4 Syarat Penjamin Pinjaman yang Anda Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui May 9, 2023 oleh Hariz Hafiz
4 Syarat Penjamin Pinjaman yang Anda Perlu Tahu

Anda mungkin pernah berdepan situasi kawan atau ahli keluarga meminta anda untuk menjadi penjamin pinjaman yang mereka lakukan. Tidak kira sama ada pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman kereta, tidak semua individu layak menjadi penjamin dan ada syarat penjamin pinjaman yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, jika nak beli kereta, perlu melepasi syarat penjamin pinjaman kereta yang ditetapkan.

Baca Perkara Penting Tentang Syarat Penjamin Pinjaman Ini Sebelum Jadi Penjamin

Secara asasnya, penjamin pinjaman merujuk pada individu yang bertanggungjawab membayar baki hutang pinjaman jika peminjam gagal bayar balik pinjaman. Sebelum anda menandatangani apa-apa dokumen pinjaman, penting untuk anda ketahui tanggungjawab sebagai penjamin, syarat penjamin pinjaman dan perkara-perkara lain berkaitan penjamin pinjaman, seperti berikut:

1. Syarat Penjamin Pinjaman

Seperti dinyatakan di atas, tidak semua individu layak atau boleh menjadi penjamin. Namun secara ringkasnya, anda perlu mematuhi syarat kelayakan atau syarat penjamin pinjaman yang ditetapkan oleh pihak bank. Biasanya, pihak bank menetapkan syarat penjamin pinjaman asas seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Berfikiran waras dan berkeupayaan (dari segi mental) untuk memahami tanggungjawab, dokumen penjamin dan tanggungjawab sebagai penjamin;
  • Tidak dipaksa untuk menjadi penjamin – bersetuju secara sukarela tanpa paksaan, penipuan atau kesilapan;
  • Tidak berstatus muflis.

Namun begitu, meskipun anda memenuhi kesemua syarat penjamin pinjaman, ini tidak bermaksud pihak institusi kewangan akan meluluskan semua permohonan anda sebagai penjamin pinjaman.

Pihak bank masih akan menilai faktor-faktor tambahan lain seperti jumlah pendapatan, komitmen bulanan, rekod dan sejarah kredit dan lain-lain.

Jika penjamin pinjaman mempunyai komitmen hutang yang tinggi atau tidak mempunyai apa-apa aset untuk dicagarkan, besar kemungkinan permohonan untuk menjadi penjamin pinjaman akan ditolak.

2. Jenis Penjamin Pinjaman

Penjamin pinjaman terbahagi kepada dua kategori – penjamin pinjaman sosial dan penjamin pinjaman bukan sosial. Berikut panduan untuk membantu anda memahami perbezaan kedua-dua kategori ini:

Penjamin Sosial

Penjamin sosial merujuk pada individu yang memberi jaminan kepada peminjam bukan untuk tujuan keuntungan atau komersial. Sebagai contoh, anda menjadi guarantor untuk menolong ahli keluarga atau kawan tanpa kepentingan kewangan atau tujuan keuntungan seperti beli kereta, beli rumah atau mendapatkan biasiswa.

Penjamin Bukan Sosial

Penjamin bukan sosial pula merujuk pada kategori selain penjamin sosial yang dinyatakan di atas. Biasanya, ia melibatkan pinjaman dengan kepentingan keuntungan seperti pinjaman peribadi, pinjaman komersial atau penjamin pinjaman perniagaan.

Penjamin Pinjaman di Malaysia

3. Hak Sebagai Penjamin Pinjaman

Jika anda bersetuju untuk menjadi penjamin bagi apa-apa pinjaman bank, anda mempunyai hak-hak tertentu sebagai penjamin pinjaman. Hak ini berperanan dalam melindungi penjamin dan mengelakkan anda daripada berdepan sebarang risiko kewangan:

Sebelum Tandatangan Dokumen Penjamin Pinjaman

Berikut antara hak anda sebagai penjamin sebelum anda menandatangani sebarang kontrak jaminan:

      1. Anda mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat guaman sebelum menandatangani sebarang dokumen pinjaman. Walau bagaimanapun, kos atau fi guaman perlu ditanggung sendiri;
      2. Anda boleh memohon untuk mendapatkan salinan surat, kontrak jaminan atau apa-apa dokumen berkaitan pinjaman daripada institusi kewangan.

