Senarai Kadar Cukai Jalan, Harga Roadtax Kereta Mengikut CC

Kali terakhir diperbaharui Sep 8, 2022 oleh Hariz Hafiz
Senarai Kadar Cukai Jalan, Harga Roadtax Kereta Mengikut CC

Cukai jalan kereta atau Roadtax kereta atau rotex kereta merupakan satu perkara wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Pada setiap tahun, pemilik kenderaan perlu renew cukai jalan dengan bayaran tertentu. Artikel ini akan menerangkan anggaran kadar roadtax kereta dan senarai harga roadtax mengikut cc.

Bagaimana Harga Roadtax Kereta Ditentukan?

Sewaktu anda membuat keputusan untuk beli kereta, roadtax kereta adalah salah satu perkara yang penting untuk diambil kira. Jadi, pastikan kos roadtax kereta ini termasuk dalam pengurusan kewangan anda. Berikut adalah bagaimana cukai jalan dikira:

Kereta Petrol Milik Individu

Secara umumnya, cukai jalan dikenakan berdasarkan saiz enjin kereta anda. Saiz enjin yang diberi diskaun adalah di antara 0cc sehingga 1600cc. Faktor diskaun ini lebih jelas jika kita lihat kereta nasional negara mengekalkan saiz enjin pada 1600cc. 

Roadtax Kereta Berenjin 1000cc sehingga 1600cc

Berikut adalah kadar cukai jalan berdasarkan saiz enjin kereta:

Kapasiti Enjin Kadar Bayaran
1000cc dan kebawah 20.00
1001cc hingga 1200cc 55.00
1201cc hingga 1400cc 70.00
1401cc hingga 1600cc 90.00

Roadtax Kereta Berenjin 1601cc sehingga 2000cc

Apabila saiz enjin kereta anda melebih 1600cc, cara pengiraannya sedikit berbeza.  Antara 1600cc-1800cc, kadar asas ialah RM 200 dan melebihi 1800cc kadar asasnya ialah RM280. Anda boleh merujuk jadual di bawah bagi info lebih jelas:

Kapasiti Enjin Kadar Asas (RM) Kadar Progresif (RM)
1601 hingga 1800cc 200.00 0.40 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc 280.00 0.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 1800cc

Untuk pemahaman yang lebih jelas, lihat contoh ini: 

Katakanlah anda mempunyai kereta jenama Honda Civic 1.8s dengan bersaizkan enjin 1799cc. Kadar asas yang dikenakan adalah pada RM200 bagi 1600cc yang pertama. Lebihan 199cc lagi perlu didarab dengan RM0.40, sekali gus menjadikan jumlah tambahan sebanyak RM79.60. Kos roadtax kereta bagi kereta Honda Civic 1.8 adalah RM279.60.

Roadtax Kereta Berenjin 2000cc – 3000cc

Manakala bagi kereta yang mempunyai saiz enjin yang melebihi 2000cc, kadar caj dan kenaikan yang dikenakan bagi setiap cc adalah seperti di bawah: 

Kapasiti Enjin Kadar Asas (RM) Kadar Progresif (RM)
2000cc hingga 2500cc 380.00 RM1 bagi setiap perbezaan CC berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc 880.00 RM2.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc 2,130 RM4.50 untuk setiap perbezaan CC berbanding 3000cc

Jika dilihat pada rajah di atas, harga kereta yang bersaiz enjin melebihi 3,000cc adalah yang paling tinggi. Jadi jika anda berhasrat untuk membeli kereta yang enjinnya melebihi 3000cc, ambil maklum mengenai kadar yang dikenakan bagi roadtax kereta tersebut. 

Kereta Diesel Milik Individu dan Syarikat

JPJ memberikan tarif yang sama bagi kenderaan yang berkuasa diesel tidak kita sama ada ia dimiliki oleh individu atau hak milik syarikat. 

Roadtax Kereta Berenjin 1000cc hingga 1600cc

Tarif cukai jalan bagi kenderaan diesel yang berenjin 1000cc dan ke bawah adalah sama dengan enjin petrol. Walau bagaimanapun, tarif ini akan meningkat naik apabila melepasi 1000cc. 

