Alamak! Kereta Kena Langgar dari Belakang, Apa Nak Buat?

Kali terakhir diperbaharui Jun 4, 2024 oleh Shafiq Wahab
Alamak! Kereta Kena Langgar dari Belakang, Apa Nak Buat?

Kadang-kadang kemalangan kereta berlaku bukan disebabkan kesalahan atau kecuaian anda. Kereta kena langgar dari belakang, kereta kena langgar dari tepi dalam parking dan sebagainya. Apa perlu anda buat apabila anda berdepan situasi sebegini?

Apa Perlu Anda Buat Jika Kereta Kena Langgar dari Belakang?

Bagi anda yang pertama kali berdepan situasi kereta kena langar dari belakang, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut. Ini bagi memudahkan proses tuntutan insurans kemalangan terhadap orang yang melanggar kereta anda dari belakang nanti.

1. Pasangkan Lampu Kecemasan

Jangan panik atau marah-marah. Pasangkan lampu kecemasan anda terlebih dahulu. Tindakan ini bagi memberi indikasi kepada kenderaan lain untuk berhati-hati kerana ada kecemasan yang sedang berlaku.

2. Parkir Kereta di Tepi Jalan

Jika kereta anda masih boleh bergerak, bawa kereta anda perlahan-perlahan ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan lain. Selain itu, ia juga dapat membantu mengelakkan kesesakan di kawasan kemalangan.

3. Ambil Gambar Bukti

Ini tips paling penting yang anda perlu lakukan – ambil gambar insiden yang berlaku sebanyak mungkin. Gambar-gambar ini boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk memudahkan proses claim insurance kereta anda nanti. Apa gambar yang diperlukan?

    • Gambar kereta kena langgar dari belakang termasuklah nombor plat kereta dan cukai jalan kereta tersebut;
    • Kad pengenalan, lesen memandu atau business card pemandu yang melanggar kereta anda dari belakang;
    • Gambar kerosakan kereta anda; dan
    • Gambar lokasi/tempat kereta kena langgar dari belakang.

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Kereta Kena Langgar dari Belakang?

4. Catat Butiran Penting

Ambil maklumat penting seperti nombor telefon pemandu yang melanggar kereta anda dari belakang. Ini sangat penting untuk membincangkan hal-hal seterusnya seperti membuat report polis kemalangan, proses tuntutan insurans kemalangan, bengkel panel dan sebagainya.

5. Buat Laporan Polis

Buat report polis kemalangan dengan segera untuk melindungi hak anda. Ini kerana, anda tidak tahu sama ada pemandu yang telah melanggar kereta anda adalah seseorang yang boleh dipercayai atau tidak.

Lebih baik jika kedua-dua pihak membuat laporan di balai polis yang sama supaya tiada percanggahan cerita. Ini juga boleh mengelakkan situasi pihak yang melanggar kereta anda membuat laporan polis palsu yang menyatakan anda yang menyebabkan kemalangan.

Yang paling penting, laporan polis perlulah dibuat dalam tempoh 24 jam kemalangan.

6. Hantar Kereta ke Bengkel Panel Insurans

Setelah laporan polis dibuat, hantar kereta kena langgar dari belakang terus ke bengkel panel insurans. Pastikan bengkel panel yang dipilih diiktiraf oleh syarikat insurans pihak yang melanggar kereta anda.

Jika anda memerlukan khidmat trak tunda, pastikan trak tunda ini berdaftar dengan syarikat insurans anda dan bukan perkhidmatan trak tunda pihak ketiga. Ini untuk mengelakkan sebarang kos tambahan yang perlu ditanggung sendiri.

Apabila tiba di bengkel, maklumkan kepada pihak bengkel untuk uruskan “tuntutan insurans pihak ketiga” atau “third party claim insurance”. Third-party claim insurance bermaksud syarikat insurans anda akan membuat tuntutan daripada syarikat insurans pihak yang melanggar kereta anda tadi.

Dalam erti kata lain, segala kos-kos membaiki kerosakan kereta anda akan ditanggung oleh insurans pihak ketiga tanpa menjejaskan NCD kereta anda.

Apa Dokumen yang Anda Perlukan untuk Claim Third-party Insurance?

Untuk tujuan tuntutan insurans pihak ketiga bagi kes kereta kena langgar dari belakang, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut dan perlu dihantar ke pihak bengkel:

      • Salinan kad pengenalan anda;
      • Salinan lesen memandu anda;
      • Salinan geran kereta anda;
      • Salinan nota perlindungan (cover note) insurans anda;
      • Salinan laporan polis yang telah diakui sah.

Apa Akan Berlaku pada NCD Kereta Anda Jika Buat Third-Party Claim?

Kadar NCD anda akan kekal dan tidak kembali kepada sifar jika anda membuat tuntutan insurans pihak ketiga. Tetapi, NCD pihak yang melanggar kereta anda dari belakang akan kembali kepada sifar dan insurans akan menjadi mahal pada tahun berikutnya.

Jika Kereta Kena Langgar dari Belakang, Anda Boleh ‘Settle Luar’?

Sekiranya kerosakan kereta anda tidak terlalu teruk, anda boleh memilih untuk selesaikan secara baik tanpa melibatkan pihak insurans. Maksudnya, pihak yang melanggar kereta anda bersetuju untuk menanggung kos kerosakan anda daripada poket sendiri kerana tidak mahu menjejaskan NCD kereta.

Jika anda memilih untuk settle sendiri dengan pihak yang telah melanggar kereta anda, anda boleh terus bawa kereta anda ke bengkel kereta yang dipersetujui. Namun begitu, cara ini mungkin lebih berisiko kerana ada kemungkinan pihak yang melanggar kereta anda berubah fikiran dan tidak mahu menanggung kos pembaikan kerosakan kereta anda.

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Perlindungan Insurans Kereta Membantu Anda Saat Ditimpa Musibah

Insurans kereta sememangnya memberikan anda peace-of-mind atau ketenangan fikiran terutama apabila ditimpa musibah seperti kereta kena langgar dari belakang oleh kereta lain. Anda tidak perlu pening untuk mengeluarkan simpanan kecemasan pada waktu-waktu seperti ini kerana syarikat insurans akan melindungi aset yang anda miliki ini.

Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan perlindungan insurans kereta terbaik bagi melindungi aset anda daripada sebarang risiko. Untuk mendapatkan perlindungan insurans kereta komprehensif di Malaysia, anda boleh dapatkannya di Qoala.

Qoala menawarkan perkhidmatan pembaharuan dan perbandingan insurans dengan menyeluruh. Anda boleh lakukan perbandingan dan renew insurans kereta dengan mudah dan selamat secara online sahaja tanpa perlu ke mana-mana!

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60