2 Cara Renew Roadtax Motor Online 2023 di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Feb 16, 2023 oleh Shafiq Wahab
2 Cara Renew Roadtax Motor Online 2023 di Malaysia

Proses renew roadtax motor atau pembaharuan cukai jalan perlu dilakukan setiap tahun. Cukai jalan (juga dikenali roadtax motor, rotex motor, roxtec motor, lotek motor atau rotax motor) merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik motosikal. Ia bagi membolehkan kenderaan bermotor ini digunakan secara sah di atas jalan raya.

Senarai Harga Roadtax Motor Mengikut CC, Tempoh Renew Roadtax Motor

Biasanya, kadar road tax motor adalah tetap dan tidak berubah. Harga roadtax motor biasanya bergantung pada kapasiti enjin atau CC motosikal anda. Selain itu, harga renew roadtax motor juga berbeza mengikut lokasi. Harga cukai jalan di Sabah dan Sarawak lebih murah berbanding harga cukai jalan di Semenanjung Malaysia

Harga renew road tax motor di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah seperti jadual di bawah:

Kapasiti Enjin (CC Enjin) Harga Road Tax Motor Semenanjung Malaysia Harga Road Tax Motor Sabah Sarawak
Motosikal 150CC dan ke Bawah RM2 RM2
Motosikal 151CC hingga 200CC RM50 RM9
Motosikal 201CC hingga 250CC RM50 RM12
Motosikal 251CC hingga 500CC RM180 RM30
Motosikal 501CC hingga 800CC RM250 RM40
Motosikal 800CC dan ke Atas RM350 RM42

Selain itu, tempoh renew roadtax motor atau pembaharuan cukai jalan motor adalah bergantung pada pilihan anda. Anda boleh pilih tempoh renew roadtax motor sama ada enam (6) bulan atau 12 bulan bergantung pada pilihan anda.

Sekiranya insurans motosikal dan cukai jalan tamat tempoh dan anda tidak perbaharui kedua-duanya, besar kemungkinan anda boleh kena saman Polis, atau tuntutan insurans mungkin ditolak sekiranya berlaku kemalangan.

Cara Hidupkan Roadtax Motor, Renew Roadtax Motor Online 2023

Secara asasnya, anda perlu hidupkan roadtax motor dan renew insurance motosikal anda setiap tahun. Untuk hidup kan rotex motor, anda perlu renew atau perbaharui insurans motor terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah anda boleh memperbaharui cukai jalan motor anda.

Bagi memudahkan anda, berikut dua (2) cara nak renew roadtax motor online untuk rujukan dan panduan anda:

1. Renew RoadTax Motor Online

Selari dengan amalan norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara kini beralih daripada kaedah tradisional kepada kaedah baharu yang lebih moden. Pembaharuan cukai jalan dan insurans motor misalnya kini boleh diakses dari rumah secara online tanpa perlu beratur secara fizikal di kaunter-kaunter.

Di Malaysia, terdapat beberapa platform yang menawarkan perkhidmatan renew roadtax online seperti MyEG dan lain-lain lagi.

Cara Renew RoadTax Motor Online di Malaysia

Renew Roadtax Motor MyEG

Sekiranya anda ingin perbaharui cukai jalan anda, berikut merupakan cara renew roadtax motor MyEG untuk panduan anda:

      1. Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/;
      2. Daftar sebagai pengguna (Sediakan dokumen untuk renew roadtax seperti no plat kereta, no kad pengenalan, jenis kenderaan, kapasiti enjin, tahun kenderaan, nilai perlindungan kereta dan insurans cermin kereta – pilihan);
      3. Log masuk ke dalam sistem MyEG;
      4. Klik pada butang Roadtax Renewal;
      5. Isikan semua maklumat yang diperlukan (nama, no kad pengenalan, no telefon, alamat e-mel, no pendaftaran kereta dan tempoh renew roadtax);
      6. Pilih cara penghantaran;
      7. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan betul, kemudian lakukan pembayaran;
      8. Selesai.

