Panduan Lengkap Akaun Semasa vs Akaun Simpanan di Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Akaun Semasa vs Akaun Simpanan di Malaysia 2024

Anda mungkin ragu-ragu atau keliru untuk memilih sama ada akaun semasa vs akaun simpanan (savings vs current account) semasa membuat pengeluaran wang di mesin ATM. Apa sebenarnya perbezaan antara akaun semasa vs akaun simpanan ini?

Akaun Semasa vs Akaun Simpanan: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu

Secara umumnya, seseorang individu akan memiliki sama ada akaun semasa vs akaun simpanan, atau kedua-duanya sekali. Penting untuk anda tahu bahawa sesorang boleh memiliki satu akaun simpanan asas dan satu akaun semasa asas bagi setiap bank.

Manakala, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pula hanya dibenarkan untuk membuka satu akaun semasa bagi setiap bank. Selain berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan dana anda, kedua-dua akaun semasa vs akaun simpanan ini menawarkan manfaat seperti:

  • Transaksi perniagaan di kaunter;
  • Penggunaan kad debit di mesin ATM;
  • Pemindahan antara bank menggunakan GIRO;
  • Perbankan dalam talian untuk pembayaran bil.

apa yang anda perlu tahu tentang akaun simpanan vs akaun semasa

Apa Itu Akaun Semasa

Akaun semasa membolehkan anda mendeposit atau mengeluarkan wang pada bila-bila masa mengikut keperluan anda. Secara ringkasnya, akaun semasa mempunyai banyak persamaan dengan akaun simpanan. Perbezaan ketara antara akaun semasa vs akaun simpanan ialah:

  • Akaun deposit ini membolehkan anda membuat pembayaran melalui cek;
  • Menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi; dan
  • Memerlukan anda mempunyai baki minimum yang lebih besar.

Akaun semasa biasanya sesuai untuk perniagaan seperti syarikat, firma, badan awam, pemilik perniagaan yang memiliki jumlah transaksi yang tinggi dengan pihak bank. Jika anda memiliki perniagaan sendiri, anda perlu mempunyai akaun semasa sebagai akaun perniagaan anda.

Ia penting untuk menguruskan operasi kewangan perniagaan, membuat pembayaran, merekodkan transaksi dan memastikan perniagaan berjalan lancar.

Siapa yang Boleh Membuka Akaun Semasa?

Akaun semasa di Malaysia tersedia kepada individu dan pelbagai jenis entiti seperti pemilik tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (PLT), syarikat berhad (Sdn Bhd) dan syarikat tersenarai awam.

Walau bagaimanapun, keperluan dan dokumen yang diperlukan untuk buka akaun ini mungkin berbeza bergantung kepada bank dan jenis akaun. Hubungi bank anda secara terus untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai keperluan dan proses pembukaan akaun.

    • Syarat umur minimum 18 tahun;
    • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap;
    • Akaun bersama adalah dibenarkan;
    • Deposit minimum yang diperlukan adalah RM500 (bergantung kepada bank);
    • Deposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap deposit.

Apa Kelebihan Akaun Semasa?

Dengan membuka akaun semasa, anda bukan sahaja boleh mendepositkan wang ke dalam akaun anda. Tetapi, anda juga boleh menikmati pelbagai manfaat lain seperti:

1. Kemudahan Overdraf

Kemudahan overdraft membolehkan anda mengeluarkan lebih banyak wang daripada baki yang ada dalam akaun semasa (sehingga mencapai had kredit yang ditetapkan). Ia memberikan akses tunai yang lebih fleksibel dan mengurangkan kemungkinan cek dikembalikan tanpa dibayar.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa caj tambahan akan dikenakan apabila anda menggunakan kemudahan overdraft ini.

2. Insurans Kemalangan Peribadi

Anda juga boleh mendapatkan insurans kemalangan peribadi melalui akaun semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri ini, sila hubungi wakil bank anda.

3. Penyata Bulanan

Memandangkan anda mempunyai akses kepada penyata bulanan secara percuma, anda boleh mengesan semua transaksi masuk dan keluar. Selain itu, anda juga boleh memeriksa dan menyemak transaksi anda melalui telefon bimbit.

4. Jaminan Keselamatan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menyediakan perlindungan untuk deposit bank sehingga RM250,000 sekiranya bank diisytiharkan bankrap.

Perbezaan akaun semasa vs akaun simpanan di Malaysia

Apa Itu Akaun Simpanan

Akaun simpanan merujuk pada akaun yang mendorong anda untuk menyimpan sambil memperoleh faedah ke atas deposit anda setiap bulan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat faedah yang dibayar ke atas akaun anda jika anda menyemak akaun bank anda setiap bulan. Kadar faedah untuk akaun simpanan biasanya sangat rendah.

