Insurans Kereta Paling Murah di Malaysia 2023

Kali terakhir diperbaharui May 21, 2023 oleh Ramen Hasniran
Insurans Kereta Paling Murah di Malaysia 2023

Insurans kereta memainkan peranan penting dalam melindungi diri anda dan kenderaan anda. Banyak polisi insurans sama ada insurans kereta paling murah atau paling menyeluruh (komprehensif) yang boleh anda pilih daripada syarikat insurans di Malaysia bergantung pada bajet dan keperluan anda.

8 Syarikat Insurans Kereta Paling Murah, Terbaik di Malaysia yang Boleh Anda Pertimbangkan

Secara amnya, polisi insurans kereta menawarkan perlindungan sekiranya berlaku sebarang risiko kemalangan yang menyebabkan kerugian. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan pelbagai pilihan produk dan pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda.

Berikut merupakan senarai lapan syarikat insurans terbaik di Malaysia (dengan tawaran insurans kereta paling murah) yang boleh dipertimbangkan jika anda ingin renew insurans kereta anda:

1. Insurans Kereta AXA

AXA boleh dikatakan peneraju global dalam melindungi aset pelanggan. Pelan insurans SmartDrive Enhanced Private Car sebagai contoh, menawarkan harga premium insurans berdasarkan risiko atau kadar kerugian (risk-based-pricing). Ini bermaksud, jika anda mempunyai profil risiko yang lebih selamat, anda berkemungkinan boleh menikmati harga premium insurans yang lebih rendah.

Selain itu, syarikat insurans kereta AXA juga menawarkan potongan dan diskaun-diskaun tertentu melalui kempen diskaun yang dijalankan. Klik di sini untuk tahu info lebih lanjut berkenaan produk insurans kereta AXA.

2. Insurans Kereta Zurich

Zurich Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian insurans dan takaful untuk memenuhi keperluan anda. Insurans kereta Zurich boleh dikatakan antara syarikat insurans yang menawarkan harga insurans kereta paling murah yang boleh anda pertimbangkan.

Sama seperti insurans kereta AXA, anda boleh nikmati penjimatan sehingga 10 peratus atau bayar kurang daripada kadar premium sepatutnya sekiranya berada dalam segmen berisiko rendah. Ini bermaksud, anda boleh miliki insurans kereta anda pada harga diskaun yang lebih murah.

Anda juga berpeluang mendapat diskaun untuk pembelian insurans kereta Zurich melalui kempen diskaun yang dianjurkan.

3. Insurans Kereta Tune Protect

Tune Protect menawarkan pelbagai jenis pelan perlindungan insurans untuk memenuhi keperluan setiap individu. Anda boleh memilih pelan insurans kereta yang paling sesuai untuk diri anda sendiri – anda boleh pilih mana-mana pelan insurans kereta AXA yang paling murah mengikut bajet anda.

Anda juga berpeluang mendapat ganjaran apabila anda jarang memandu (rebat sehingga 20 peratus daripada premium asas yang dibayar setelah polisi tamat). Cara ini sekali gus memberi anda lebih banyak penjimatan dan boleh membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.

4. Insurans Kereta Takaful Ikhlas

Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad merupakan syarikat takaful yang menawarkan perkhidmatan perlindungan berlandaskan prinsip dan hukum Syariah. Anda boleh mendapatkan perlindungan insurans kereta Takaful Ikhlas paling murah apabila anda renew insurans kereta secara online.

Selain itu, syarikat insurans Takaful Ikhlas juga menawarkan potongan atau diskaun antara 10 peratus hingga 25 peratus kepada pelanggan yang membuat langganan pelan Takaful kereta secara dalam talian. Klik di sini untuk tahu info lebih lanjut berkenaan produk insurans kereta AXA.

Perlindungan insurans yang komprehensif boleh membantu meringankan beban anda sekiranya ditimpa musibah.

