6 Langkah Mohon Pinjaman Perniagaan di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Oct 2, 2023 oleh Shafiq Wahab
6 Langkah Mohon Pinjaman Perniagaan di Malaysia

Selain memohon bantuan perniagaan daripada agensi-agensi kerajaan, anda juga boleh membuat pinjaman perniagaan dengan pihak bank untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih baik. Artikel ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan serta bank-bank terbaik untuk anda mohon pinjaman perniagaan atau business loan di Malaysia.

Bagaimana Pinjaman Perniagaan Boleh Membantu Bisnes Anda? 

Sebagai pemilik bisnes, banyak perkara yang perlu difikirkan terutama sekali bab-bab kewangan bisnes anda. Anda perlu fikirkan kos-kos operasi seperti bayar gaji bulanan pekerja, bayaran bulanan sewa pejabat, pembayaran cukai, pemasaran dan banyak lagi. Dengan kata lain, akaun perniagaan atau kewangan syarikat perlu berada dalam keadaan yang kukuh dalam menentukan kejayaan bisnes anda.

Pinjaman perniagaan merupakan satu produk kewangan khusus untuk pemilik perniagaan. Jumlah pinjaman yang anda boleh pinjam bergantung kepada saiz syarikat anda, pusing ganti pekerja tahunan (turnover), klasifikasi perniagaan dan kriteria penilaian bank. Pinjaman perniagaan boleh dilihat sebagai satu langkah yang praktikal sekiranya tujuan anda adalah:

  • Mengembangkan operasi;
  • Menambah baik peralatan;
  • Mengambil lebih ramai pekerja.

Hutang pinjaman perlu dibayar semula kepada pihak bank mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui. Jumlah pinjaman yang anda bayar termasuk sekali dengan caj faedah daripada pihak peminjam. Kebiasaannya, kadar faedah dikenakan sepadan dengan profil risiko perniagaan anda. Contohnya, risiko perniagaan yang lebih tinggi akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

pinjaman perniagaan kecil

Cara Mohon Pinjaman Perniagaan 

Memohon pinjaman perniagaan mempunyai caranya yang tersendiri dan ia berbeza dengan permohonan pinjaman peribadi, loan kereta dan sebagainya. Kebiasaannya, tempoh permohonan pinjaman perniagaan mengambil masa dari beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum ia boleh diluluskan. Berikut adalah langkah yang perlu anda ambil untuk mohon pinjaman perniagaan:

1. Tentukan Jumlah Pinjaman yang Diperlukan

Anda perlu kenal pasti tujuan spesifik anda memohon pinjaman ini. Mungkin anda mahu menambah pekerja, membuat kerja penambahbaikan atau lain-lain. Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman secara online untuk kenal pasti jumlah pinjaman yang anda perlukan.

2. Sediakan Pelan Bisnes untuk Pihak Bank

Masukkan sekali butiran pelan bisnes secara terperinci dalam permohonan pinjaman akan membantu loan anda untuk diluluskan dengan lebih mudah. Hal ini kerana, pihak bank boleh membuat penilaian dengan lebih baik. Pelan bisnes yang bagus dan realistik akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman perniagaan anda untuk diluluskan.

3. Pertimbangkan Terma dan Syarat Pinjaman

Setiap bank menetapkan terma dan syarat yang berbeza-beza. Disebabkan ini, anda perlu pastikan yang anda betul-betul fahami perkara ini sebelum membuat keputusan untuk memilih bank terbaik. Oleh sebab itu, anda perlu tahu kemampuan bisnes anda untuk membayar semula jumlah pinjaman. Pemberi pinjaman akan menentukan kadar pembayaran bulanan anda berdasarkan pelbagai faktor seperti:

  • Jenis pinjaman;
  • Keuntungan perniagaan;
  • Jenis perniagaan;
  • Tempoh perniagaan beroperasi;
  • Pendapatan pemilik perniagaan;
  • Sejarah kredit.

4. Pilih Jenis Pinjaman Perniagaan yang Sesuai

Keputusan seterusnya yang perlu anda buat adalah memilih jenis pinjaman yang sesuai untuk matlamat perniagaan anda. Terdapat pelbagai jenis pinjaman perniagaan yang anda boleh mohon dan setiap pinjaman mempunyai kelebihan yang tersendiri.

