Siapa yang Wajib Bayar Zakat Pendapatan 2024?

Kali terakhir diperbaharui Mar 14, 2024 oleh Shafiq Wahab
Siapa yang Wajib Bayar Zakat Pendapatan 2024?

Zakat pendapatan merupakan zakat yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima. Ia merupakan salah satu daripada zakat harta yang perlu dibayar untuk membersihkan harta. Apabila sebut tentang zakat pendapatan, tentu ada dalam kalangan anda yang tidak tahu siapa yang wajib bayar zakat pendapatan atau bagaimana cara nak bayar zakat pendapatan.

Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Bayar Zakat Pendapatan di Malaysia

Zakat pendapatan wajib dibayar apabila cukup syarat minimum yang ditetapkan. Ia tanggungjawab agama yang penting bagi orang Islam. Zakat pendapatan secara asasnya dikenakan kepada individu Muslim berdasarkan peratusan pendapatan seseorang individu. Artikel ini khusus untuk semua orang Islam yang memahami cara mudah membayar zakat pendapatan buat kali pertama.

Apa Jenis Pendapatan yang Dikenakan Zakat?

Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Di Malaysia, terdapat empat jenis hasil pendapatan yang perlu dizakatkan:

Jenis Pendapatan Contoh Pendapatan
Hasil penggajian dan upah kerja tahunan Gaji, upah, elaun, bonus, tuntutan kerja lebih masa (overtime), pampasan, gratuiti, pencen, insentif dan sebagainya.
Hasil kerja bebas dan professional tahunan Bayaran atau keuntungan sesuatu projek, freelance, bayaran perkhidmatan konsultansi, komisyen, residual income dan royalti.
Hasil daripada harta yang menghasilkan pendapatan Hasil sewaan aset seperti rumah, premis, kereta, dan sebagainya. Contoh lain ialah hasil produk ternakan seperti daging, telur dan susu.
Hasil sumbangan atau pemberian Hasil ini merangkumi harta yang diperolehi melalui ihsan seperti saguhati, hadiah, sedekah, dan sebagainya. Harta ini boleh diterima daripada institusi atau individu.

Siapa yang Perlu Membayar Zakat Pendapatan?

Siapa yang Perlu Membayar Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan akan menjadi kewajipan bagi individu yang telah cukup syarat, nisab dan haul. Berikut syarat-syarat bagi membayar zakat pendapatan.

1. Beragama Islam

Zakat pendapatan perlu dibayar oleh individu yang beragama Islam sahaja. Zakat pendapatan tidak wajib ke atas orang bukan Islam.

2. Merdeka

Untuk membayar zakat pendapatan, individu tersebut perlulah merdeka (bukan hamba) dan bebas mencari rezeki yang halal.

3. Melepasi Syarat Kadar dan Nisab Zakat Pendapatan

Nisab merujuk kepada had minimum pendapatan yang perlu dimiliki oleh seseorang individu sebelum dikenakan zakat. Nisab zakat pendapatan ditentukan berdasarkan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak. Nisab zakat pendapatan tidak tetap dan sentiasa berubah bergantung pada situasi.

Di Malaysia khususnya, setiap negeri mempunyai kadar nisab yang berbeza. Anda disarankan untuk merujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan kadar nisab terkini. Untuk tahun 2024, nisab zakat pendapatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ditetapkan sebanyak RM24,198.00.

Kadar zakat pendapatan pula ialah 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan tahunan individu.

4. Memiliki Harta Sepenuhnya

Individu tersebut perlulah memiliki harta yang ingin dizakatkan dan memastikan harta tersebut bukan hak milik individu lain dan/atau bukan pinjaman. Selain itu, harta yang ingin dizakatkan mestilah datang dari sumber yang halal.

5. Harta Tidak Susut Nilai

Harta yang dimiliki mestilah jenis harta yang tidak susut nilai dan boleh dikembangkan.

Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan?

