Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Report Polis Kemalangan 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Report Polis Kemalangan 2024

Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Apabila berdepan situasi sebegini, kebanyakan pemandu menjadi panik dan tidak dapat berfikir dengan baik. Jika anda terlibat dalam kemalangan, anda wajib membuat report polis kemalangan dengan segera.

Apa yang Boleh Anda Lakukan Jika Terbabit dalam Kemalangan Jalan Raya?

Apabila anda terlibat dalam kemalangan, penting untuk anda bertenang dan tidak panik. Bagi memudahkan anda, berikut antara langkah-langkah yang boleh anda ikuti sekiranya berdepan situasi kemalangan jalan raya:

1. Berhentikan Kenderaan di Bahu Jalan

Jika boleh, alihkan kenderaan anda ke bahu jalan atau berhenti di mana-mana lokasi yang selamat.

2. Periksa Kenderaan/Kecederaan Anda

Keluar dari kereta dengan berhati-hati dan kenal pasti tahap kerosakan kereta. Periksa juga jika ada kecederaan pada mana-mana anggota badan anda.

3. Minta Bantuan Segera

Hubungi talian khidmat pelanggan syarikat insurans kereta anda bagi mendapatkan bantuan. Anda dinasihatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah lain.

4. Ambil Gambar, Butiran Saksi sebagai Bukti

Ambil gambar kawasan kejadian, gambar kerosakan kereta anda termasuk gambar kenderaan yang melanggar. Catatkan butiran penting seperti:

Maklumat-maklumat ini penting bagi memudahkan rujukan semasa anda membuat laporan polis atau report polis kemalangan.

Buat report polis kemalangan dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan

Bila Laporan Polis Kemalangan Perlu Dibuat?

Mengikut Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas berlakunya kemalangan:

Dalam hal sesuatu kemalangan seperti yang tersebut dahulu pemandu kenderaan motor itu dan, jika terdapat lebih daripada satu kenderaan motor, pemandu tiap-tiap kenderaan motor itu, hendaklah melaporkan kemalangan itu di balai polis yang berhampiran sekali dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik dan dalam mana-mana hal dalam tempoh dua puluh empat jam selepas berlakunya kejadian itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pegawai yang menjaga balai polis itu lesen memandunya dan, jika dikehendaki sedemikian, perakuan insurans yang dikeluarkan di bawah seksyen 90 Akta ini.

Kegagalan anda membuat report polis kemalangan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkan anda dikenakan penalti:

      • Sabitan pertama – denda sehingga RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan;
      • Sabitan seterusnya – denda sehingga maksimum RM4,000 atau/dan penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Meskipun begitu, penalti ini tertakluk pada situasi dan keadaan. Pengecualian boleh diberikan atas sebab-sebab yang disokong oleh laporan perubatan rasmi. Contohnya, anda terlewat buat laporan polis kerana dimasukkan ke wad atau memerlukan rawatan kecemasan di hospital untuk kecederaan yang dialami.

5. Segera Dapatkan Rawatan

Sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan kecederaan, segera dapatkan rawatan di hospital. Ia juga membolehkan anda untuk membuat tuntutan perubatan atau tuntutan-tuntutan lain (jika perlu).

6. Buat Report Polis Kemalangan

Segera ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

Apa Berlaku Jika Report Polis Kemalangan Tidak Dibuat dalam Tempoh 24 Jam?

Report polis kemalangan perlu dibuat secepat mungkin meskipun bukan anda yang menyebabkan kemalangan tersebut. Laporan polis dilakukan bertujuan untuk melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga atau tuntutan kecederaan yang tidak dijangka.

Jika anda tidak membuat laporan polis selepas kemalangan, pengawai penyiasat biasanya akan membuat keputusan yang memihak kepada individu yang membuat laporan polis. Ini kerana, pihak polis beranggapan pihak yang tidak membuat laporan polis bersalah, mencurigakan atau cuba mengelak saman.

Selain itu, syarikat insurans juga berkemungkinan akan menolak tuntutan insurans anda jika didapati anda gagal mengemukakan laporan polis atau laporan polis kemalangan hanya dibuat selepas tempoh 24 jam kemalangan.

Anda mungkin tidak bertanggungjawab atas kemalangan tersebut, tetapi tanpa bukti (rekod polis kemalangan), anda mungkin terpaksa menanggung kesalahan atau kerugian kewangan yang bukan berpunca daripada anda.

7. Maklumkan Syarikat Insurans

Maklumkan kepada syarikat insurans untuk membuat tuntutan insurans kemalangan. Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan dengan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.

Bolehkah Tuntutan Insurans Kemalangan Dibuat Tanpa Laporan Polis?

Tuntutan insurans kemalangan boleh dilakukan tanpa laporan polis. Meskipun begitu, proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana kesalahan atau kerosakan yang dialami sukar untuk dibuktikan.

Laporan atau report polis kemalangan membantu membuktikan tuntutan anda terutamanya jika anda menyatakan anda tidak bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku.

Ia sekali gus membantu pihak insurans untuk menyiasat kes anda, membolehkan anda menerima pampasan daripada syarikat insurans dengan lebih cepat. Anda digalakkan untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan situasi permohonan anda lambat diproses atau kemungkinan tuntutan ditolak.

8. Servis Kereta di Bengkel Panel

Kereta perlu dihantar ke bengkel panel insurans atau pusat servis kenderaan yang boleh dipercayai. Ia bagi memastikan kerosakan kereta dibaiki dengan sempurna dan alat ganti kereta yang tulen digunakan.

9. Selesai

Tunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai. Selain kos pembaikan kereta, anda juga boleh membuat tuntutan Pampasan untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan (Compensation for Assessed Repair Time, CART).

Rujuk artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan cara claim insurans kereta kemalangan dan tuntutan loss of use insurans kereta di Malaysia.

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Buat Laporan Polis untuk Memudahkan Proses Tuntutan Insurans Kemalangan

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, tidak kira sama ada anda bersalah atau tidak, buat laporan polis dengan segera. Pastikan report polis kemalangan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, ia mungkin akan menyukarkan proses tuntutan insurans kemalangan atau menyebabkan tuntutan insurans kemalangan anda ditolak.

Selain itu, pastikan anda mendapatkan perlindungan insurans kereta komprehensif untuk perlindungan kereta yang lebih optimum. Insurans kereta first party bukan sahaja melindungi pihak ketiga, tetapi turut melindungi kereta anda. Ini bermaksud, anda tidak perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk pembaikan kerosakan kereta.

Untuk maklumat lanjut mengenai insurans kereta komprehensif terbaik, layari laman web Qoala. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Dengan lebih 10 jenama insurans terbaik, anda boleh banding dan pilih polisi insurans kereta yang sesuai untuk kereta anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60