5 Perkara Asas Tentang Autolife Insurance Kereta Anda Wajib Tahu

Kali terakhir diperbaharui May 24, 2023 oleh Hariz Hafiz
5 Perkara Asas Tentang Autolife Insurance Kereta Anda Wajib Tahu

Anda mungkin biasa mendengar istilah Autolife Insurance Kereta ini. Namun begitu, anda mungkin tidak pasti apa itu Autolife Insurance Kereta atau bagaimana ia boleh membantu memudahkan kehidupan anda. Biasanya, apabila anda beli kereta baharu melalui pinjaman bank, pihak bank akan menawarkan Autolife Insurans Kereta kepada pembeli sebagai perlindungan tambahan.

Autolife Insurance Kereta: Perlindungan Tambahan untuk Ketenangan Fikiran

Secara asasnya, Autolife Insurance Kereta berperanan penting dalam memberi perlindungan kepada pembeli. Sekiranya pemilik kereta meninggal dunia, jatuh sakit atau hilang keupayaan untuk bekerja, di sinilah peranan Autolife Insurans Kereta kepada pembeli. Ikuti artikel ini sekiranya anda ingin memahami konsep Autolife Insurans Kereta dan kepentingannya dalam kehidupan anda dengan lebih lanjut.

1. Apa Itu Autolife Insurance Kereta?

Autolife Insurance Kereta merujuk pada insurans hayat kereta yang dibayar secara one time fee. Ia merupakan perlindungan ke atas loan kereta sekiranya berlaku situasi yang menyebabkan anda tidak mampu membayar semula pinjaman kenderaan.

Takaful atau Autolife Insurans Kereta akan memberi perlindungan kepada pembeli jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini kepada pemegang polisi insurans seperti:

  • Kemalangan;
  • Hilang upaya kekal; atau
  • Meninggal dunia.

Secara asasnya, kenderaan yang dilindungi oleh takaful atau Autolife Insurance Kereta:

  • Akan diserahkan kepada pemegang polisi jika pemegang polisi menghidap sakit kronik dan tidak berupaya mencari nafkah; atau
  • Akan diserahkan kepada waris secara percuma jika pemegang polisi meninggal dunia.

Dalam erti kata lain, perlindungan Autolife Insurance Kereta akan membantu keluarga atau waris berkaitan pembiayaan kereta. Waris tidak perlu membayar semula pinjaman atau meneruskan bayaran bulanan kereta bagi pihak pemegang polisi.

Autolife Insurans Kereta pada asasnya menawarkan konsep yang sama seperti insurans rumah (MRTA/MLTA). Sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau kecacatan, baki pinjaman akan diselesaikan oleh syarikat insurans dan kereta akan menjadi hak milik waris secara percuma.

2. Apakah Situasi yang Melayakkan Autolife Insurance Kereta?

Secara asasnya, Autolife Insurans Kereta dibeli bertujuan untuk melindungi pemegang polisi sekiranya meninggal dunia. Ia tidak terhad kepada kematian disebabkan kemalangan, tetapi turut merangkumi kes kematian biasa atau hilang upaya kekal.

Sekiranya mana-mana situasi ini berlaku kepada pemilik kenderaan, kereta secara automatik akan menjadi milik pewaris secara percuma. Ini bermaksud, waris tidak perlu melunaskan baki bayaran kerana ia akan diselesaikan oleh syarikat insurans.

Autolife Insurance Kereta memainkan peranan menyelesaikan baki pinjaman bank setelah kematian pemegang polisi

3. Bagaimana Cara Beli Autolife Insurance Kereta?

Autolife Insurance Kereta ditawarkan kepada pembeli semasa menandatangani perjanjian jual beli kereta. Biasanya, bayaran Autolife Insurance Kereta ini hanya perlu dibayar sekali sahaja semasa beli kereta. Ia tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti insurans kereta atau cukai jalan kereta.

Jika pembiayaan kereta anda berasaskan Syariah, anda biasanya akan ditawarkan dengan instrumen Takaful. Anda mungkin akan ditawarkan dengan Autolife Insurans Kereta jika pinjaman kereta anda berasaskan Konvensional.

Kadar bayaran atau kos yang dikenakan pula bergantung pada umur, jumlah pinjaman (atau baki pinjaman), tempoh pembiayaan dan lain-lain. Anda boleh rujuk ejen jualan atau pegawai bank anda untuk info lanjut.

Namun begitu, jika anda ingin lakukan pembelian Autolife Insurance Kereta selepas pembelian kereta, anda perlu berkunjung ke cawangan bank yang meluluskan pinjaman kereta anda. Sebagai contoh, jika loan kereta melalui Maybank, anda perlu hadir ke cawangan Maybank dan maklumkan anda ingin membeli polisi Autolife Insurans Kereta untuk kereta anda.

