Cover Note Insurans Kereta Hilang? Ini 5 Cara Dapatkan Semula

Kali terakhir diperbaharui Nov 15, 2023 oleh Shafiq Wahab
Cover Note Insurans Kereta Hilang? Ini 5 Cara Dapatkan Semula

Polisi insurans atau cover note insurans kereta merupakan dokumen lengkap yang disediakan oleh syarikat insurans sebagai bukti perlindungan insurans. Ia mengandungi semua perkara berkaitan insurans kereta seperti nama pemegang polisi, nombor enjin kereta, harga premium insurans, jumlah NCD kereta, jenis perlindungan insurans (insurans first party atau third party) dan sebagainya.

5 Cara Mudah Dapatkan Cover Note Insurans Kereta dan Insurans Motor di Malaysia

Secara asasnya, cover note insurans kereta diperlukan jika anda ingin renew insurans kereta atau semasa prosedur tuntutan insurans kemalangan seperti cermin kereta pecah, claim kereta tenggelam banjir, kereta terbakar dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, cover note insurans merupakan dokumen rujukan penting sekiranya berlaku musibah atau kemalangan. Tetapi, bagaimana pula jika cover note insurans kereta hilang? Adakah anda boleh mendapatkan salinannya semula?

Ada beberapa cara untuk anda mendapatkan semula salinan cover note insurans kereta (atau insurans motor) yang hilang. Berikut merupakan panduan untuk rujukan anda:

1. Cover Note Insurans Kereta Hilang: Rujuk Ejen Insurans Anda

Jika insurans kereta anda diperbaharui melalui ejen insurans, anda boleh berurusan dengan ejen insurans yang sama untuk mendapatkan salinan bagi menggantikan cover note insurans kereta yang hilang.

Tidak menjadi masalah untuk anda dapatkan semula cover note insurans tersebut kerana ejen insurans biasanya ada simpanan untuk rekod mereka sendiri.

Pihak ejen insurans akan menghantar salinan cover note dalam bentuk softcopy kepada anda – anda hanya perlu print muka surat yang mengandungi maklumat yang anda perlukan sahaja.

2. Dapatkan Salinan Cover Note Insurans Kereta di Pejabat Pos

Selain itu, anda juga boleh ambil salinan cover note insurans kereta hilang di Pejabat Pos. Anda boleh dapatkannya di mana-mana kaunter Pejabat Pos.

Anda hanya perlu maklumkan pada pegawai bertugas anda ingin mendapatkan salinan cover note insurans hilang. Pegawai akan membuat pengesahan dan menyerahkan salinan cover note kepada anda.

Anda digalakkan untuk mendapatkan salinan cover note yang hilang di Pejabat Pos tempat anda renew insurans sebelum ini untuk proses yang lebih mudah.

Cover Note Insurans Kereta

3. Ganti Cover Note Insurans Hilang Secara Online

Di Malaysia, terdapat banyak laman web yang menawarkan servis pembaharuan insurans kereta (atau takaful kereta) dan cukai jalan secara online. Ia sedikit-sebanyak memudahkan anda untuk mendapatkan salinan cover note dengan mudah.

Sekiranya anda renew insurans kereta melalui platform pembaharuan dan perbandingan insurans online seperti Qoala, anda boleh mendapatkannya semula dengan menyemak inbox e-mel anda.

Biasanya, syarikat insurans akan menghantar salinan cover note insurans melalui e-mel yang ditetapkan semasa anda renew insurans. Jadi, ada kemungkinan cover note anda masih ada tersimpan di situ.

4. Hubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan

Jika e-mel yang mengandungi cover note insurans sudah hilang atau terpadam, anda boleh gunakan cara ini. Anda boleh rujuk khidmat pelanggan syarikat insurans untuk proses lanjut.

Anda hanya perlu hubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat insurans dan maklumkan mengenai kehilangan cover note anda ini. Biasanya, pihak insurans akan menjalankan beberapa proses pengesahan sebelum menghantar salinan baharu kepada anda.

Senarai Talian Hotline Khidmat Pelanggan Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia

Berikut senarai talian khidmat pelanggan yang boleh anda hubungi sekiranya anda memerlukan bantuan:

Cover Note Insurans Kereta Talian Khidmat Pelanggan
Allianz Insurance Malaysia 1-800-22-5542
Takaful Ikhlas 1-300-88-252-385
Zurich Malaysia 03-2109-6000
Tune Protect 1-800-88-5753
RHB Insurance Berhad 1-300-22-0007
Generali Malaysia 03-2170-8282
AmGeneral Insurance Berhad 03-2268-3333
Lonpac Insurance Berhad 03-2262-8688
Etiqa Insurance 1-800-88-6491

5. Rujuk Syarikat Insurans untuk Penggantian Cover Note Insurans Kereta

Anda juga boleh luangkan masa dengan berkunjung ke mana-mana cawangan syarikat insurans kereta berdekatan anda. Ia bagi membolehkan anda mendapatkan salinan polisi insurans yang hilang ini.

Biasanya, untuk urusan penggantian cover note, pemilik polisi perlu hadir sendiri kerana syarikat insurans perlu membuat pengesahan dan semakan lanjut.

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Renew Insurans Kereta Komprehensif di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Banyak cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan cover note insurance kereta hilang. Jika anda berdepan situasi ini, semoga artikel ini dapat memberi input berguna kepada anda untuk mendapatkan salinan polisi insurans yang baharu.

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans kereta yang komprehensif untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans online terbaik di Malaysia.

Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan tawaran proses yang mudah dan pantas pada harga yang menarik dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60