Selain itu, akaun simpanan berfungsi sama seperti akaun semasa. Anda boleh mendepositkan dan mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai kad debit atau kad ATM. Jika anda mempunyai pendapatan bulanan atau seorang pekerja berpencen, lebih baik anda membuka akaun simpanan.

Siapa yang Boleh Membuka Akaun Simpanan?

Akaun simpanan boleh dibuka oleh semua individu. Namun begitu, syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan mungkin berbeza bergantung pada pihak bank dan jenis akaun.

Anda disyorkan untuk menghubungi bank secara terus untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai syarat-syarat dan proses pembukaan akaun simpanan.

    • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap;
    • Akaun peribadi atau akaun bersama adalah dibenarkan;
    • Deposit permulaan minimum RM20;
    • Deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Berhad (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap deposit.

Apa Kelebihan Akaun Simpanan?

Pembukaan akaun simpanan bukan hanya memberikan peluang kepada anda untuk menyimpan wang. Tetapi, dalam masa yang sama anda berpeluang mendapatkan faedah ke atas jumlah yang disimpan. Berikut antara kelebihan lain akaun simpanan:

1. Pengurusan Kewangan yang Berkesan

Dengan membuka akaun simpanan, anda dapat menguruskan kewangan secara efektif. Akaun simpanan membolehkan anda mengawal semua transaksi keluar masuk, selain menikmati kadar faedah ke atas simpanan anda.

2. Tujuan Kecemasan

Akaun simpanan boleh berfungsi sebagai dana kecemasan. Ia membolehkan anda mengeluarkan wang pada bila-bila masa untuk membayar perbelanjaan yang tidak dijangka seperti kereta rosak.

Dalam keadaan kecemasan yang tidak terduga, anda boleh mengakses dana dalam akaun simpanan anda untuk menampung kos-kos ini.

3. Keselamatan Terjamin

Jika berlaku sesuatu kepada pihak bank seperti kebankrapan, anda tidak perlu risau kerana deposit bank anda dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.

4. Mendapatkan Faedah

Anda boleh mendapat pulangan kadar faedah yang sederhana dari masa ke masa ke atas simpanan anda. Meskipun mungkin tidak sebaik atau kemungkinan lebih rendah berbanding kadar faedah yang dijangkakan, ia masih boleh dikategorikan sebagai berbaloi.

Akaun simpanan vs akaun semasa

Perbandingan antara Akaun Semasa vs Akaun Simpanan di Malaysia

Seperti dinyatakan di atas, kedua-dua akaun semasa vs akaun simpanan menawarkan kelebihan yang sama. Kedua-dua wang simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa melalui ATM atau kaedah lain.

Meskipun begitu, terdapat juga perbezaan antara akaun semasa vs akaun simpanan. Ikuti artikel ini untuk ketahui perbezaan antara kedua-dua akaun ini:

Akaun Semasa Akaun Simpanan
Tujuan Untuk menguruskan transaksi dan perbelanjaan harian. Untuk menyimpan wang.
Pilihan Deposit atau Pengeluaran Wang boleh didepositkan dan dikeluarkan pada bila-bila masa. Deposit dan pengeluaran pada bila-bila masa sambil memperoleh faedah.
Kadar Faedah Kadar faedah akaun semasa biasanya lebih rendah daripada akaun simpanan. Biasanya sekitar sifar peratus hingga serendah 0.05 peratus setahun. Akaun simpanan biasanya menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding akaun semasa. Biasanya antara 0.1 peratus hingga empat peratus setahun.

Namun begitu, ia bergantung pada bank dan jenis akaun.

Had Transaksi Transaksi tanpa had setiap hari dan setiap bulan. Transaksi terhad setiap hari dan setiap bulan.
Kaedah Pengeluaran atau Deposit
  • Buku simpanan;
  • Kad ATM/Kad Debit;
  • Penyata online/salinan (hardcopy).
  • Buku cek;
  • Kad ATM/Kad Debit;
  • Penyata online/salinan (hardcopy);
  • Overdraf.

Kedua-dua jenis akaun semasa vs akaun simpanan ini menawarkan penyelesaian pengurusan kewangan yang lengkap. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan anda. Ini kerana setiap jenis akaun menawarkan kelebihan yang tersendiri.

Akaun simpanan biasanya dilengkapi dengan kad ATM atau kad debit untuk akses mudah kepada pengeluaran tunai dan pembayaran bil. Anda juga boleh membuka akaun semasa jika anda perlu menggunakan buku cek.

Selain itu, jika anda sedang mencari insurans kereta terbaik di Malaysia, lawati laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia dengan mudah, pantas, dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60