Berapa Kali Boleh Claim Insurans Kereta dalam Tempoh 1 Tahun?

Kali terakhir diperbaharui Sep 5, 2023 oleh Shafiq Wahab
Berapa Kali Boleh Claim Insurans Kereta dalam Tempoh 1 Tahun?

Insurans kereta memainkan peranan penting dalam melindungi kenderaan anda sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan. Tetapi, pernahkah anda terfikir berapa kali boleh claim insurans kereta kemalangan dalam tempoh perlindungan polisi insurans kereta setahun?

Bolehkah Anda Buat Tuntutan Insurans Setiap Kali Terlibat Kemalangan?

Kebanyakan perlindungan insurans tidak mengehadkan berapa banyak tuntutan insurans yang boleh anda buat dalam tempoh polisi. Dalam erti kata lain, anda boleh claim insurans kereta lebih daripada sekali dalam tempoh setahun. Tiada had atau sekatan terhadap bilangan tuntutan yang dibenarkan dalam tempoh polisi.

Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu bahawa jumlah tuntutan insurans kemalangan berulang kali boleh menjejaskan NCD insurans kereta anda. Ia boleh beri kesan pada harga premium kereta semasa anda ingin perbaharui polisi pada tahun seterusnya.

Berapa Kali Boleh Claim Insurans Kereta dalam Tempoh Setahun?

Syarat Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Lebih dari Sekali

Walau bagaimanapun, kelulusan bagi kes tuntutan insurans dibuat beberapa kali dalam tempoh setahun bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:

1. Tidak Melebihi Jumlah Perlindungan Insurans

Anda boleh buat claim insurans kereta beberapa kali, asalkan jumlah tuntutan tidak melebihi jumlah perlindungan yang anda beli semasa renew insurans kereta.

Situasi 1:

Insurans kereta Ali telah tamat tempoh. Beliau renew insurans kereta komprehensif dengan jumlah perlindungan polisi sebanyak RM50,000. Pada bulan Januari, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan membuat tuntutan dengan syarikat insurans sebanyak RM15,000.

Pada bulan Ogos, Ali sekali lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya. Setelah dinilai oleh adjuster, kos untuk membaiki kerosakan kereta beliau adalah sebanyak RM20,000. Dalam kes ini, Ali masih boleh buat tuntutan insurans kemalangan kali kedua kerana jumlah tuntutan masih belum melebihi jumlah keseluruhan perlindungan insurans.

2. Jenis Tuntutan Insurans

Tuntutan banyak kali hanya boleh dibuat jika anda membeli insurans komprehensif atau insurans first party. Ini bermaksud, insurans lain seperti insurans pihak ketiga (atau insurans third party) tidak layak untuk membuat tuntutan banyak kali.

Situasi 2:

Ali terlibat dalam kemalangan, tetapi kali ini ia bukan salah Ali. Kereta Ali kena langgar dari tepi semasa beliau parking kereta. Dalam kes ini, Ali boleh buat tuntutan No Fault Own Damage atau tuntutan insurans kemalangan sendiri jika terbukti Ali tidak bersalah.

Ali juga boleh claim ke atas pihak ketiga (jika tahu pelakunya) atau buat tuntutan melalui insurans sendiri tanpa menjejaskan NCD kereta sedia ada.

Apa Kesan Jika Anda Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Kereta Berulang Kali?

Secara asasnya, anda dinasihatkan untuk hanya membuat tuntutan insurans kereta jika kerosakan pada kereta serius atau sekiranya melibatkan kos pembaikan yang tinggi. Cara ini dapat membantu anda daripada berdepan perkara berikut:

1. Menjejaskan Kadar NCD Kereta

Anda disarankan untuk tanggung kos kerosakan dan pembaikan menggunakan simpanan sendiri jika kerosakan yang berlaku tidak begitu teruk. Kebanyakan orang memilih untuk menggunakan wang sendiri jika kerosakan yang ditanggung lebih kecil daripada kadar NCD semasa.

Jika anda membuat tuntutan insurans kemalangan, anda mungkin akan kehilangan diskaun NCD kereta ini. Syarikat insurans menawarkan diskaun NCD kereta (atau No Claim Discount) sehingga maksimum 55 peratus selagi anda tidak memfailkan sebarang tuntutan insurans dalam tempoh perlindungan polisi.

Bagi anda yang tidak tahu, NCD kereta adalah satu bentuk ganjaran atau diskaun jika tiada tuntutan dibuat ke atas polisi insurans setiap tahun. Kadar NCD adalah berbeza mengikut kelas kenderaan – diskaun NCD kereta adalah antara 25 hingga 55 peratus.

2. Premium Insurans Menjadi Lebih Tinggi

Secara asasnya, semakin tinggi kadar NCD kereta semakin murah harga premium insurans yang perlu dibayar untuk tahun semasa. Jika anda ada membuat tuntutan, kadar NCD kereta anda akan berubah kepada sifar peratus untuk tahun seterusnya. Ia sekali gus akan menyebabkan premium insurans kereta anda menjadi lebih mahal.

Selain itu, tuntutan insurans kereta yang dilakukan berulang kali bermaksud anda merupakan pemandu yang berisiko tinggi. Biasanya, syarikat insurans akan menyelaraskan kadar premium insurans baharu (dengan ambil kira penilaian risiko) apabila anda perbaharui polisi insurans.

Akibatnya, anda perlu membayar premium insurans anda dengan harga yang lebih tinggi berbanding kebiasaan. Oleh sebab itu, anda perlu pastikan anda sentiasa mengamalkan pemanduan yang selamat untuk kurangkan risiko anda daripada terlibat dalam kemalangan.

Berapa banyak boleh claim insurans kemalangan setahun?

Kekalkan Pemanduan Selamat, Renew Insurans di Qoala untuk Perlindungan Terbaik

Salah satu cara terbaik yang boleh anda praktikkan untuk elakkan anda claim insurans kereta berulang kali adalah dengan mengekalkan cara pemanduan yang selamat. Kurangkan risiko anda daripada terlibat dalam kemalangan – amalkan pemanduan selamat dengan tidak memandu laju ketika cuaca buruk dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Jika anda memerlukan pelan insurans kereta yang komprehensif dan terbaik untuk perlindungan anda, anda tidak perlu berfikir panjang. Anda boleh layari laman web Qoala dan dapatkan semua maklumat berkaitan insurans kereta di hujung jari anda. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60