Kapasiti Enjin Kadar
1000cc ke bawah RM20
1001cc hingga 1200cc RM85
1201cc hingga 1400cc RM100
1401cc hingga 1600cc RM120

Roadtax Kereta Berenjin 1601cc hingga 1800cc

Bagi anda yang mengidamkan kereta diesel yang berenjin besar, ini adalah jumlah cukai jalan yang perlu anda ketahui. Jika dilihat rajah di atas, kadar asas roadtax kereta meningkat tinggi apabila saiz enjin kenderaan diesel melebihi 2500cc.

Kapasiti Enjin Kadar Asas (RM) Kadar Progresif (RM)
1601cc hingga 1800cc 300 RM0.30 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000c  360 RM0.40 bagi setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc  440 RM0.80 untuk setiap berbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc 840 RM1.60 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Lebih 3000cc 1,640 RM1.60 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

kadar cukai jalan

Senarai Harga Roadtax Kereta Mengikut CC dan Jenama (2022)

Pada bahagian ini, Qoala telah menyenaraikan senarai harga roadtax ikut cc. Anda boleh semak harga cukai jalan kereta anda melalui senarai di bawah. Perlu diingatkan kadar cukai jalan ini hanyalah anggaran dan mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa.

Harga Roadtax Kereta Jenama Proton

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Proton:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Proton X50 1.5 1496cc RM90 RM56
Harga Roadtax Proton X70 1799cc RM359.70 RM198.83
Harga Roadtax Proton Saga 1.3 1332cc RM70 RM56
Harga Roadtax Proton Saga 1.6 1597cc RM90 RM56
Harga Roadtax Proton Exora 1.6 1561cc RM100 RM50
Harga Roadtax Proton Inspira 1.8 1798cc RM279.20 RM223.36
Harga Roadtax  Proton Inspira 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Proton Persona 1.6 1597cc RM90 RM56
Harga Roadtax Proton Preve 1.6 1561cc RM90 RM56
Harga Roadtax Proton Iriz 1.3 1332cc RM70 RM56
Harga Roadtax Proton Iriz 1.6 1596cc RM90 RM56
Harga Roadtax Proton Ertiga 1.4 1373cc RM70 RM56

Harga Roadtax Kereta Jenama Perodua

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Perodua:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Perodua Axia 1.0 998cc RM20 RM20
Harga Roadtax Perodua Bezza 1.0 998cc RM20 RM20
Harga Roadtax Perodua Bezza 1.3 1300cc RM70 RM56
Harga Roadtax Perodua Myvi 1.3 1329cc RM70 RM56
Harga Roadtax Perodua Myvi 1.5 1496cc RM90 RM56
Harga Roadtax Perodua Kancil 850cc RM20 RM20
Harga Roadtax Perodua Alza 1.5 1495cc RM100 RM50
Harga Roadtax Perodua Aruz 1.5 1496cc RM100 RM50

Harga Roadtax Kereta Jenama Honda

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Honda:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Honda City 1.5 1497cc RM90 RM56
Harga Roadtax Honda Civic 1.5 1498cc RM90 RM56
Harga Roadtax Honda Civic 1.8 1799cc RM279.60 RM223.68
Harga Roadtax Honda Civic 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Honda Civic Type-R 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Honda BRV 1.5 1497cc RM100 RM50
Harga Roadtax Honda HRV 1.5 1496cc RM100 RM50
Harga Roadtax Honda HRV 1.8 1799cc RM359.70 RM198.83
Harga Roadtax Honda Jazz 1.5 1497cc RM90 RM56
Harga Roadtax Honda Accord 1.5 1498cc RM90 RM56
Harga Roadtax Honda Accord 2.0 1997cc RM378.50 RM273.25
Harga Roadtax Honda Accord 2.4 2356cc RM736 RM452