Selepas Tandatangan Dokumen Penjamin Pinjaman

Berikut pula merupakan hak anda sebagai penjamin selepas anda tandatangan dokumen penjamin pinjaman:

      1. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan akaun pinjaman seperti baki tertunggak daripada institusi kewangan dengan kebenaran daripada peminjam;
      2. Anda juga boleh meminta peminjam untuk buat bayaran balik hutang pinjaman seperti dijadualkan. Namun begitu, ia tertakluk kepada syarat pinjaman. Anda perlu menggunakan hak ini sebelum institusi kewangan mengeluarkan notis tuntutan pinjaman;
      3. Hak untuk menuntut bayaran ganti rugi daripada peminjam bagi apa-apa kos yang telah dikeluarkan kepada pemiutang termasuk kos guaman. Dalam erti kata lain, anda boleh claim daripada peminjam apa-apa jumlah yang telah anda bayar menggunakan duit anda.

4. Risiko Jadi Penjamin Pinjaman

Kenal pasti dan fahamkan betul-betul bukan sahaja syarat penjamin pinjaman, tetapi risiko yang mungkin anda hadapi sebagai penjamin. Lebih-lebih lagi jika peminjam gagal bayar semula pinjaman seperti dijadualkan. Penting untuk anda tidak menandatangani apa-apa dokumen pinjaman, jika:

  • Anda ragu-ragu dengan pinjaman tersebut – seperti pinjaman tidak beri manfaat kewangan, tidak perlu atau digunakan untuk tujuan tidak bermoral;
  • Anda tidak yakin dengan kemampuan peminjam untuk menyelesaikan pinjaman;
  • Anda didesak atau dipaksa menjadi penjamin pinjaman;
  • Anda tidak faham syarat penjamin pinjaman dan tidak mendapat khidmat nasihat sewajarnya;
  • Anda tidak yakin mampu menjelaskan hutang pinjaman jika peminjam gagal bayar balik.

Setelah anda tandatangan dokumen sebagai penjamin, anda terikat dengan kontrak pinjaman dan tertakluk pada prosedur undang-undang. Ini bermaksud, sebarang risiko yang mungkin timbul perlu ditanggung sepenuhnya oleh anda.

syarat penjamin pinjaman kereta di Malaysia

Kenal Pasti Risiko Sebagai Penjamin Pinjaman untuk Ketenangan

Penjamin pinjaman boleh terbeban dengan risiko hutang sekiranya peminjam gagal bayar balik hutang mengikut jadual. Ia secara tidak langsung boleh menjejaskan skor kredit dan menyukarkan pinjaman anda untuk diluluskan. Dalam kes-kes tertentu, nama anda mungkin kena blacklist atau disenaraihitamkan oleh pihak bank atau institusi kewangan.

Oleh sebab itu, anda perlu fikir dengan teliti sebelum bersetuju untuk menjadi penjamin pinjaman meskipun anda melepasi syarat penjamin pinjaman yang ditetapkan. Selain itu, jika anda ingin dapatkan polisi perlindungan insurans yang komprehensif untuk diri anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang menawarkan pelbagai pilihan insurans terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

One comment

  1. Salam tuan…sy ingin bertanya…mak sy telah menjadi penjamin Dan terpaksa membayar pinjaman sehingga selesai. Adakah mak sy perlu membayar kepada peminjam yg asal jumlah yg telah dia byr kepada bank sebelum mak sy start bayar sebagai penjaminnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60