Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk claim Loss of Use daripada pihak insurans apabila berlaku kemalangan. Tuntutan Loss of Use boleh dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar.
6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Claim Loss of Use
Tuntutan Loss of Use turut dikenali sebagai Compensation for Actual Repair Time (CART). Pampasan ini diberikan oleh pihak insurans kepada pemilik kenderaan sebagai bayaran ganti rugi yang perlu ditanggung disebabkan ketiadaan kereta.
1. Apa Itu Tuntutan Loss of Use?
Secara asasnya, tuntutan Loss of Use merujuk pada tuntutan yang dibuat kepada syarikat insurans bagi kos kenderaan gantian sepanjang kereta berada di bengkel untuk tujuan pembaikan.
Dalam erti kata lain, pampasan akan diberikan bagi kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung selama tempoh kenderaan anda tidak boleh digunakan.
2. Siapa Layak Claim Loss of Use?
Tuntutan atau claim Loss of Use hanya boleh dilakukan jika anda terbukti tidak bersalah dalam sesuatu kemalangan. Dengan kata lain, anda hanya boleh buat prosedur tuntutan Loss of Use ini jika kemalangan berlaku disebabkan oleh pihak ketiga.
3. Berapa Kadar Pampasan yang Diberikan?
Anda boleh claim Loss of Use untuk jumlah hari yang ditafsirkan oleh adjuster. Kadar pampasan adalah mengikut kadar standard yang ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) seperti berikut:
Kategori Kenderaan | Jenis/CC Kenderaan | CART/Sehari |
Kenderaan Persendirian | Sehingga 1,500 cc | RM30 |
Melebihi 1,500 cc – 2,000 cc | RM40 | |
Melebihi 2,000 cc | RM50 | |
Kenderaan Komersial | Sehingga 1 tan | RM40 |
Melebihi 1 tan – 2 tan | RM60 | |
Melebihi 2 tan | RM90 | |
Lori treler | RM120 | |
Bas (Persendirian) | RM90 | |
Bas Lain (Ekspress) | RM180 | |
Teksi | RM40 | |
Motosikal | Sehingga 250 cc | RM10 |
Melebihi 250 cc | RM15 |
Selain tuntutan mengikut hari, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa (kereta sama jenis dan kapasiti atau cc kereta) mengikut jumlah hari yang diperlukan untuk baiki kereta anda.
Jika anda nak buat tuntutan ini, anda disarankan untuk menyimpan segala bukti pembayaran seperti resit tambang teksi atau sewa kereta. Buat pilihan yang terbaik untuk anda – boleh claim Loss of Use untuk salah satu sahaja.
Ada juga sesetengah bengkel yang menyediakan kereta gantian untuk anda gunakan. Semak dengan bengkel panel anda untuk info lanjut.
4. Bagaimana Cara Kira Pampasan Loss of Use Dilakukan?
Amaun pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans dikira mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk baiki kerosakan kereta. Ia berdasarkan tempoh pembaikan yang dianggarkan atau dinilaikan oleh adjuster, dan bukan berdasarkan bilangan hari kereta berada di bengkel.
Loss of Use = Kadar Mengikut Resit Tambang Teksi/Perjanjian Sewa Kereta X Bilangan Hari yang Diperlukan untuk Membaiki Kereta
5. Bagaimana Cara Claim Loss of Use Apabila Berlaku Kemalangan?
Untuk buat tuntutan ini, anda boleh ikut cara claim Loss of Use seperti berikut:
- Setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada pihak bengkel yang anda ingin buat claim Loss of Use;
- Pihak bengkel akan berikan laporan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda;
- Hantar dokumen dan laporan tuntutan tersebut kepada syarikat insurans pihak ketiga untuk diproses;
- Pastikan anda dapatkan maklumat pegawai in-charge dan lakukan follow-up dari semasa ke semasa untuk mengetahui status proses.
6. Berapa Lama Tempoh Tuntutan Ini Diambil?
Kebiasaannya, proses claim Loss of Use memakan masa lima hari hingga dua minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum bayaran dibuat kepada anda.
Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Proses Pembaharuan Mudah dan Selamat
Penting untuk anda ketahui hak anda sebagai pemegang polisi – fahami polisi untuk memaksimumkan perlindungan anda dan mengelakkan anda daripada mengalami kerugian. Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insuran kereta terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala merupakan platform insurans yang membolehkan anda lakukan perbandingan dan pilih insurans kereta murah daripada beberapa syarikat insurans terbaik. Proses renew insurans kereta boleh dilakukan dengan lebih cepat dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah!