6 Syarikat Takaful Kereta, Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
6 Syarikat Takaful Kereta, Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum perbaharui insurans kereta (atau renew insurans motor) anda adalah dengan membandingkan beberapa syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia sebelum membuat keputusan. Dengan cara ini, anda boleh pastikan anda mendapat perlindungan insurans yang optimum pada harga yang berpatutan. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans atau takaful terbaik yang boleh anda pilih dan banding.

Insurans kereta atau insurans motor merupakan perkara mandatori yang perlu dimiliki oleh pemilik kenderaan sebelum proses memperbaharui cukai jalan boleh dilakukan. Secara amnya, terdapat tiga jenis insurans kereta di Malaysia iaitu Insurans Pihak Ketiga, Insurans Pihak Ketiga dengan perlindungan Kebakaran dan Kecurian serta Insurans Komprehensif.

Artikel ini akan menyenaraikan enam syarikat insurans terbaik di Malaysia bagi membantu anda membuat perbandingan harga insurans kereta dan memilih insurans kereta murah dan terbaik untuk kereta anda.

Top 6 Syarikat Takaful Terbaik, Syarikat Insurans Kereta Terbaik 2022

Secara amnya, polisi insurans menawarkan perlindungan sekiranya berlaku sebarang risiko kemalangan yang menyebabkan kerugian. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan pelbagai pilihan produk dan pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Berikut enam senarai syarikat insurans di Malaysia untuk panduan anda:

1. Generali Malaysia

Generali Malaysia merupakan salah satu syarikat insurans kereta terbaik yang menawarkan pelbagai pilihan insurans termasuklah insurans kesihatan, insurans nyawa, insurans rumah, insurans kereta, insurans perjalanan dan persaraan untuk kestabilan dan kesejahteraan anda. Anda boleh dapatkan sebut harga insurans kereta dengan mudah, cepat dan pantas bagi melindungi kereta anda daripada sebarang tuntutan kemalangan, kerosakan cermin depan, ditenggelami banjir dan lain-lain polisi tambahan yang sesuai mengikut keperluan anda.

2. Zurich Insurance

Zurich Insurance Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian Insurans dan Takaful di Malaysia. Syarikat insurans dan takaful terbaik ini menawarkan pelbagai pelan perlindungan yang memenuhi keperluan pengguna meliputi produk konvensional seperti Insurans Nyawa dan Insurans Am serta produk patuh syariah seperti Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Insurans Kereta Terbaik: Produk Zurich Insurance

Produk Zurich Motor Takaful misalnya merangkumi tiga jenis perlindungan seperti berikut:

      1. Z-Driver Takaful – pelan takaful insurance kereta;
      2. Z-Rider Takaful – pelan takaful motor;
      3. Z-Drive Assist Takaful – pelan bantuan kereta rosak tepi jalan.

Dapatkan Perlindungan Insurans dan Takaful Kereta Terbaik untuk Anda dan Keluarga Anda

3. Etiqa Takaful

Etiqa ialah salah satu syarikat insurans dan takaful terbaik dan terkemuka di ASEAN yang merupakan sebahagian daripada kumpulan perbankan Malaysia, Maybank. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk antaranya insurans nyawa dan insurans am serta produk takaful keluarga dan takaful am. Bagi perlindungan kereta, ia menawarkan dua pelan perlindungan iaitu produk patuh syariah, Takaful Kereta atau Etiqa Takaful Car Insurance dan insurans Kereta Komprehensif. Kedua-dua pelan ini menawarkan perlindungan daripada sebarang risiko kecurian, kerugian, kebakaran atau kerosakan kereta dan lain-lain.

4. Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali insurans takaful (takaful keluarga dan takaful am) kedua terbesar di Malaysia selepas Etiqa. Takaful Malaysia menyediakan rangkaian pelan perlindungan untuk memenuhi kepelbagaian keperluan anda daripada perlindungan perubatan, rumah, dan insurans takaful motor sehinggalah manfaat perlindungan untuk pekerja dan sebagainya. Takaful myClick Motor merupakan antara produk perlindungan kenderaan yang ditawarkan oleh Takaful Malaysia.

Kelebihan Takaful myClick Motor

Berikut merupakan antara kelebihan Takaful myClick Motor untuk rujukan dan panduan anda:

      1. Perlindungan Komprehensif untuk kenderaan daripada kerugian atau kerosakan disebabkan kemalangan, kebakaran atau kecurian termasuk kecederaan, kematian dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga;
      2. Tiada kos tambahan untuk pemandu tambahan;
      3. Perlindungan Kemalangan Peribadi percuma untuk anda dan penumpang;
      4. Cashback sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan;
      5. Program bantuan kerosakan tepi jalan 24/7.

5. Takaful Ikhlas

Selain itu, Takaful Ikhlas juga merupakan salah satu syarikat insurans kereta terbaik yang menawarkan perlindungan menyeluruh untuk anda. Ia menyediakan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip patuh syariah merangkumi produk takaful keluarga dan takaful am yang komprehensif melalui Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. Polisi ini melindungi anda daripada liabiliti pihak lain disebabkan oleh kecederaan atau kematian, kemalangan dan kerosakan pada harta benda pihak ketiga, kebakaran atau kecurian kenderaan.

6. Tune Protect

Insurans Tune Protect menawarkan pelan perlindungan yang komprehensif dengan tawaran harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan dan kehendak peribadi individu. Ia merangkumi pelbagai jenis insurans antaranya insurans perjalanan, insurans kemalangan peribadi atau insurans untuk perniagaan. Selain itu, ia turut menawarkan pelan insurans kemalangan termasuk kecurian, kebakaran dan kerosakan harta benda.

Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insuran kereta terbaik atau insurans motor murah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform beli insurans kereta yang menawarkan pelbagai pilihan insurans kereta murah daripada beberapa syarikat insurans terbaik untuk anda. Anda juga boleh lakukan perbandingan bagi membantu anda memilih insurans kereta terbaik untuk kereta anda. Renew insurans kereta kini boleh dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat dengan hanya satu klik mudah!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60