Kelayakan Beli Autolife Insurans Kereta

Syarat utama untuk mendapatkan perlindungan Autolife Insurans Kereta ini ialah anda mestilah berumur antara 19 hingga 60 tahun. Jika umur anda melebihi 60 tahun, bank secara automatik tidak akan menawarkan Autolife Insurans Kereta ini. Selain itu, anda juga perlu mempunyai pinjaman yang masih aktif dengan pihak bank.

4. Berapakah Harga Autolife Insurance Kereta?

Harga Autolife Insurance Kereta adalah berbeza-beza bergantung pada umur, jumlah pinjaman (atau baki pinjaman), tempoh pembiayaan dan sebagainya bergantung pada pihak bank. Ia dibayar secara one time fee (sekali sahaja) mengikut tempoh pinjaman kereta yang masih aktif dan tidak perlu dibayar setiap bulan seperti insurans atau takaful biasa.

Anda boleh buat tambahan Autolife Insurans Kereta ini pada bila-bila masa selagi kereta anda masih mempunyai hutang dengan pihak bank.

Cara Kira Autolife Insurans Kereta

Cara pengiraan Autolife Insurance Kereta adalah berbeza-beza bergantung pada setiap bank. Biasanya, pihak bank akan mengambil kira tempoh baki pinjaman dan harga pasaran semasa kereta anda sebelum menentukan harga premium anda.

5. Apakah Perbezaan Insurans Kereta vs Autolife Insurance Kereta?

Bagi anda yang mungkin keliru, insurans kereta tidak sama dengan Autolife Insurance Kereta. Insurans kereta memberi perlindungan kepada kereta sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecurian. Anda juga perlu perbaharui insurans kereta setiap tahun.

Autolife Insurance Kereta pula hanya dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pembiayaan. Ia secara asasnya memberi perlindungan kepada waris yang ditinggalkan. Waris tidak perlu meneruskan bayaran loan kereta yang dibuat oleh pemegang polisi kerana pinjaman akan diselesaikan oleh syarikat insurans.

Autolife Insurans Kereta mengelakkan waris atau ahli keluarga terbeban dengan komitmen hutang yang tinggi setelah kematian anda

Autolife Insurans Kereta: Pelaburan Hari Ini untuk Ketenangan Masa Depan

Perlindungan Autolife Insurance Kereta merupakan pelan perlindungan yang terbaik untuk anda. Polisi ini dapat mengurangkan risiko yang bakal ditanggung oleh ahli keluarga atau waris. Dalam erti kata lain, polisi ini boleh mengelakkan waris yang ditinggalkan menanggung atau terbeban dengan komitmen bulanan yang ditinggalkan.

Ahli keluarga atau waris tidak akan terbeban dengan apa-apa tunggakan pinjaman kerana pinjaman kereta dianggap selesai setelah kematian pemilik kenderaan. Oleh sebab itu, penting untuk anda mempertimbangkan Autolife Insurance Kereta kerana ia dapat meringankan beban waris pemilik kenderaan jika berlaku kematian.

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans kereta yang komprehensif untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans online paling komprehensif dan terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

14 comments

  1. Insurance autolife ni boleh apply ke untuk kereta secondhand ? Saya merancang nk beli kereta terpakai dgn menambahkan autolife insurance.

    1. Insurance autolife biasanya ditawarkan kepada pemilik kereta yang membeli kereta melalui pinjaman bank. Tuan boleh rujuk bank penyedia pinjaman tuan untuk maklumat lanjut.

  2. Saya apply kereta baru dan ingin apply autolife..di public bank…tetapi tidak lepas disebabkan BMI saya..adakah perkara sebegini boleh berlaku tuan?

    1. BMI merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan. Namun begitu, ia bergantung sepenuhnya pada polisi syarikat insurans. Encik boleh semak dengan syarikat insurans encik untuk butiran lanjut.

  3. Adakah autolife @hplife ni hanya u5k pemilik kereta sahaja…. Jika nama kereta nama saya.. dan saya tidak bkerja.. tapi gerentor under nama suami… Adakah jika apa2 terjadi kpada suami autolife ni boleh digunakan… Memandang kan h ya suami sahaja yg bkerja.

  4. salam. tuan, kalau staf gomen, ambil loan kenderaan gomen, adakah boleh buat autolife insuran?

  5. Bagaimana nak semak insurance/takaful yg diambil sekiranya surat perjanjian hilang? Waris nak buat tuntutan bagaimana?

  6. Sy dah tanya DKT public bank semasa nk sign agrement tapi staf ckp takde.klau nk ambil balik outo life
    insurance

  7. Sy dah tanya DKT public bank semasa nk sign agrement tapi staf ckp takde.klau nk ambil balik outo life
    insurance

  8. Jika saya dh habis byr pinjaman dgn bank, adakah saya akan dapat semula premium yg sy byr mula2 dulu?

  9. Saya ada langgan autolife maybank. Sekarang nak semak kembali bukti? Bagaimanakah cara untuk buat semakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60