Harga Roadtax Kereta Jenama Toyota

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Toyota:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Toyota Yaris 1.5 1496cc RM90 RM56
Harga Roadtax Toyota Vios 1.5 1496cc RM90 RM56
Harga Roadtax Toyota CHR 1.8 1798cc RM359.40 RM198.66
Harga Roadtax Toyota Altis 1.8 1798cc RM279.20 RM223.36
Harga Roadtax Toyota Camry 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Toyota Camry 2.2 2163cc RM543 RM355.50
Harga Roadtax Toyota Camry 2.4 2362cc RM742 RM455
Harga Roadtax Toyota Camry 2.5 2494cc RM874 RM521
Harga Roadtax Toyota Estima 2.4 2393cc RM754.40 RM415.92
Harga Roadtax Toyota Estima 3.5 3456cc RM2369.60 RM1450.20
Harga Roadtax Toyota RAV4 2.0 1987cc RM434.80 RM240.14
Harga Roadtax Toyota Harrier 2.3 2360cc RM728 RM401.40
Harga Roadtax Toyota Harrier V6 3.0 2360cc RM728 RM401.40
Harga Roadtax Toyota Vellfire 2.5 2494cc RM835.20 RM460.36
Harga Roadtax Toyota Alphard 2.4 2362cc RM729.60 RM402.28
Harga Roadtax Toyota Alphard 2.5 2493cc RM834.40 RM459.92
Harga Roadtax Toyota Alphard 3.0 2995cc RM1632 RM898.60
Harga Roadtax Toyota Hilux 2.5 2494cc RM835.20 RM460.36
Harga Roadtax Toyota Hilux 2.8 2755cc RM1,248.00 RM687.40
Harga Roadtax Toyota Hilux 3.0 2982cc RM1611.20 RM887.16

Harga Roadtax Kereta Jenama Nissan

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Nissan:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Nissan Almera 1.5 1498cc RM90 RM56
Harga Roadtax Nissan Cefiro 1995cc RM377.50 RM272.75
Harga Roadtax Nissan Grand Livina 1.6 1598cc RM100 RM50
Harga Roadtax Nissan Grand Livina 1.8 1798cc RM359.40 RM198.66
Harga Roadtax Nissan X-Trail 2.0 1997cc RM438.80 RM242.34
Harga Roadtax Nissan X-Trail 2.5 2488cc RM830.40 RM457.72
Harga Roadtax Nissan Sylphy 1.8 1798cc RM279.20 RM223.36
Harga Roadtax Nissan Sentra 1.6 1597cc RM90 RM56
Harga Roadtax Nissan Serena 2.0 1997cc RM438.80 RM282.34
Harga Roadtax Nissan Teana 2.0 1997cc RM378.50 RM273.25
Harga Roadtax Nissan Teana 2.5 V6 2488cc RM868.00 RM518
Harga Roadtax Nissan Murano 3.5 3498cc RM2436.80 RM1500.60
Harga Roadtax Nissan Navara 2.5 2488cc RM830.40 RM457.72
Harga Roadtax Nissan GTR R-35 3799cc RM5,725.50 RM2102.65

Harga Roadtax Kereta Jenama Mitsubishi

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Mitsubishi:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Mitsubishi Mirage 1.2 1193cc RM55 RM44
Harga Roadtax Mitsubishi Attrage 1.2 1193cc RM55 RM44
Harga Roadtax Mitsubishi ASX 2.0 1998cc RM439.20 RM242.56
Harga Roadtax Mitsubishi Grandis 2.4 2378cc RM742.40 RM409.32
Harga Roadtax Mitsubishi Lancer 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 2360cc RM740 RM454
Harga Roadtax Mitsubishi Outlander 2.0 1998cc RM439.20 RM242.56
Harga Roadtax Mitsubishi Outlander 2.4 2360cc RM728.00 RM401.40
Harga Roadtax Mitsubishi Triton 2.4 2442cc RM793.60 RM437.48
Harga Roadtax Mitsubishi Triton 2.5 2477cc RM821.60 RM452.88

Harga Roadtax Kereta Jenama Kia

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Kia:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Kia Picanto 1.2 1248cc RM70 RM56
Harga Roadtax Kia Cerato 1.6 1591cc RM90 RM56
Harga Roadtax Kia Cerato 2.0 1999cc RM379.50 RM273.75
Harga Roadtax Kia Forte 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Kia Forte Koup 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Kia Forte 1.6 1591cc RM90 RM56
Harga Roadtax Kia Stinger 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Kia Sportage 2.0 1995cc RM438 RM241.90
Harga Roadtax Kia Sorento 2.2 2199cc RM599.20 RM330.56
Harga Roadtax Kia Sorento 2.4 2398cc RM758.40 RM418.12
Harga Roadtax Kia Rio 1.4 1368cc RM70 RM56
Harga Roadtax Kia Spectra 1.6 1591cc RM90 RM56
Harga Roadtax Kia Grand Carnival 2199cc RM599.20 RM330.56
Harga Roadtax Kia Stinger 3.3 V6 3342cc RM3,669.00 RM1,485.70

