Lampu Kereta: Jenis & Tips Penjagaan

Kali terakhir diperbaharui Nov 22, 2023 oleh Shafiq Wahab
Lampu Kereta: Jenis & Tips Penjagaan

Tanpa lampu kereta, tak boleh lah kita drive malam-malam. Betul tak? Nampak macam benda biasa, tapi lampu kereta ni salah satu elemen kereta yang selalu diabaikan. Lagi satu, zaman sekarang, lampu kereta bukan saja berfungsi sebagai penerang, tapi boleh juga menjadi salah satu aksesori kereta untuk mencantikkan penampilan kereta.  Seiring perkembangan zaman, di pasaran ada banyak jenis lampu untuk kereta dan fungsinya juga pelbagai. Jadi apakah jenis dan fungsi lampu kereta sebenarnya?

Jenis-jenis Lampu Kereta & Kegunaannya

Perkembangan teknologi semakin cepat. Kalau dulu memiliki kereta hanya keperluan pengangkutan tetapi kini fungsi kereta sudah berubah. Ada orang beli kereta sebab memang memerlukan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ada orang beli kereta hanya untuk menambah koleksi dan perkara ini melibatkan cara penyelenggaraan dan penggunaan kereta tersebut.

Tetapi lain halnya bila fungsi kereta adalah sebagai koleksi, maka komponen yang ditambahkan lebih pada nilai artistik atau keindahan selain fungsi utama. Macam tu juga lah komponen lampu kereta. Lampu merupakan bahagian komponen yang penting. Selain memberi pencahayaan,  aksesori untuk mencantikkan kereta  juga mempunyai berbagai fungsi, baik bagi pemandu atau orang lain.

Jom, ketahui jenis-jenis lampu kereta dan kegunaannya.

Lampu Kereta Jenis Halogen

Lampu kereta jenis halogen ni merupakan model lampu paling banyak yang digunakan dalam kereta. Kebiasaannya, lampu halogen ni dipasang sebagai lampu utama. Kekuatan yang dihasilkan lampu halogen ini antara 35-55 watt.

Untuk pengetahuan korang, lampu kereta jenis halogen ni bekerja dengan cara mengoperasikan filamen pada suhu yang tinggi. Lampu halogen ni menggunakan filamen seperti lampu pijar pada umumnya, dalam pengoperasian filamen ini dapat menghasilkan cahaya atau pijar yang lebih terang.

HID (High Intensity Discharge)

So, apa yang membezakan lampu kereta halogen dengan high intensity discharge ni?

Basically, lampu high intensity discharge ni dibuat tanpa menggunakan filamen. Cahaya yang dihasilkan dari pengapian gas Xenon yang berada dalam tabung. Meskipun tanpa filamen, cahaya yang dihasilkan lebih terang dibandingkan dengan lampu halogen serta lebih tahan lama meskipun tanpa daya yang tinggi.

Masalahnya, kalau kereta korang guna lampu kereta jenis high intensity discharge ni and nak ganti, lampu jenis ni perlukan arus elektrik yang berbeza, sehingga prosesnya agak rumit kerana perlu menggunakan ballast untuk seimbangkannya.

LED (High Emitting Diodes)

Mungkin dah ramai tahu pasal lampu LED yang dikenali sebagai lampu penerang dalam ruangan.Pada kendaraan bermotor, lampu jenis ini biasa digunakan untuk brek dan juga pada plat motor. Tapi sekarang ni, lampu LED juga sering digunakan sebagai lampu utama.

Antara kelebihan lampu kereta LED ni adalah dengan hanya menggunakan tenaga yang lebih kecil, ia dapat menghasilkan intensiti cahaya yang lebih terang dan kuat berbanding lampu high intensity discharge. Dan disebabkan itulah ramai pemilik kereta menggunakan lampu kereta jenis ni.

Walau bagaimanapun, untuk pemasangannya membutuhkan penambahan relay dan kit penukaran yang biasanya sudah merupakan satu paket dalam pembelian lampu LED. Lampu LED sendiri ada pelbagai jenis antaranya:

  • LED Limited, biasa digunakan sebagai lampu utama kerana memiliki daya yang tinggi.
  • LED Cree, merupakan lampu tambahan yang biasa digunakan pada brek dan juga lampu membelok.
  • LED COB (chip and board), lampu ini merupakan susunan deretan chips dalam satu papan dan biasa digunakan sebagai lampu platform kabin.

