Cara Semak No Plat Kereta Langgar Lari, Ikuti 7 Langkah Ini

Kali terakhir diperbaharui May 22, 2023 oleh Ramen Hasniran
Cara Semak No Plat Kereta Langgar Lari, Ikuti 7 Langkah Ini

Jika anda terlibat dalam kemalangan langgar lari, salah satu cara untuk membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes kemalangan anda adalah dengan mengenal pasti nombor plat kereta yang terlibat dalam kejadian. Artikel ini akan berkongsikan cara-cara untuk semak no plat kereta langgar lari yang anda perlu tahu.

Semak No Plat Langgar Lari: Apa Perlu Buat Jika Anda Terlibat Dalam Situasi Kemalangan Langgar Lari?

Memang pening kepala kalau terlibat kemalangan jalan raya terutama sekali jika kemalangan itu adalah kemalangan langgar lari. Situasi ini sememangnya tidak ideal kerana pemandu yang terlibat terus meninggalkan tempat kejadian tanpa ada rasa bertanggungjawab. Namun begitu, anda masih boleh semak no plat kereta langgar lari sekiranya anda berjaya dapatkan maklumat nombor plat kenderaan. Untuk semak no plat kereta langgar lari, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Catatkan maklumat tentang kejadian seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian;
  2. Sediakan bukti seperti gambar atau video kejadian melalui dashcam kereta anda atau sekiranya ada saksi yang boleh memberikan keterangan;
  3. Hubungi pihak polis untuk laporkan kejadian kemalangan langgar lari;
  4. Berikan maklumat pelanggar seperti nombor plat kereta, jenis kereta dan warna kereta;
  5. Pihak polis akan menyemak rekod kereta yang anda laporkan;
  6. Jika pelanggar berjaya ditemui, pihak polis akan menghubungi pemilik kereta dan meminta mereka untuk datang ke balai polis untuk memberikan keterangan;
  7. Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kereta sekiranya didapati bersalah.

kes langgar lari

Portal Semak No Plat Kereta Langgar Lari

Anda juga boleh semak no plat kereta langgar lari secara online melalui MyEG dan MyCarInfo. Dua portal ini membolehkan anda untuk menyemak segala maklumat kenderaan yang melanggar kereta seperti rekod saman, polisi insurans kereta dan lain-lain lagi.

MYEG

Portal ini membolehkan anda untuk semak rekod saman kereta yang melanggar kereta anda dan pada masa yang sama boleh dapat maklumat seperti nama penuh dan kad pengenalan pemilik kenderaan. Ikuti langkah-langkah di bawah:

    1. Layari laman web MyEG;
    2. Jika anda belum mendaftar, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu;
    3. Selepas selesai pendaftaran, anda perlu Log Masuk atau Login MyEG;
    4. Semak “Summons Service” PDRM;
    5. Klik “Check Summons”. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk tindakan anda.

MyCarInfo

Sekiranya anda mendapati tiada rekod tentang kenderaan tersebut di portal MyEG, anda boleh cuba portal ini untuk semak no plat kereta langgar lari. Tujuan utama polisi ini adalah untuk mendapatkan info ringkas polisi insurans kereta pesalah.

Untuk menggunakan perkhidmatan portal ini, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM6. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti nombor polisi, tarikh mula dan tarikh tamat insurans pemilik kenderaan. Ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Layari laman portal rasmi MyCarInfo;
    2. Daftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo. Kemudian login akaun MyCarInfo anda;
    3. Di halaman utama, klik butang “Services” dan pilih “i-Search”;
    4. Di paparan skrin pada bahagian bawah, pilih pelan “Comprehensive” dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran;
    5. Klik pada “Select 1 Credit” (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX;
    6. Masukkan nombor plat kenderaan yang ingin anda semak, nama serta alamat e-mel anda;
    7. Maklumat-maklumat berkaitan akan dihantar ke alamat e-mel anda.

hukuman langgar lari di malaysia

Bagaimana Jika Anda Tidak Tahu Nombor Plat Pelanggar?

Meskipun anda tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau tidak dapat mengetahui nombor plat kereta yang terlibat, anda masih perlu laporkan kepada pihak polis untuk mereka mengambil tindakan selanjutnya. Anda boleh cuba untuk berikan deskripsi kenderaan yang terlibat, seperti warna, jenama, model dan ciri-ciri lain seperti kesan atau calar yang dapat membantu mengenal pasti kenderaan tersebut.

Selain itu, anda juga boleh mencuba mencari saksi-saksi yang menyaksikan kejadian tersebut dan meminta mereka untuk memberikan keterangan. Namun begitu, jika tidak berjaya menemui kereta yang melanggar anda, anda berkemungkinan besar perlu tanggung sendiri kos untuk baiki kerosakan kereta anda.

Ini bermakna anda boleh memilih untuk tidak membuat sebarang tuntutan insurans. Langkah ini boleh anda pertimbangkan sekiranya kerosakan kereta anda tidak terlalu teruk dan memakan kos yang besar untuk dibaiki. Pada masa yang sama, anda juga tidak akan kehilangan NCD kereta anda.

Walau bagaimanapun, jika kerosakan kereta anda sangat teruk dan anda rasa anda tidak mampu untuk menanggung kos kerosakan, anda boleh pertimbangkan untuk membuat claim insurans kereta daripada syarikat insurans anda. Dalam situasi ini, anda akan kehilangan NCD kereta anda.

Kesimpulannya, dalam situasi kemalangan jalan raya, perkara paling penting yang anda patut dapatkan adalah nombor plat kereta yang terlibat. Oleh sebab itu, penting untuk anda semak no plat kereta langgar lari. Dengan memahami proses semak no plat kereta langgar lari, anda akan membantu proses siasatan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes langgar lari anda.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk renew insurans kereta pada harga terbaik, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan renew insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan beli insurans dengan mudah, cekap dan pantas.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60