5. Sediakan Dokumen yang Diperlukan

Anda perlu menyediakan dokumentasi yang komprehensif yang mengandungi segala aktiviti dan keadaan kewangan syarikat anda. Proses ini akan membantu pihak bank menilai sama ada bisnes anda memenuhi syarat mengikut kriteria yang telah mereka tetapkan. Setiap pemberi pinjaman akan memerlukan dokumen yang berbeza-beza tetapi kebiasaannya ini merupakan senarai dokumen yang akan diminta oleh pihak bank:

  • Butiran perniagaan anda seperti pelan perniagaan, nama, alamat, cukai dan sebagainya;
  • Penyata kewangan peribadi dan berkaitan perniagaan seperti penyata cukai, penyata bank, bil kad kredit, kunci kira-kira, perjanjian pajakan, senarai aset perniagaan dan fail lain yang berkaitan;
  • Maklumat tentang pemilik perniagaan seperti butiran peribadi untuk sesiapa sahaja yang memiliki lebih daripada 20 hingga 25 peratus syarikat.

6. Hantar Borang Permohonan

Selepas anda selesai menyediakan borang, anda boleh hantar borang permohonan tersebut kepada pihak bank. Selepas itu, anda mungkin perlu melalui proses temu duga dengan pihak bank kerana ia merupakan sebahagian daripada proses memohon pinjaman perniagaan. Di dalam temu duga ini, pihak bank akan bertanya segala perkara penting berkaitan bisnes anda untuk membantu mereka menilai permohonan anda.

Anda perlu dapatkan penjelasan daripada bank pilihan anda untuk mendapatkan kepastian sama ada temu duga ini akan dijalankan secara online atau secara fizikal. Apabila segala proses selesai, anda perlu menunggu untuk tempoh masa yang tertentu untuk mengetahui sama ada permohonan anda berjaya atau sebaliknya.

pinjaman untuk perniagaan

Senarai Pinjaman Perniagaan Terbaik untuk Anda Mohon

Anda bebas memilih mana-mana pinjaman perniagaan terbaik yang ada di Malaysia. Sebelum anda memilih pinjaman perniagaan Maybank, BSN, Bank Rakyat dan sebagainya, anda disarankan untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang pinjaman yang anda mahu ambil. Dapatkan juga nasihat daripada penasihat kewangan untuk mendapatkan pandangan profesional. Berikut adalah antara pilihan yang anda patut pertimbangkan:

Pinjaman Perniagaan Jenis Produk Pinjaman
BSN
  • Pinjaman Perniagaan TemaNiaga
  • Pinjaman Perniagaan Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF)
  • Pinjaman Perniagaan TemanMesra
  • Pinjaman Perniagaan PKBC 
  • Pinjaman Perniagaan BSN Micro Pemerkasa
  • Pinjaman Perniagaan Pemerkasa Belia
  • Pinjaman Perniagaan Pemerkasa Istimewa
  • Pinjaman Perniagaan Pemerkasa-Nita 
Maybank
  • Pinjaman / Pembiayaan Mikro SME-i
  • Pembiayaan Digital PKS Maybank 
  • Pinjaman/Pembiayaan Perniagaan Profesional-i 
Bank Rakyat
  • Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk 
  • Skim Pembiayaan Dana Perusahaan Mikro (MEF) 
  • Skim Pembiayaan Ekonomi Desa-i (SPED) 
  • Pembiayaan Mikro-i ME2
  • Skim Jaminan Usahawan Mara
Bank Islam
  • Program Pembiayaan Mikro iTEKAD
  • Bantuan Mikro BangKIT dari Bank Islam 
  • SME – PENJANA Tourism Financing (PTF)
CIMB
  • Pembiayaan Modal Kerja SME
  • Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility – TRRF)
  • Pinjaman Premis Perniagaan 
  • Skim Jaminan Modal Kerja-i 
  • Skim Jaminan Automasi dan Digital
  • Skim Kemudahan Agromakanan 
  • Pembiayaan Skim Kerajaan PKS (Semua Sektor Ekonomi) 
Public Bank
  • Permohonan Pinjaman PKS ABM / Rakan Kongsi
Bank Muamalat
  • PENJANA Tourism Financing (PTF)
  • Muamalat BizSTAR-i
Agro Bank
  • Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq)
  • Program Pembiayaan Agro Bakti
  • Skim AgroMakanan (PENJANA) 
  • Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i) 
  • Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (Agro-YES) 

Seperti yang telah dinyatakan di atas, pinjaman perniagaan boleh menjadi satu kemudahan untuk bisnes anda manfaatkan. Namun begitu, sekiranya bisnes anda berada dalam krisis, pinjaman kewangan bukanlah sesuatu yang anda patut ambil. Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk membayar semula pinjaman anda nanti.

Anda sebagai pemilik bisnes perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan kerana setiap keputusan yang diambil boleh memberikan impak kepada perniagaan anda. Mengambil pinjaman perniagaan boleh membantu bisnes anda menguruskan kewangan syarikat terutama sekali pengurusan aliran tunai dengan lebih baik.

Selain itu, sekiranya anda ingin dapatkan info lanjut berkaitan insurans kereta, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang komprehensif di Malaysia dengan tawaran perlindungan insurans kereta terbaik pada harga mampu milik.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60