5. Insurans Kereta Lonpac

Lonpac merupakan salah satu syarikat insurans paling dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana, syarikat insurans ini menawarkan kepelbagaian produk insurans serta servis perkhidmatan yang cemerlang.

Insurans kereta Lonpac menjamin padanan harga insurans yang kompetitif berbanding syarikat-syarikat insurans yang lain. Justeru, tidak hairanlah jika anda boleh mendapatkan insurans kereta paling murah di Lonpac (bergantung pada polisi anda).

6. Insurans Kereta Etiqa

Etiqa merupakan salah satu syarikat insurans yang terkenal di Malaysia. Etiqa menawarkan pelbagai pilihan perlindungan insurans yang boleh anda ambil seperti jaminan nyawa dan pengurusan harta untuk melindungi anda dan keluarga daripada sebarang risiko kewangan.

Kenapa insurans kereta Etiqa dikatakan sebagai salah satu syarikat insurans kereta paling murah? Ini kerana, ia menawarkan pengembalian wang tunai sebanyak 30 peratus apabila anda kurang memandu melalui kempen Drive Less Save More. Dengan penjimatan ini, ia semestinya satu pembelian yang berbaloi. Lebihan duit ini bolehlah disimpan dalam akaun simpanan atau untuk pelaburan.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapat diskaun 10 peratus untuk Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD kereta) jika pembelian insurans dilakukan secara dalam talian. Ia secara tidak langsung memberi penjimatan tambahan kepada anda.

7. Insurans Kereta RHB Insurance Berhad

RHB Insurance adalah salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia. Ia menyediakan pelan insurans lengkap mengikut bajet anda. Ini bermaksud, anda akan diberi pilihan untuk memilih mana-mana pelan bergantung pada kemampuan dan keperluan anda.

Jika anda membeli insurans kereta daripada RHB, anda berpeluang menikmati rebat pada premium kasar anda. Ia sekali gus menjadikan harga insurans kereta anda lebih murah. Jika anda renew insurans RHB di Qoala, anda juga boleh memanfaatkan diskaun platform ini selain diskaun sedia ada yang ditawarkan oleh RHB itu sendiri. Ia semestinya menawarkan penjimatan berganda-ganda!

8. Insurans Kereta AmGeneral

Kurnia Insurance kini dikenali sebagai AmGeneral Insurance. Ia menawarkan pelan perlindungan komprehensif yang melindungi kenderaan anda daripada kehilangan dan kerosakan akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian.

Selain itu, insurans kereta AmGeneral ini juga menawarkan perlindungan untuk liabiliti anda kepada pihak lain seperti kerosakan kenderaan, kecederaan atau kematian pihak lain.

Jika anda ingin renew insurans kereta AmGeneral untuk menikmati harga insurans kereta paling murah, anda boleh klik di sini untuk tahu info lebih lanjut berkenaan produk insurans kereta AmGeneral.

Bandingkan beberapa pilihan untuk membantu anda mendapatkan insurans kereta paling murah

Insurans Kereta Paling Murah: 7 Faktor Pengaruhi Harga Insurans Kereta

Secara asasnya, banyak faktor yang boleh mempengaruhi harga premium insurans anda. Faktor-faktor ini secara tidak langsung menentukan harga premium insurans kereta anda paling murah atau paling mahal.

1. Jenis & Model Kereta

Harga insurans kereta murah atau mahal akan berubah bergantung kepada jenis dan model kenderaan anda. Sebagai contoh, insurans kereta Perodua Axia lebih murah berbanding insurans kereta Perodua Myvi.

2. Harga Pasaran Kereta

Harga insurans kereta bagi kenderaan yang mempunyai nilai pasaran semasa yang lebih tinggi biasanya lebih mahal berbanding kereta dengan nilai pasaran semasa yang rendah.

3. Usia Kenderaan

Usia kereta turut memainkan peranan dalam menentukan sama ada insurans kereta paling murah atau mahal. Semakin berusia kereta itu, semakin murah harga insurans.