Anda hanya perlu membayar zakat pendapatan jika cukup nisab dalam masa setahun. Biasanya, zakat pendapatan akan dibayar pada setiap hujung tahun atau secara tahunan. Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang memilih untuk membuat potongan zakat atau caruman zakat secara bulanan.

Bagaimana Nak Bayar Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan perlu dibayar di negeri tempat seseorang itu bekerja walaupun pembayar zakat tidak menetap di negeri tersebut. Sebagai contoh, sekiranya pembayar zakat bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi menetap di Selangor, zakat pendapatan hendaklah dibayar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk membuat bayaran zakat pendapatan, anda boleh membuat bayaran melalui cara berikut:

1. Kaunter Zakat

Anda boleh membuat bayaran zakat pendapatan di mana-mana kaunter zakat di Malaysia.

2. Skim Potongan Zakat Bulanan

Anda juga boleh memilih untuk membayar zakat melalui kaedah potongan gaji oleh majikan, sama seperti Potongan Cukai Bulanan PCB.

3. Aplikasi MyZakat

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui Aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun daripada aplikasi Google Play Store atau App Store.

4. Perbankan Internet

Pembayaran zakat juga boleh dibuat secara online melalui bank-bank terpilih. Senarai bank yang terpilih adalah seperti berikut:

5. Portal Zakat

Anda juga boleh membuat bayaran melalui portal atau laman web zakat mengikut negeri masing-masing.

6. Melalui Ejen Rasmi

Zakat juga boleh dibayar melalui ejen zakat yang telah dilantik.

7. Kaunter Zakat Digital

Selain itu, zakat juga boleh dibayar melalui panggilan telefon di talian 1-300-88-5757 tanpa perlu hadir ke kaunter.

8. Kaunter Zakat Bergerak

Kemudahan kaunter bergerak juga disediakan di beberapa lokasi terpilih. Ia memberi kemudahan kepada pembayar zakat untuk membayar zakat.

9. Ride2U

Ride2U merupakan salah satu saluran pembayaran zakat yang disediakan untuk individu yang kesuntukan masa untuk ke kaunter. Pegawai zakat akan datang ke tempat anda untuk membantu membuat kiraan dan menerima bayaran zakat.

10. Pejabat Pos

Anda juga boleh menunaikan tanggungjawab zakat dengan membuat bayaran di kaunter Pejabat Pos di seluruh Malaysia. Terdapat dua Kaunter Angkat yang boleh dikunjungi antaranya Pejabat Pos Suria KLCC dan Pejabat Pos Gombak. Kelebihan Kaunter Angkat adalah:

      • Layanan sama seperti membayar di kaunter PPZ;
      • Terdapat akad dan doa semasa membuat bayaran;
      • Boleh membuat taksiran zakat;
      • Pemberian cenderahati secara percuma bagi pembayar yang membuat pembayaran zakat.

11. e-Mandate

Anda juga boleh memilih untuk membayar zakat dengan cara membuat potongan zakat secara direct debit setiap bulanan. Potongan zakat akan dibuat setiap bulan antara tarikh dua hingga lima atau 22 hingga 25 hari bulan.

Bayar Zakat Pendapatan, Nikmati Rebat Cukai Pendapatan

Bayar Zakat Pendapatan, Nikmati Rebat Cukai Pendapatan

Selain dapat menyucikan harta anda, membayar zakat pendapatan juga membolehkan anda menikmati rebat cukai pendapatan. Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, anda boleh membuat tuntutan rebat cukai untuk bayaran zakat yang dibuat untuk tahun taksiran semasa. Jadi, jangan lupa untuk simpan semua resit pembayaran zakat sebagai bukti semasa proses pemfailan cukai pendapatan LHDN nanti.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan insurans nyawa dan insurans kesihatan untuk nikmati pengurangan cukai. Untuk info lanjut, layari qoala.my sekarang. Qoala.my merupakan platform perbandingan insurans yang terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans nyawa dan insurans kesihatan dengan mudah dan selamat dari rumah.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60