Insurans Kereta vs Insurans Kemalangan Peribadi di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui May 24, 2023 oleh Shafiq Wahab
Insurans Kereta vs Insurans Kemalangan Peribadi di Malaysia

Adakah penting untuk anda mendapatkan insurans kemalangan peribadi atau personal accident insurance? Walaupun anda berhati-hati, ada kemungkinan berlaku kemalangan apabila anda berada di jalan raya. Oleh sebab itu, insurans kemalangan diri adalah sesuatu yang anda patut pertimbangkan. Ramai dalam kalangan anda yang mungkin masih tidak menyedari bahawa insurans kereta hanya melindungi kerugian kenderaan anda dan tidak menyediakan perlindungan bagi kecederaan peribadi yang dialami sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Mengapa Insurans Kemalangan Peribadi Penting?

Secara asasnya, kedua-dua insurans kemalangan diri (atau peribadi) dan insurans kereta menawarkan perlindungan bagi kerugian kewangan anda. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan penting di antara kedua-duanya. Bagi membantu anda memahami konsep dengan lebih jelas, anda boleh rujuk definisi setiap insurans seperti berikut:

Apa Itu Insurans Kereta?

Seperti yang anda tahu, memiliki insurans kereta dan cukai jalan adalah wajib bagi setiap pemilik kereta di Malaysia. Anda tidak boleh memandu di jalan raya tanpa memiliki insurans kereta yang sah atau cukai jalan yang telah tamat tempoh.

Jika anda ditangkap memandu tanpa insurans atau cukai jalan yang sah, anda boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Umumnya, kecederaan, kecacatan kekal, atau kematian akibat daripada kemalangan jalan raya tidak dilindungi oleh polisi insurans kereta standard anda.

Insurans kereta hanyalah berperanan melindungi kewangan anda sekiranya berlaku kemalangan. Dalam erti kata lain, ia digunakan untuk membantu menampung kos kerosakan fizikal dan kos pembaikan kenderaan.

Ia dapat mengelakkan anda daripada mengeluarkan simpanan sendiri untuk membayar kos pembaikan kereta anda mahupun kereta pihak ketiga. Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kereta yang boleh anda pertimbangkan:

1. Perlindungan Pihak Ketiga

Polisi ini merupakan jenis perlindungan insurans kereta yang paling asas dan popular dalam kalangan pemilik kereta. Dengan perlindungan insurans kereta third-party ini, pemilik kereta dapat mengelakkan daripada membayar ganti rugi kerosakan kenderaan lain sekiranya terlibat dalam kemalangan.

2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran, dan Kecurian

Selain daripada perlindungan kepada pihak ketiga (manfaat sama seperti polisi insurans pihak ketiga), pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan untuk kerosakan yang berkaitan dengan kecurian atau kebakaran pada kenderaan sendiri.

3. Perlindungan Komprehensif

Dengan insurans kereta komprehensif atau insurans kereta first party, pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan untuk kos pembaikan kenderaan sendiri dan juga kos pembaikan kenderaan pihak ketiga bagi kerosakan fizikal dan kenderaan. Selain itu, pemilik kenderaan juga berhak mendapat perlindungan daripada kebakaran dan kecurian.

Perkara Penting Anda Perlu tahu Tentang Insurans Kemalangan Peribadi

Apa Itu Insurans Kemalangan Peribadi?

Ramai dalam kalangan anda mungkin tidak biasa dengan insurans PA atau insurans kemalangan diri ini. Secara asasnya, insurans kemalangan diri (atau insurans kemalangan peribadi) menawarkan perlindungan sekiranya berlaku kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kejadian yang bersifat kekerasan, tidak disengajakan dan sebagainya. Ia berbeza daripada insurans kesihatan dan insurans nyawa.

Perkara yang berlaku dalam hidup adalah sesuatu yang tidak boleh diramal dan berlaku di luar kawalan. Kemalangan misalnya, salah satu perkara luar jangkaan dan boleh mengubah kehidupan dan memberi kesan kepada kewangan anda. Lebih-lebih lagi jika anda satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.

Meskipun anda boleh berusaha untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku, adalah lebih baik jika anda membuat persediaan kewangan untuk melindungi diri dan keluarga anda sekiranya berlaku kemalangan. Insurans kemalangan peribadi berperanan dalam memberikan pampasan kewangan kepada anda sekiranya anda berdepan situasi seperti berikut:

  • Kematian akibat kemalangan;
  • Kecacatan kekal;
  • Kos atau belanja perubatan;
  • Manfaat hospitalisasi (kemasukan ke hospital);
  • Kos pengebumian;
  • Bayaran ganti rugi;
  • Manfaat penghantaran pulang.

Perbezaan antara Insurans Kereta dan Insurans Kemalangan Peribadi

Terdapat beberapa perbezaan penting antara insurans kemalangan peribadi dan insurans kereta. Bagi memudahkan anda, rujuk jadual perbezaan yang disenaraikan di bawah:

Insurans Kereta Insurans Kemalangan Peribadi
Wajib untuk pemilik kereta Tidak wajib kerana insurans kemalangan peribadi (atau insurans kemalangan diri) adalah perlindungan pilihan
Perlu diperbaharui setiap tahun Tidak perlu diperbaharui setiap tahun
Tidak melindungi anda daripada kecederaan atau kematian akibat kemalangan Menyediakan perlindungan bagi kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan
Jumlah perlindungan ditentukan oleh nilai pasaran atau nilai yang disetujui semasa pembaharuan insurans Had jumlah perlindungan adalah bergantung pada syarikat insurans
Harga premium insurans pada tahun berikutnya mungkin dikurangkan (berdasarkan kadar NCD kereta semasa)  Tiada pengurangan premium insurans

insurans kemalangan diri untuk perlindungan masa depan

Ini Masa Terbaik untuk Mendapatkan Insurans Kemalangan Peribadi untuk Perlindungan Masa Depan

Perlindungan kemalangan peribadi amat penting sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku kemalangan kerana ia melindungi anda daripada sebarang beban kewangan. Sekiranya anda merancang untuk mendapatkan insurans kemalangan peribadi tetapi anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh menjimatkan wang dengan menyertakannya dalam pelan insurans kereta anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insurans kemalangan peribadi atau insurans kereta, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan perlindungan insurans yang terbaik dan komprehensif untuk perlindungan anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60