.

Jika lesen memandu tamat tempoh melebihi tempoh ditetapkan, anda perlu melakukan prosedur berikut:

  • Buat rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ dengan menyatakan sebab-sebab lesen tamat tempoh;
  • Jika permohonan diluluskan, anda akan dikecualikan daripada menghadiri kursus KPP 1, ujian undang-undang, KPP 2 dan QTI. Namun begitu, anda perlu menjalani ujian praktikal JPJ bahagian 2 (mendaki bukit, parking selari dan pusingan tiga penjuru) dan bahagian 3 (ujian jalan raya);
  • Jika permohonan tidak diluluskan, anda perlu ulang semula prosedur mendapatkan lesen memandu dari awal.

2. Harga Renew Lesen Memandu

Anda perlu perbaharui lesen kereta (renew lesen CDL) anda sebelum tamat tempoh untuk mengelakkan anda daripada kena saman. Anda boleh pilih tempoh pembaharuan yang sesuai mengikut keperluan anda. Berikut merupakan harga renew lesen memandu (lesen kereta) mengikut tempoh pembaharuan:

Tempoh Sah (Tahun) Harga Renew Lesen Memandu (RM)

1

30

2

60

3

90

4

120

5

150

Berikut pula merupakan kadar harga renew lesen memandu (lesen motor dan lain-lain) berdasarkan laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

  • Kadar bayaran sebanyak RM2/setahun dikenakan untuk pemilik lesen kelas A/A1;
  • Bagi pemilik lesen kelas B2, B dan C pula, harga renew lesen memandu adalah sebanyak RM20/setahun;
  • Bagi bukan warganegara pula, kadar bayaran renew lesen memandu adalah sebanyak RM120/setahun untuk semua kelas kenderaan – B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.

Harga Renew Lesen L dan Lesen P di Malaysia

Proses renew lesen P ke CDL dan lesen GDL (lesen kenderaan barangan) TIDAK boleh dilakukan secara online. Ia hanya boleh diperbaharui di kaunter JPJ sahaja. Anda hanya boleh renew lesen L dan lesen CDL tamat tempoh secara online.

Kelas Lesen Harga Renew Lesen L Harga Renew Lesen P
A/A1 RM2 RM2 untuk tempoh dua tahun
B2 RM2 (tiga bulan) RM4 (enam bulan) RM2 untuk tempoh dua tahun
B dan C RM20 (tiga bulan) dan RM40 (enam bulan) RM40 untuk tempoh dua tahun
D dan ke atas RM30 (tiga bulan dan RM60 (enam bulan) RM60 untuk tempoh dua tahun

Dokumen untuk Renew Lesen Kereta Online

3. Dokumen Renew Lesen Memandu

Jika urusan pembaharuan lesen memandu dilakukan secara fizikal di JPJ atau Pejabat Pos, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memudahkan urusan:

  • Kad Pengenalan (MyKad)/Pasport asal; atau
  • Salinan MyKad/pasport pemohon sekiranya prosedur renew lesen memandu dilakukan oleh wakil;
  • Dokumen pengenalan diri asal wakil;
  • Lesen memandu asal/salinan;
  • Pemegang pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).

Semoga perkongsian mengenai pembaharuan atau renew lesen memandu online ini boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk renew insurans kereta pada harga murah dan terbaik, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan beli insurans yang mudah, cekap dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60