4. Perlindungan Tambahan

Perlindungan tambahan lain seperti perlindungan bencana alam (insurans kereta banjir), perlindungan cermin kereta juga mempengaruhi harga insurans kereta anda. Ini bermaksud, jika anda tambah perlindungan ini untuk kereta anda, harga premium akan menjadi lebih tinggi.

5. Kapasiti Enjin

Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal harga premium insurans. Sebagai contoh, harga insurans Perodua Myvi 1.5l lebih mahal berbanding harga insurans Perodua Myvi 1.3l.

6. Jenis Insurans Kereta

Insurans kereta (atau insurans motor) perlu diperbaharui terlebih dahulu bagi membolehkan anda memperbaharui cukai jalan. Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kereta yang boleh anda pertimbangkan seperti:

Insurans Kereta Komprehensif

Perlindungan Komprehensif (insurans first party) menawarkan perlindungan penuh untuk kereta anda. Polisi insurans ini menawarkan perlindungan pihak ketiga, kecurian dan kebakaran termasuk perlindungan tambahan pada kenderaan anda sendiri.

Dalam erti kata lain, perlindungan ini bukan sahaja melindungi pihak ketiga (pemandu lain) tetapi turut melindungi pihak anda.

Insurans Pihak Ketiga dengan Perlindungan Kebakaran dan Kecurian

Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga untuk kecederaan atau kematian, kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Selain itu, ia turut melindungi kereta anda daripada risiko kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian.

Insurans Pihak Ketiga

Insurans Pihak Ketiga (insurans kereta third party) menawarkan perlindungan asas untuk kereta anda. Insurans Pihak Ketiga boleh dikatakan sebagai polisi insurans kereta paling murah atau paling berpatutan yang boleh anda beli.

Faktor harga ini dipengaruhi oleh liputan dan faedah perlindungan yang sedikit. Polisi insurans ini hanya menawarkan perlindungan terhadap kerosakan pada kenderaan pihak ketiga, harta peribadi dan kecederaan fizikal.

Perlindungan Pihak Ketiga merupakan perlindungan minimum yang diperlukan oleh pemilik kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan untuk memandu secara sah di jalan raya.

7. Lokasi Kenderaan

Harga insurans kereta di Semenanjung Malaysia biasanya lebih tinggi berbanding harga insurans kereta di Sabah dan Sarawak. Faktor ini diambil kira berdasarkan keadaan trafik di Semenanjung Malaysia yang sibuk dan sering berlaku kemalangan.

insurans kereta paling murah: Cara Claim insurans kereta kemalangan

Renew Insurans Kereta Paling Murah di Qoala untuk Mendapatkan Perlindungan Komprehensif

Insurans kereta paling murah semestinya membolehkan anda menikmati penjimatan yang lebih baik. Meskipun begitu, jangan hanya memilih insurans paling murah semata-mata untuk mengelakkan anda daripada berdepan risiko kerugian.

Pertimbangkan banyak perkara dan lakukan penyelidikan terlebih dahulu supaya anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Jadi, luangkan sedikit masa untuk memperhalusi pilihan anda dan buat keputusan yang terbaik.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan cara lain untuk menjimatkan wang anda – renew insurans kereta di Qoala. Beli insurans kereta di Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan!

Sempena Ramadan dan Hari Raya ini, Qoala menganjurkan kempen Raya Lagi Onzzz! yang menawarkan diskaun dan hadiah menarik untuk pelanggan bertuah.

  • Beli Insurans Online – Proses beli atau renew insurans kereta boleh dilakukan dengan mudah dari rumah tanpa anda perlu keluar ke pejabat Pos atau kaunter JPJ.
  • Banding Produk Insurans – Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia.
  • Terima Sebut Harga – Terima sebut harga percuma sepantas kilat untuk membantu melindungi kereta anda dengan lebih baik.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans online terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60