Elakkan Beli Kereta Banjir, 4 Tanda Kerosakan Kereta Anda Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui Jun 20, 2023 oleh Syazwani Yahya
Elakkan Beli Kereta Banjir, 4 Tanda Kerosakan Kereta Anda Perlu Tahu

Beli kereta banjir merupakan salah satu risiko yang dihadapi oleh pembeli kereta terpakai. Bagi yang kurang berpengalaman, tanda-tanda kerosakan kereta tenggelam banjir agak sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Apabila beli kereta banjir, ia bukan sahaja boleh mendatangkan masalah dan risiko dari segi kualiti, tetapi turut memberi impak dari sudut kewangan.

Beli Kereta Banjir: Tanda-tanda Kereta Terpakai Ditenggelami Air Banjir

Bagaimana cara untuk anda kesan kereta yang ingin anda beli pernah tenggelam banjir? Sebagai pembeli kereta terpakai, anda disarankan untuk lakukan pemeriksaan menyeluruh dan dapatkan laporan pemeriksaan kereta jika perlu. Ia bagi memastikan anda membuat keputusan pembelian yang bijak dan selamat. Berikut adalah tanda-tanda beli kereta banjir yang anda perlu tahu:

1. Ada Bau Kurang Menyenangkan

Cara paling mudah untuk elakkan anda daripada beli kereta banjir ialah dengan menghidu bahagian dalaman kereta. Bahagian dalaman kereta mempunyai komponen yang mudah menyerap air seperti karpet dan tempat duduk kereta. Kereta yang pernah tenggelam banjir biasanya mempunyai bau hapak dan tidak menyenangkan.

2. Kesan Karat yang Ketara

Ada sesetengah pemilik kereta akan membersihkan kereta sepenuhnya sebelum jual kereta terpakai. Jadi, anda mungkin tidak akan berdepan situasi bau hapak dalam kereta. Antara cara lain yang boleh dilakukan ialah periksa bahagian logam kereta sama ada terdapat kesan karat yang ketara.

Anda perlu memeriksa dengan teliti bahagian tertentu kereta seperti bawah kereta, rangka dan komponen yang terdedah kepada karat akibat banjir seperti bonet atau ekzos kereta. Bahagian-bahagian ini biasanya terjejas apabila kereta ditenggelami banjir.

tips elakkan beli kereta banjir

3. Kerosakan pada Komponen Elektronik

Kebanyakan kereta moden hari ini dilengkapi dengan pelbagai komponen elektronik. Apabila kereta tenggelam banjir, komponen-komponen ini terdedah kepada risiko kerosakan. Periksa setiap komponen elektrik kereta seperti lampu kereta, tingkap kuasa (power window), sistem audio dan sebagainya.

Sebelum beli kereta banjir, pastikan adan memeriksa semua komponen ini berfungsi dengan baik dan tiada mana-mana lampu amaran kereta menyala semasa enjin kereta dihidupkan.

Jika anda mengesan masalah sebegini, minta nasihat atau pandangan daripada mekanik atau kawan anda yang berpengalaman.

4. Lakukan Pemeriksaan Sejarah Kereta

Pastikan anda memeriksa sejarah kenderaan yang ingin dibeli dengan teliti. Periksa sama ada terdapat catatan atau laporan yang menunjukkan bahawa kereta tersebut pernah mengalami kerosakan akibat banjir.

Jika terdapat catatan yang mencurigakan atau jika pemilik kereta sebelumnya tidak dapat memberikan maklumat yang memuaskan tentang sejarah kereta, anda perlu berhati-hati. Ada sesetengah pemilik yang menyembunyikan kebenaran bagi memastikan kereta berjaya dijual.

Beli Kereta Secondhand: Bahaya Beli Kereta Pernah Tenggelam Banjir

Beli kereta banjir boleh menyebabkan pelbagai masalah dan risiko kepada pembeli kereta. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan tawaran kereta murah yang tidak masuk akal kerana ia mungkin melibatkan kereta yang pernah ditenggelami banjir. Berikut adalah antara bahaya membeli kereta yang pernah ditenggelami banjir:

1. Risiko Masalah Elektrik

Kereta yang pernah ditenggelami banjir boleh menghadapi masalah serius dalam sistem elektrik. Kerosakan pada komponen elektrik seperti kabel, soket dan kawalan elektronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi yang berpotensi membahayakan keselamatan anda.

2. Kerosakan Struktur Kereta

Banjir juga boleh menyebabkan keretakan pada struktur kereta terutamanya pada bahagian kerangka atau bawah kereta. Isu ini mungkin tidaklah terlalu ketara pada pandangan mata, tetapi ia boleh mengurangkan kekuatan dan kestabilan kereta. Kerosakan struktur juga boleh meningkatkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan di jalan raya.

Semak enjin kereta terpakai untuk elakkan anda beli kereta banjir

3. Kerosakan Enjin Kereta

Air banjir yang masuk ke bahagian enjin kereta akan bercampur dengan minyak. Air banjir yang terperangkap dalam enjin dan sistem mekanikal kereta boleh menyebabkan masalah enjin yang serius. Untuk membaiki kereta tenggelam banjir, anda perlu membelanjakan kos yang sangat tinggi. Selain itu, tiada jaminan kereta dapat berfungsi tanpa sebarang masalah pada masa akan datang.

4. Masalah Kesihatan kepada Pemilik dan Penumpang

Kereta tenggelam banjir yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan masalah kesihatan. Air banjir dipenuhi dengan kotoran, lumpur dan bakteria yang tidak dapat dilihat. Jika tidak dibersihkan sempurna, kehadiran bahan-bahan asing ini boleh menjejaskan kualiti udara dalam kereta dan membahayakan kesihatan.

Keadaan kereta yang lembab akibat banjir juga boleh menyebabkan kewujudan kulat yang mungkin akan mendatangkan masalah pernafasan kepada pemandu dan penumpang jika dibiarkan.

5. Kerosakan Jangka Panjang

Kereta yang pernah tenggelam banjir mungkin menghadapi masalah kerosakan komponen kereta yang kronik. Jika kerosakan ini tidak dapat dikesan atau tidak diperbaiki dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah kerosakan yang berulang dan menyebabkan kos pembaikan yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan nilai jualan kereta dan menyebabkan masalah kewangan dalam jangka masa panjang.

Beli Kereta Terpakai di Platform Dipercayai, Renew Insurans Kereta Banjir di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Sebagai pembeli, penting untuk anda mengambil kira risiko-risiko yang mungkin dihadapi sekiranya anda beli kereta banjir. Sekiranya anda ragu-ragu atau tidak yakin, dapatkan pandangan profesional atau lakukan pemeriksaan kereta secara menyeluruh sebelum membuat keputusan pembelian.

Anda disarankan untuk lakukan pemeriksaan kereta bagi memastikan anda membuat keputusan pembelian yang bijak dan selamat. Beli kereta banjir secara asasnya mendedahkan anda kepada banyak risiko. Anda berkemungkinan akan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang jika berlaku kerosakan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan seperti insurans kereta banjir, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta dengan tawaran harga insurans kereta yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60