Harga Roadtax Kereta Jenama Mazda

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Mazda:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Mazda 2 Hatchback & Sedan 1.5 1496cc RM90 RM56
Harga Roadtax Mazda 3 Hatchback & Sedan 1.5 1496cc RM90 RM56
Harga Roadtax Mazda 3 Hatchback & Sedan 2.0 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Mazda 6 Sedan 2.5 2488cc RM868 RM518
Harga Roadtax Mazda CX-3 2.0 1998cc RM439.20 RM242.56
Harga Roadtax Mazda CX-5 2.0 1998cc RM439.20 RM242.56
Harga Roadtax Mazda CX-5 2.2 2191cc RM592.80 RM327.04
Harga Roadtax Mazda CX-5 2.5 2488cc RM830.40 RM457.72
Harga Roadtax Mazda MX-5 1998cc RM379 RM273.50
Harga Roadtax Mazda CX-8 2.2 2191cc RM592.80 RM327.04
Harga Roadtax Mazda CX-8 2.5 2488cc RM830.40 RM457.72
Harga Roadtax Mazda CX-9 2.5 2488cc RM830.40 RM457.72
Harga Roadtax Mazda CX-30 1.8 1759cc RM347.70 RM192.03
Harga Roadtax Mazda CX-30 2.0 1998cc RM439.20 RM242.56

Harga Roadtax Kereta Jenama Hyundai

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Hyundai:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Hyundai Elantra 2.0 1999cc RM379.50 RM273.75
Harga Roadtax Hyundai Grand Starex 2.5 2497cc RM837.60 RM461.68
Harga Roadtax Hyundai Matrix 1.6 1599cc RM120 RM60
Harga Roadtax Hyundai Sonata 2.0 1999cc RM379.50 RM273.75
Harga Roadtax Hyundai Tucson 1.6 1591cc RM100 RM50
Harga Roadtax Hyundai Tucson 2.0 1999cc RM439.60 RM242.78

Harga Roadtax Kereta Jenama Volkswagen

Berikut adalah senarai harga roadtax kereta Volkswagen:

MODEL KERETA KAPASITI ENJIN KADAR DI SEMENJUNG KADAR DI SABAH SARAWAK
Harga Roadtax Volkswagen Vento 1.2TSI 1197cc RM55 RM44
Harga Roadtax Volkswagen Vento 1.6 1598cc RM90 RM72
Harga Roadtax Volkswagen Polo 1.2 1197cc RM55 RM44
Harga Roadtax Volkswagen Polo 1.6 MPI 1598cc RM90 RM72
Harga Roadtax Volkswagen Beetle 1.2 1197cc RM55 RM44
Harga Roadtax Volkswagen Scirocco 1.4 1390cc RM70 RM56
Harga Roadtax Volkswagen Scirocco R 1984cc RM372 RM270
Harga Roadtax Volkswagen Golf 1.4 TSI 1390cc RM70 RM56
Harga Roadtax Volkswagen Golf GTI 2.0 2000cc RM372 RM270
Harga Roadtax Volkswagen Golf R 1984cc RM372 RM270
Harga Roadtax Volkswagen Jetta 1.4 1390cc RM70 RM56
Harga Roadtax Volkswagen Tiguan 1.4 1395cc RM100 RM56
Harga Roadtax Volkswagen Tiguan 2.0 1984cc RM433.60 RM239.48
Harga Roadtax Volkswagen Touareg 3.0 2967cc RM1,587.20 RM873.96
Harga Roadtax Volkswagen Touareg 3.6 V6 3597cc RM2,595.20 RM1,619.40
Harga Roadtax Volkswagen Passat 1.8 1798cc RM279.20 RM223.36
Harga Roadtax Volkswagen Passat CC 2.0 1984cc RM372 RM270
Harga Roadtax Volkswagen Passat CC 3.6 R 3597cc RM4,816.50 RM1,829.95

 harga road tax kereta

Jadi, bagi anda yang mahu perbaharui roadtax kereta, pastikan anda semak kepada senarai semak, syarat dan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, insurans motor atau insurans rumah terbaik dan komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60