Renew Roadtax Motor di Qoala

Selain MyEG, anda juga boleh mempertimbangkan pembaharuan cukai jalan dan insurans motosikal anda di Qoala. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang terbaik dan komprehensif di Malaysia. Dengan hanya beberapa langkah mudah, proses renew road tax motosikal boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat.

      1. Layari laman web Qoala;
      2. Isikan butiran ringkas anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.
      3. Sahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online.
      4. Penghantaran roadtax motor akan dilakukan dalam masa lima (5) hingga tujuh (7) hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, tujuh (7) hingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak. Roadtax motor akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.

Selain renew road tax motor online, anda juga boleh renew insurance motosikal online di Qoala. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Qoala untuk dapatkan sebut harga secara percuma.

2. Renew Roadtax Motor di JPJ, Pejabat Pos dan Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Selain renew road tax motosikal online, anda juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana lokasi renew road tax motosikal seperti Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Berikut merupakan cara nak hidupkan roadtax motor secara fizikal untuk panduan anda:

Cara Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos

Berikut merupakan cara nak renew roadtax motor di Pejabat Pos untuk memudahkan urusan anda:

      1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada);
      2. Hadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran rumah anda;
      3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil;
      4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
      5. Selesai.

Meskipun urusan pembaharuan cukai jalan di Pejabat Pos mudah dan cepat, anda perlu pastikan yang anda melepasi syarat renew roadtax di Pejabat Pos yang ditetapkan seperti berikut:

      1. Tempoh hidupkan roadtax motor minimum enam (6) bulan dan maksimum satu (1) tahun;
      2. Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insurans motor yang sah;
      3. Anda hanya boleh renew road tax motosikal yang akan tamat dalam tempoh dua (2) bulan;
      4. Jika owner asal meninggal dunia, proses pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak lebih lima (5) tahun;
      5. Permohonan (jika tempoh kematian) telah melebihi tempoh lima (5) tahun mestilah mendapat kelulusan;
      6. Jika tarikh luput roadtax melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan ke Puspakom terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Ia bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dilakukan.

Cara Renew Roadtax Motor di JPJ dan UTC

Anda juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC). Berikut merupakan cara renew roadtax motor di JPJ dan UTC untuk rujukan anda:

      1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax motor di JPJ (sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans sedia ada);
      2. Hadir ke mana-mana Pejabat JPJ atau UTC berhampiran anda;
      3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
      4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
      5. Selesai.

Bagi memudahkan urusan anda, berikut merupakan dokumen yang perlu anda bawa semasa renew roadtax di JPJ atau UTC:

      1. Kad Pengenalan pemilik kenderaan berdaftar atau wakil;
      2. Dokumen laporan pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan motor yang tidak aktif (jika berkaitan);
      3. Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa oleh JPJ atau motosikal yang disita oleh JPJ (jika berkaitan);
      4. Jika pemilik kenderaan berdaftar telah meninggal dunia lebih 5 tahun, dokumen yang menunjukkan proses pembahagian pusaka telah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk mempertimbangkan kelulusan perlu diberikan (jika berkaitan);
      5. Borang perakuan pengisytiharan lokasi kenderaan digunakan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai (jika berkaitan);
      6. Dokumen Pengisytiharan Kastam (K3) dan Resit Pelabuhan bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai (jika berkaitan).

cara renew roadtax motor di jpj dan pejabat pos

Apa Perlu Dilakukan Jika Nak Perbaharui Insurans Motosikal Online Selepas Setahun Tempoh Renew Roadtax Mati?