Jenis Lampu Berdasarkan Fungsi

Okay, satu lagi info. Korang juga boleh bezakan jenis lampu kereta mengikut material lampu dan juga fungsinya.

Lampu Siang (Daytime Running Lamp)

Lampu siang atau daytime running lamp ni lampu yang kena dinyalakan apabila ketika kereta berjalan pada siang hari. Bergantung kepada peraturan serta peralatan kenderaan, fungsi lampu pencahayaan siang mungkin boleh diimplementasikan dengan lampu khusus yang berfungsi, dengan mengendalikan lampu kepala suluhan rendah atau lampu kabus pada intensiti penuh atau dikurangkan, dengan mengendalikan lampu kepala suluhan tinggi pada intensiti dikurangkan, atau dengan pengendalian berterusan lampu isyarat membelok hadapan.

Kalau dibandingkan dengan mana-mana mod operasi lampu kepala untuk dijadikan sebagai lampu pencahayaan siang, DRL khusus yang berfungsi memaksimakan faedah berpotensi dari segi prestasi keselamatan serta mengurangkan penggunaan bahan api, silau, serta kelemahan lain yang berpotensi.

Lampu ni berada pada lampu kepala dan akan langsung menyala apabila penghidup ditekan. Agar lebih jimat, lampu kota sering menggunakan lampu jenis LED.

Lampu Belakang (Tail Lights)

Lampu belakang berwarna merah yang merupakan isyarat pada kenderaan belakang, bahawa kereta akan berhenti. Lampu ini terletak di bahagian belakang kereta dan berada satu suis dengan lampu senja. Lampu yang digunakan biasanya adalah jenis lampu LED kerana terkesan mewah dan futuristik.

Lampu Suluh Rendah (Low Beam)

Fungsi utama dari lampu dekat untuk menerangi jalan depan kereta dalam jarak pendek sekitar 5 meter. Low beam biasa digunakan pada malam hari di jalan yang ramai serta terang atau cukup pencahayaannya.

Lampu Suluh Tinggi (High Beam)

Berbeza dari lampu dekat, lampu jauh digunakan saat perjalanan malam hari dengan situasi jalan sepi serta gelap. Jarak jangkauan dari lampu ini sekitar 10 meter. Jenis high beam yang digunakan biasanya dari halogen dan berada satu suis dengan lampu dekat.

Untuk pengetahuan korang, lampu suluh tinggi (high beam) ni tak boleh digunakan secara sembarangan. Ini kerana ia mampu mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan korang melihat cermin pandang belakang.

Korang hanya patut menggunakan lampu suluh tinggi apabila tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama.

Kalau korang perasan ada ekor cahaya daripada pemandu hadapan, cepat-cepat rendahkan cahaya lampu untuk mengelak pemanduan mereka terganggu. Malah, bukan pemandu sahaja boleh buta akibat perbuatan korang, pengguna jalan raya seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal turut mengalami nasib sama. Kita dinasihatkan untuk bertimbang rasa dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Lampu Kereta Jenis Lampu Kabus (Fog Lamps)

Lampu kereta jenis kabus ni perlu digunakan sekiranya korang dalam situasi jalan berkabus, cuaca ribut, hujan lebat atau pun jerebu. Ini kerana situasi-situasi itu dapat menjejaskan penglihatan dan inilah kegunaan lampu kabus.

Lampu kabus akan membantu korang mencerahkan sudut jalan di hadapan dan tepi, sekali gus meningkatkan kejelasan pemanduan.

Lampu kabus berada pada depan dan juga belakang kereta. Ciri baru lampu kabus belakang pula dicipta untuk meningkatkan kejelasan kereta supaya mudah dilihat pemandu belakang. Ia direka khas untuk membantu pemandu di Eropah yang berdepan masalah kabus atau kabut teruk ketika musim salji, di mana jarak penglihatan menyamai situasi jerebu tahap darurat di Malaysia.

Lampu kabus belakang kebanyakannya lebih terang berbanding lampu kabus depan. Malah, tahap silau mencecah kira-kira 30 kali ganda berbanding lampu biasa. Jadi, tolong pasang apabila perlu sahaja!

