7 Beza Insurans Nyawa vs Insurans Perubatan, Penting untuk Tahu!

Kali terakhir diperbaharui May 24, 2023 oleh Hariz Hafiz
7 Beza Insurans Nyawa vs Insurans Perubatan, Penting untuk Tahu!

Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu ini, penting untuk anda membuat perancangan kewangan. Ini bermaksud, anda perlu memperuntukkan sebahagian daripada bajet bulanan anda untuk perlindungan diri dan yang tersayang sebagai persediaan kecemasan. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan melindungi diri dan keluarga dengan perlindungan insurans nyawa vs insurans perubatan.

Apa Itu Insurans Nyawa vs Insurans Perubatan?

Insurans nyawa (insurans hayat) atau life insurance merujuk pada skim caruman kewangan yang perlu dibayar dalam amaun tertentu sama ada secara tahunan atau bulanan. Ia secara asasnya memberi manfaat kewangan kepada penama yang ditinggalkan sekiranya pencarum meninggal dunia.

Oleh sebab itu, penting untuk anda menyenaraikan penama-penama yang bakal menerima manfaat setelah kematian anda. Dalam erti kata mudah, insurans nyawa membantu aspek kewangan waris atau tanggungan (seperti ahli keluarga) yang terjejas apabila anda meninggal dunia.

Meskipun begitu, terdapat pengecualian lain iaitu kes bunuh diri tidak layak menerima apa-apa manfaat perlindungan ini. Insurans perubatan dan kesihatan (atau health insurance) pula merujuk pada skim caruman kewangan yang perlu dibayar secara bulanan atau tahunan.

Secara teknikal, ia sama seperti insurans nyawa. Cuma bezanya, ia memberi manfaat kewangan kepada pencarum sekiranya berlaku kecederaan atau pencarum menghidap penyakit yang dilindungi. Maksudnya, jika pencarum berdepan sebarang masalah kesihatan, kos rawatan dan perubatan akan ditanggung oleh pihak insurans.

Namun begitu, ia bergantung pada terma dan syarat dalam polisi insurans. Selain itu, ia juga tertakluk kepada pengecualian penyakit yang tidak dilindungi insurans. Ada sesetengah syarikat insurans menetapkan syarat-syarat tertentu berkaitan penyakit-penyakit yang dilindungi oleh insurans.

Biasanya, penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan strok mungkin memerlukan anda untuk membuat caruman insurans penyakit kritikal.

Beza Insurans Nyawa vs Insurans Kesihatan

Secara asasnya, terdapat perbezaan yang ketara antara insurans nyawa vs insurans perubatan. Ketahui perincian perbezaan antara insurans nyawa vs insurans perubatan seperti berikut:

beza insurans nyawa dan insurans perubatan di Malaysia

Insurans Nyawa Insurans Perubatan
1. Maksud
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada penama (waris atau tanggungan) sekiranya anda meninggal dunia.
  • Menyediakan perlindungan kepada pemegang polisi bagi membantu menanggung kos perubatan dan pembedahan di hospital.
2. Jenis Pelan Perlindungan
  • Pelan Bertempoh, Pelan Berkaitan Pelaburan, Pelan Simpanan, Anuiti Hidup dan lain-lain.

(Rujuk ejen insurans atau syarikat insurans untuk info lanjut berkaitan jenis insurans)

  • Pelan Insurans Kesihatan Komprehensif, Penyakit Kritikal dan lain-lain.

(Rujuk ejen insurans atau syarikat insurans untuk info lanjut berkaitan jenis insurans)

3. Manfaat Insurans
  • Waris boleh meneruskan kehidupan seperti biasa melalui wang pampasan yang diterima setelah kematian anda;
  • Boleh membantu membayar kos pengebumian, melangsaikan hutang komitmen sedia ada, tabung pendidikan anak-anak dan sebagainya.
4. Kaedah Pembayaran
  • Bayaran dilakukan sekaligus kepada penama jika melibatkan kematian;
  • Sekiranya melibatkan hilang upaya kekal, bayaran akan diberikan kepada pemegang polisi.
  • Bayaran kos rawatan akan dilakukan oleh syarikat insurans secara terus kepada pihak hospital.
5. Penerima Manfaat
  • Dalam kes kematian, wang jaminan akan dibayar kepada penama yang dinyatakan dalam polisi;
  • Sekiranya pemegang polisi mengalami hilang upaya kekal sehingga tidak boleh bekerja, wang jaminan akan dibayar kepada pemegang polisi.
  • Pemegang polisi sahaja yang akan menerima manfaat sekiranya memerlukan rawatan di hospital.
6. Golongan yang Disyorkan Ambil Insurans
  • Sesuai diambil untuk semua golongan – digalakkan untuk individu yang sudah berkahwin dan berkeluarga.
  • Semua golongan termasuk bayi dan kanak-kanak digalakkan untuk memiliki insurans kesihatan.
7. Pelepasan Cukai Pendapatan
  • Pemegang polisi insurans perubatan layak terima pelepasan cukai sehingga RM3,000.

Namun secara ringkas, bagi pemegang polisi insurans nyawa, penama-penama dalam polisi insurans akan menikmati manfaat kewangan sekiranya pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia. Dalam kes kecacatan kekal, pemegang polisi akan menerima wang manfaat.

Manakala bagi pemegang polisi insurans perubatan pula, manfaat kewangan tersebut akan dinikmati oleh pemegang polisi jika anda mengalami masalah kesihatan – untuk kos rawatan dan perubatan.

Insurans Nyawa vs Insurans Perubatan: Yang Mana Satu Perlu Anda Pilih?

Perlindungan insurans seperti insurans nyawa vs insurans perubatan memainkan peranan yang sangat penting. Ini kerana, tiada siapa yang dapat menjangkakan risiko dan kemungkinan yang boleh terjadi kepada anda pada masa akan datang.

Kemalangan kereta, kecederaan atau kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Meskipun insurans memainkan peranan yang penting, masih ramai yang belum memilikinya kerana beranggapan wang simpanan yang ada sudah mencukupi untuk menampung kos sekiranya berlaku apa-apa seperti kemalangan atau kematian.

Secara asasnya, persoalan perlu pilih yang mana antara insurans nyawa vs insurans perubatan bergantung sepenuhnya pada anda. Anda perlu ambil kira keadaan kewangan dan keperluan anda. Secara asasnya, penting untuk anda memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada insurans ini kerana anda tidak dapat menjangka risiko yang mungkin berlaku.

Namun begitu, lebih baik jika anda memiliki kedua-dua insurans nyawa vs insurans perubatan. Ini bagi memastikan anda memiliki masa depan dan kehidupan yang lebih baik dan lancar.

Untuk mendapatkan info dan penerangan lanjut berkaitan insurans nyawa dan insurans perubatan ini, layari laman web Qoala untuk tempah slot janji temu dengan ejen khidmat pelanggan Qoala. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans popular di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60