Cara Semak Insurans Kereta 2024: Panduan Lengkap Pemilik Kenderaan

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Semak Insurans Kereta 2024: Panduan Lengkap Pemilik Kenderaan

Sebagai pemilik kenderaan di Malaysia, penting untuk anda semak insurans kereta secara berkala bagi memastikan polisi insurans kereta yang diambil adalah sah dan mencukupi. Ia sekali gus membolehkan pemilik kenderaan melindungi harta benda dan diri mereka daripada sebarang risiko kemalangan atau kerosakan yang tidak diingini.

Insurans Kereta di Malaysia: Cara Semak Insurans Kereta dan Maklumat Penting yang Perlu Diketahui

Semak insurans kereta adalah salah satu langkah bijak yang perlu dilakukan oleh pemilik kenderaan. Ia boleh membantu pemilik kereta memastikan bahawa polisi insurans yang disediakan untuk perlindungan kereta sentiasa aktif dan mencukupi. Kekurangan atau keabsahan insurans kereta boleh mengakibatkan risiko kerugian kewangan yang serius dan kesulitan dalam membuat tuntutan insurans jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Cara Semak Insurans Kereta di Malaysia

Semasa semak insurans kereta, pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa maklumat penting dalam polisi insurans adalah tepat dan lengkap. Beri perhatian kepada aspek-aspek berikut:

  • Butiran pemilik kenderaan;
  • Butiran pemandu tambahan (jika berkenaan);
  • Butiran polisi insurans seperti tarikh berkuat kuasa, tarikh tamat tempoh, jumlah perlindungan dan jenis perlindungan insurans.

Pemilik kenderaan juga perlu memahami terma dan syarat yang terkandung dalam polisi insurans termasuk perkara yang tidak dilindungi dan dilindungi insurans, serta prosedur untuk membuat tuntutan insurans jika berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini.

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Semak Insurans Kereta Online Melalui MyCarInfo

Secara asasnya, semakan insurans kereta adalah proses yang sangat mudah. Terdapat beberapa cara untuk semak status insurans kereta. Pemilik kenderaan hanya perlu memasukkan butiran kenderaan seperti nombor plat kereta, dan maklumat insurans yang relevan dengan anda akan dipaparkan.

Sebagai contoh, anda boleh semak maklumat berkaitan anda melalui portal MyCarInfo. Laman web seperti MyCarInfo menyediakan butiran penting berkaitan polisi insurans kereta anda seperti:

Berikut merupakan cara semak insurans kereta online melalui MyCarInfo untuk rujukan dan panduan anda:

  1. Layari laman web MyCarInfo;
  2. Kemudian, pilih perkhidmatan yang anda perlukan seperti Nilai Pasaran Kenderaan, Pertanyaan NCD, i-Carian dan Semakan Kenderaan;
  3. Untuk semak insurans kereta, pilih i-Carian;
  4. Isikan maklumat diperlukan seperti nombor pendaftaran kereta, nama dan e-mel anda, kemudian tekan Enquire;
  5. Maklumat berkaitan insurans kereta anda akan dipaparkan.

Semak Insurans Kereta Melalui Syarikat Insurans

Selain semak insurans kereta secara online, anda juga boleh semak insurans kereta anda dengan merujuk salinan polisi insurans kereta yang diberikan kepada anda semasa anda renew insurans kereta. Anda juga boleh hubungi ejen atau syarikat insurans anda.

Senarai Talian Bebas Tol Syarikat Insurans di Malaysia

Berikut merupakan senarai talian bebas tol syarikat-syarikat insurans di Malaysia yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan maklumat dan membuat semakan berkaitan polisi insurans kereta anda:

      • Allianz – 1 800 22 5542
      • Tokio Marine – 1 800 88 1301
      • MSIG – 1 300 88 0833
      • Zurich – 1 300 88 6222
      • Liberty – 1 300 88 5005
      • Lonpac – 1 300 88 1138
      • Pacific & Orient – 1 800 88 2121
      • RHB – 1 300 88 0881
      • MPI Generali – 1 800 22 2262
      • AIG – 1 800 88 8811
      • Kurnia – 1 800 88 3833
      • Generali Malaysia – 1 800 88 1033
      • AmAssurance – 1 800 88 6333
      • AIA Insurance – 1 800 88 8733
      • Berjaya Sompo – 1 800 18 8033
      • Takaful Malaysia – 1 800 88 8788
      • Etiqa Takaful – 1 800 88 6491
      • Takaful Ikhlas – 1 800 88 1186

cara semak insurans kereta: Insurans kereta berperanan melindungi kereta daripada sebarang risiko kemalangan atau kebakaran

Semak Polisi Insurans Kereta Anda untuk Ketenangan Fikiran

Pemilik kenderaan perlu memahami maklumat dalam polisi insurans dengan betul untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau ketidakfahaman yang boleh menyebabkan masalah semasa membuat tuntutan insurans. Anda digalakkan untuk sentiasa menyemak tarikh tamat tempoh dan butiran-butiran penting lain dalam pelan insurans anda bagi memastikan anda memperoleh perlindungan yang diperlukan.

Sebagai contoh, jika anda terlewat memperbaharui insurans kereta atau terlepas pandang butiran penting – ada kemungkinan tuntutan insurans anda akan ditolak syarikat insurans. Untuk memudahkan anda mendapatkan perlindungan insurans yang sewajarnya, anda boleh renew insurans dan cukai jalan kereta anda di Qoala.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, selamat dan cepat. Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia dan terima sebut harga percuma dengan pantas.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60