Lampu Kereta Jenis Lampu Bahaya (Hazard Lights)

Selalu kan kita tengok orang lain gunakan lampu bahaya atau hazard lights semasa memandu ddalam hujan? Sebenarnya salah. Ini kerana lampu kereta jenis lampu bahaya ni pula digunakan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai bahaya yang sedang berlaku sama ada membabitkan kenderaan sendiri atau orang lain. Ia digunakan apabila kereta korang terkandas atau berhenti seketika disebabkan ada gangguan di hadapan.

Bila korang gunakan lampu hazard dalam keadaan kereta masih dan sedang bergerak, korang boleh menyebabkan kereta belakang menekan brek secara mengejut dan mendatangkan impak perlanggaran domino dengan kenderaan-kenderaan lain di belakang.

Lampu Kereta Jenis Lampu Brek

Lampu brek mempunyai ciri khas iaitu biasanya berwarna merah. Lampu ini terletak di belakang yang bertujuan memberi tanda pada pemandu lain kereta anda akan berhenti. Lampu ini akan menyala terang saat pedal brek dipijak. Jadi sentiasa perhatikan kesemua lampu brek anda menyala begitu juga lampu brek ketiga.

Lampu Signal

Lampu signal adalah salah satu lampu yang menjadi kontroversi. Lampu signal merupakan lampu isyarat pada kenderaan lain bahawa kereta akan membelok ke kanan atau kiri. Lampu ini diharuskan berwarna kuning sebagai tanda kenderaan di belakang untuk pelan-pelan dan hati-hati.

Sayangnya ramai yang masih tidak tahu fungsi lampu ini dan membelok hanya dengan niat.

Lampu Kabin

Satu-satunya lampu yang berada di dalam dalam kereta yang digunakan untuk penerangan malam hari. Lampu kabin biasanya berwarna kuning redup agar tidak mengganggu pandangan kenderaan yang ada di belakangnya.

Ternyata ada banyak sekali jenis lampu untuk kereta, baik dilihat dari bahannya, mahupun dari kegunaannya. Bagi pecinta automotif, bebas untuk memilih jenis lampu untuk mencantikkan kereta asalkan tetap sesuai dengan peraturan yang ditetapkan.

lampu kereta high beam

Tips Kilatkan Lampu Kereta

Bila kereta dah meningkat usia, banyak elemen kereta dah mula lusuh. Lampu salah satunya.

Tanda-tanda lampu dah lusuh ni apabila korang nampak ada kesan kekuningan dan kusam. Puncanya? Terjadinya kusam pada lampu hadapan ini adalah disebabkan oksida dan ia boleh membuatkan cahaya lampu menjadi lebih malap apabila memandu pada waktu malam, berkabus tebal dan hujan lebat. Memang bahaya!

Ini antara tips kilatkan lampu kereta yang boleh kami kongsikan:

  1. Sediakan tiga bahan, kertas pasir gred 600 dan gred 1000, pengilat besi dan juga air.
  2. Gunakan kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kusam.
  3. Gosok dengan menggunakan air. Masa ini anda akan nampak kesan kotor dan kuning itu mulai tertanggal.
  4. Setelah menggosok, lap dan keringkan lampu terlebih dahulu. Pastikan kesan kuning semakin berkurangan.
  5. Gosok sekali lagi dengan kertas pasir gred 1000. Boleh juga gunakan kertas pasir gred 1500 atau 2000. Ulangi cara yang sama, gosok dengan menggunakan air.
  6. Setelah selesai menggosok dengan kertas pasir gred 1000, lap dan keringkan lampu tersebut.
  7. Gosok lampu menggunakan pengilat besi. Boleh didapati di mana-mana kedai hardware. Harga dalam lingkungan RM8-RM12 (bergantung kepada kedai).
  8. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain. Nak dapat kesan lebih cantik cuba gosok dengan kertas surat khabar. Masa ini dah mula nampak lampu kereta anda dah kembali berkilat.
  9. Teruskan menggilap sehingga lampu betul-betul cerah.

Sampai di sini saja perkongsian yang dapat kami kongsikan. Kalau korang nak dappatkan pemanduan yang jelas dan baik, jangan lupa untuk sentiasa periksa kondisi lampu kereta.

Nak buat pembaharuan roadtax dan insurans kereta? Lakukannya dengan Qoala. Dengan harga yang murah, dan servis yang pantas, korang pasti akan berpuas hati!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60