Bagaimana Nak Clear Nama Kena Blacklist CTOS, Blacklist CCRIS?

Kali terakhir diperbaharui Apr 5, 2024 oleh Shafiq Wahab
Bagaimana Nak Clear Nama Kena Blacklist CTOS, Blacklist CCRIS?

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan atau pinjaman kereta, perkara pertama yang perlu anda beri perhatian semestinya rekod kredit anda. Sekiranya anda mempunyai rekod kredit CCRIS dan CTOS yang buruk, nama anda boleh kena blacklist CTOS atau blacklist CCRIS. Ia akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman.

5 Sebab Nama Anda Kena Blacklist CTOS, Blacklist CCRIS

Secara asasnya, rekod CTOS atau CCRIS tidak memasukkan mana-mana nama peminjam ke dalam senarai hitam. Kedua-dua agensi ini hanya mengumpul maklumat berkaitan sejarah pembiayaan dan pembayaran balik pinjaman sahaja. Maklumat ini kemudian akan dihantar kepada pihak bank bagi bolehkan pihak bank menilai permohonan pinjaman yang dibuat.

Jika anda mempunyai rekod kredit CCRIS dan CTOS yang buruk atau biasanya dikenali sebagai “blacklist CTOS” atau “blacklist CCRIS”, peluang untuk anda mendapatkan pinjaman adalah tipis. Apa yang menyebabkan anda mempunyai rekod kredit yang buruk?

1. Lewat Bayar Hutang Komitmen

Pengurusan kewangan yang lemah merupakan antara punca utama nama anda boleh kena blacklist CTOS. Berbelanja lebih daripada pendapatan sehingga tidak mampu membayar balik hutang boleh memberi kesan pada sejarah kredit anda.

Selain itu, pembayaran hutang yang dibuat selepas tarikh akhir atau tertunggak juga boleh sebabkan nama anda kena blacklist. Bayaran komitmen bulanan yang lewat ini akan dipaparkan dalam laporan CCRIS anda.

Sebab Nama Anda Kena Blacklist CTOS, Blacklist CCRIS

2. Penstrukturan Semula Pinjaman

Kebanyakan orang membuat pinjaman untuk beli rumah, beli kereta atau mempunyai hutang kad kredit. Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar hutang-hutang ini disebabkan kesulitan tertentu, ia boleh sebabkan nama anda disenarai hitam CTOS dan CCRIS. Anda boleh diisytiharkan muflis atau bankrap.

Di Malaysia, kebanyakan kes individu muflis adalah disebabkan oleh tunggakan atau kegagalan membayar hutang pinjaman kenderaan, perumahan, kad kredit dan sebagainya. Sekiranya anda berdepan masalah kewangan, anda boleh mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) untuk membantu menguruskan hutang anda.

AKPK akan menawarkan bantuan seperti penstrukturan semula pinjaman menjadikan pembayaran balik pinjaman lebih mudah. Namun begitu, penstrukturan semula pinjaman melalui AKPK akan beri kesan negatif kepada skor kredit anda. Tetapi, ia semestinya lebih baik daripada anda terbeban dengan komitmen hutang yang tinggi.

3. Akaun Pemerhatian Khas (Special Attention Account)

Jika anda gagal membayar balik pinjaman melebihi tempoh 90 hari, ia akan dianggap sebagai pinjaman tidak berbayar atau pinjaman tertunggak. Pihak bank kemudian akan meletakkan pinjaman yang tidak dibayar ini di bawah Akaun Pemerhatian Khas. Akaun ini merujuk pada rekod hutang lapuk atau pinjaman tertunggak yang belum dijelaskan oleh peminjam.

Jika pinjaman anda dimasukkan ke bawah Akaun Pemerhatian Khas ini, ia akan dipaparkan dalam rekod CCRIS. Ini bermaksud, pihak bank boleh mengakses sejarah kewangan anda dan mungkin akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman lain.

4. Diisytiharkan Bankrap Melalui Perintah Mahkamah

Pihak bank atau mana-mana institusi perbankan boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas anda sekiranya anda gagal bayar balik pinjaman. Seseorang individu boleh diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah sekiranya individu tersebut tidak mampu menyelesaikan baki hutang yang ada. Individu juga boleh secara sukarela mengisytiharkan dirinya sebagai muflis.

Mana-mana tindakan undang-undang yang dibuat ke atas seseorang individu atau diisytiharkan muflis akan tercatat dalam laporan CCRIS dan rekod CTOS anda.

5. Tunggakan Bayaran dengan Syarikat

Hutang yang direkodkan dalam CCRIS atau CTOS tidak terhad kepada hutang anda dengan institusi kewangan sahaja. Ia turut merangkumi hutang-hutang lain seperti bil utiliti, bil internet dan sebagainya. Kebanyakan syarikat perkhidmatan atau utiliti akan melaporkan sejarah kredit jika anda gagal membayar bil-bil anda.

Sebagai contoh, andaikan anda gagal membuat pembayaran bil Telekom untuk beberapa bulan. Syarikat ini boleh menyenaraihitamkan nama anda di bawah rujukan perdagangan kepada CTOS. Maklumat seperti jumlah hutang atau baki yang belum dijelaskan akan dinyatakan dalam rekod ini. Maklumat ini kekal dalam rekod sehingga anda menjelaskan hutang tersebut.

Beli Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Beli Insurans di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Rekod kredit atau sejarah pembayaran pinjaman yang buruk boleh beri kesan kepada permohonan pinjaman anda. Rekod kredit ini membantu institusi kewangan menilai tahap kesihatan kewangan dan kemampuan anda membuat bayaran balik setiap bulan. Jika rekod kredit anda tidak baik, anda mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada bank.

Pihak bank akan ambil kira semua aspek ini sebelum meluluskan atau menolak permohonan anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda pastikan rekod pembayaran anda bersih bagi memudahkan anda untuk membuat pinjaman pada masa akan datang.

Selain itu, anda juga boleh renew insurans di Qoala untuk ketenangan fikiran – proses pembaharuan insurans lebih mudah, selamat dan cepat. Qoala membandingkan beberapa penyedia insurans bagi membantu anda memilih insurans yang terbaik. Layari qoala.my untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60