Sekiranya roadtax motorsikal mati melebihi tempoh setahun atau lebih, anda perlu lakukan prosedur tambahan untuk hidup roadtax motor anda. Anda perlu lakukan pemeriksaan motor di Puspakom. Berikut merupakan cara renew roadtax motosikal atau cukai jalan di Puspakom untuk panduan anda:

1. Tempah Slot Pemeriksaan Motor di Puspakom

Road tax motor mati lebih setahun perlu jalani pemeriksaan khas di Puspakom. Setelah lulus pemeriksaan ini barulah anda boleh renew road tax motor seperti biasa. Bagi memudahkan urusan renew road tax di Puspakom, anda disarankan untuk membuat temujanji secara online melalui aplikasi MyPUSPAKOM. Berikut merupakan panduan pendaftaran akaun MyPUSPAKOM:

  1. Daftar masuk www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPuspakom;
  2. Klik Daftar Masuk Kali Pertama dan pilih daftar akaun individu (untuk kenderaan persendirian) atau akaun perdagangan (untuk kenderaan perdagangan);
  3. Masukkan kesemua maklumat yang diperlukan seperti alamat e-mel, kata laluan dan nama pengguna;
  4. Tekan Daftar;
  5. Selesai.

Bagi menetapkan temujanji pula, anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke akaun MyPUSPAKOM menggunakan e-mel dan kata laluan yang disahkan;
  2. Pilih Temujanji Baru;
  3. Lengkapkan butiran kenderaan termasuk jenis pemeriksaan, pusat pemeriksaan, tarikh dan masa pemeriksaan;
  4. Kemudian, lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan;
  5. Sahkan butiran temujanji – dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan selepas anda sahkan temujanji;
  6. Lakukan pembayaran secara online – terima slip pengesahan tempahan melalui e-mel berdaftar;
  7. Bawa slip pengesahan temujanji semasa pemeriksaan.

2. Baiki atau Servis Motosikal

Setelah anda berjaya booking slot, anda bolehlah baiki atau servis motor anda sebelum pemeriksaan. Baiki mana-mana bahagian yang rosak seperti lampu brek, tayar kereta, cermin sisi dan sebagainya. Kalau side mirror motor ada satu sahaja misalnya, anda bolehlah keluarkan belanja untuk beli side mirror baharu. Jika tak lepas syarat, anda tak boleh lulus pemeriksaan Puspakom ini!

3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara

Jika anda menunggang motosikal tanpa cukai jalan yang sah, anda dikira melanggar undang-undang jalan raya. Jadi, jika anda ingin bawa motosikal anda ke Puspakom untuk pemeriksaan, anda perlu dapatkan permit perjalanan sementara (JPJ K12) dari mana-mana cawangan JPJ berdekatan anda.

Permit ini boleh dianggap seperti tiket perjalanan sehari yang membolehkan anda membawa motor anda ke lokasi pemeriksaan Puspakom. Jangan melencong ke tempat lain pula.

4. Lakukan Pemeriksaan di Puspakom

Untuk hidupkan roadtax motor atau renew roadtax moto di Puspakom, anda perlu sediakan dokumen untuk renew roadtax motor. Dokumen diperlukan antaranya geran motor original, kad pengenalan dan lesen memandu yang sah.

Selepas pendaftaran, tunggu sehingga Pegawai Puspakom selesai memeriksa motor anda. Biasanya, pegawai akan memeriksa nombor chasis motor, lampu motor, lampu signal, lampu brek dan sebagainya.

Sekiranya kesemua komponen motor ini berada dalam keadaan baik, permohonan anda akan diluluskan dan laporan pemeriksaan akan dikeluarkan. Laporan pemeriksaan ini hanya sah dalam tempoh sebulan sahaja. Jadi, anda perlu pastikan jangan lambat renew roadtax motor dan renew roadtax motor dengan kadar segera.

renew roadtax motor di Puspakom

5. Perbaharui Insuran Motosikal Online, Renew Road Tax Motor

Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, anda boleh terus perbaharui cukai jalan motor anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk beli insurans motor terlebih dahulu untuk melancarkan proses renew road tax motor anda.

Renew Insurance Motosikal Online: Cara Bijak Renew Roadtax Motor Online

Semoga panduan cara nak renew roadtax motosikal online ini boleh membantu anda. Anda perlu sambung roadtax motor anda mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelakkan anda daripada kena saman.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans motor murah dan komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, murah dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60