Jika anda mempunyai rancangan untuk beli rumah, laporan CCRIS ini merupakan salah satu dokumen yang sangat penting. Contohnya, jika anda mahu buat pinjaman perumahan, anda tidak boleh lari daripada semakan CCRIS. Artikel ini akan menjelaskan dengan semua yang anda perlu tahu seperti maksud CCRIS, cara check CCRIS dan perkara-perkara lain.
Kepentingan Skor CCRIS Anda
Sebab utama pentingnya laporan CCRIS adalah apabila anda ingin memohon pinjaman ataupun kad kredit. Sebelum bank menentukan sama ada permohonan anda boleh diluluskan atau tidak, bank akan merujuk kepada rekod kredit anda terlebih dahulu melalui laporan CCRIS.
Berdasarkan rekod ini, bank akan menilai sama ada mereka sanggup menanggung risiko atau tidak dengan meluluskan permohonan pinjaman anda. Jika rekod kredit anda cantik, tiada tunggakan atau sebarang senarai hitam, peluang permohonan pinjaman dan permohonan kad kredit untuk diluluskan adalah lebih cerah.
Tetapi, jika rekod anda tidak cantik, bank mungkin tidak akan berani tanggung risiko dan akan menolak permohonan anda. Berikut merupakan empat perkara tentang CCRIS yang anda perlu tahu:
1. Apa itu CCRIS? Ketahui Perkara-perkara yang Terkandung Dalam Laporan Ini
CCRIS, Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit, ialah sebuah sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengeluarkan laporan kredit bagi setiap individu yang ingin membuat pinjaman.
Pada setiap bulan, institusi yang berkenaan seperti bank, broker insuran, dan syarikat utiliti akan mengemaskini maklumat kepada BNM, semua maklumat ini akan dikumpul dalam bentuk laporan CCRIS yang standard.
Secara ringkas, CCRIS adalah sebuah platform yang menyimpan segala jenis rekod permohonan dan mempamerkan gambaran penuh kesihatan kewangan seseorang individu. Laporan CCRIS menyediakan info yang berkaitan dengan kredit peminjam. Info tersebut terbahagi kepada tiga bahagian penting:
Kredit Yang Tertunggak |
|
Akaun Pemerhatian Khusus (Special Attention Accounts) |
|
Permohonan Kredit |
|
Untuk pengetahuan anda, laporan CCRIS hanya diberikan kepada pihak-pihak tertentu. Permohonan perlu dilakukan dari BNM:
Institusi Kewangan |
|
Individu |
|
Agensi kredit berdaftar |
|
Individu untuk report perniagaan sendiri |
|
Syarikat |
|
2. Cara Semak CCRIS, Cara Dapatkan Penyata CCRIS
Seperti yang diperkatakan tadi, laporan CCRIS adalah sebuah dokumen yang sangat penting terutamanya jika anda mempertimbangkan untuk membuat pembelian rumah. Ada tiga cara untuk cek laporan CCRIS:
Dapatkan Laporan CCRIS Secara Fizikal
Anda boleh pergi ke Ibu Pejabat BNM dan pejabat daerah BNM untuk mendapatkan laporan kredit CCRIS anda sendiri. Sebelum itu, anda mesti melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan salinan kad pengenalan anda dan dokumen sokongan yang tertera dalam borang, seperti lesen memandu atau pasport.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan Kiosk di cawangan BNM yang ditetapkan untuk mendapatkan laporan CCRIS anda. Anda hanya perlu memasukkan kad pengenalan peribadi anda ke dalam mesin servis automatik, dan setelah mengesahkan identiti anda melalui bacaan cap jari, anda dapat mencetak penyata CCRIS.
Surat, Faks atau E-mel
Anda boleh meminta laporan melalui pos, e-mel atau faks ke pusat khidmat pelanggan BNM TELELINK BNM. Pastikan anda melampirkan dokumentasi lengkap.
Check CCRIS Online
Anda boleh semak melalui kemudahan semak online menggunakan eCCRIS BNM. Perlu diingatkan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu maklumat diri di mana-mana cawangan AKPK atau BNM untuk anda mula menggunakan sistem online ini. Berikut adalah cara check CCRIS online:
-
-
-
- Muat turun borang permohonan di bnm.my/ccrisform
- Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk satu salinan MyKad (depan dan belakang) atau satu salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia). Dua dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
- Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform: https://telelink.bnm.gov.my
-
-
3. CCRIS Blacklist, Tempoh Clear Nama CCRIS
Konsep blacklist atau senarai hitam dalam CCRIS ini dikira seperti peminjam duduk dalam tahanan, atau kurungan sementara selagi masih hutang tertunggak yang belum lagi selesai. Sistem CCRIS ini direka untuk rekod segala aktiviti peminjam sahaja, dan bukanlah menyenaraihitamkan peminjam seperti ramai orang fikirkan.
Laporan kredit tersebut digunakan sebagai salah satu sumber bagi institusi kewangan untuk menyemak sejarah kredit peminjam untuk membolehkan mereka membuat keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan peminjam atau tidak. Biarpun dalam laporan CCRIS tidak menyebut sama ada anda disenaraihitamkan atau tidak, laporan tersebut boleh mempamerkan sejarah kewangan sama ada baik atau tidak.
Tempoh Clear Nama CCRIS
Pada hari ke-10 setiap bulan, pihak BNM akan mengemaskini maklumat CCRIS sekiranya anda telah melangsaikan bayaran pinjaman yang tertunggak. Contohnya, anda telah membayar semua tunggakan pinjaman pada 24 April. Anda akan mendapati rekod pembayaran pada bulan Jun telah dikemaskini menjadi “0” pada laporan CCRIS anda pada 11 hari bulan pada bulan yang seterusnya.
4. Beza CCRIS dan CTOS
CTOS adalah syarikat, manakala CCRIS pula adalah sebuah sistem. Walaupun kedua-duanya menyediakan laporan kredit yang sama, maklumat CCRIS adalah daripada BNM. Manakala sumber laporan CTOS pula adalah daripada sumber awam dan institusi daripada sumber awam dan institusi kewangan.
Kebiasaannya, institusi kewangan akan menggunakan lebih daripada satu laporan kredit untuk mendapatkan gambar sebenar keadaan kredit pemohon. Berikut adalah perbezaan di antara CCRIS dan CTOS:
CCRIS | CTOS | |
Pihak Berkuasa |
|
|
Tujuan |
|
|
Maklumat Dalam Laporan |
|
|
Sumber Maklumat |
|
|
Laporan yang Disediakan |
|
|
Cara Akses |
|
|
Tempoh Sejarah Kredit Diarkibkan |
|
|
Laporan CCRIS yang Baik Akan Memudahkan Urusan Anda
Setiap bank dan institusi kewangan menilai permohonan pinjaman secara berbeza, tetapi secara umum, perkara utama yang mereka lihat adalah: pembayaran tepat pada waktunya, kadar lalai paling rendah, lalai yang sangat sedikit (seperti pembayaran kad kredit), dan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) adalah pada tahap yang baik.
Ini juga bermaksud bahawa bank dan institusi kewangan pada umumnya tidak menyukai peminjam dengan hutang yang tinggi (hutang kad kredit atau pinjaman bank terus berada pada had tertinggi), kerana bagi mereka, peminjam tersebut mungkin tidak mempunyai status kewangan yang baik. Pastikan anda sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pinjaman pinjaman anda yang tertunggak.
Akhir kata, urusan anda akan menjadi lebih mudah dengan rekod CCRIS yang bagus. Semoga panduan ini dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik selepas ini. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta dan insurans motosikal terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut.