Cara Semak CTOS Online 2022

Kali terakhir diperbaharui Jun 22, 2022 oleh Hariz Hafiz
Cara Semak CTOS Online 2022

Dengan semak CTOS, anda akan dapat mengetahui dan kenal pasti skor kredit anda. Ini merupakan salah satu faktor penting apabila anda mahu mohon untuk sebarang pinjaman seperti loan kereta atau pinjaman perumahan. Jika anda ingin pinjaman anda diluluskan penting untuk anda memiliki kredit skor yang baik. Artikel ini akan menjelaskan semua yang anda perlu tahu tentang CTOS iaitu sebuah platform yang boleh dipercayai untuk anda faham latar belakang kewangan dalam proses penilaian kredit anda.

Apa Maksud CTOS, Kenapa Anda Perlu Semak CTOS?

Sekiranya anda tidak pernah membuat sebarang pinjaman, anda mungkin tidak pernah dengar mengenai CTOS. Untuk pengetahuan anda, CTOS merupakan antara organisasi penilaian kredit yang terbesar di Malaysia dan ia juga merupakan agensi penilaian kredit utama di Malaysia. Kebanyakan organisasi kewangan di negara ini menggunakan perkhidmatan ini. CTOS dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Kementerian Kewangan sebagai agensi pelaporan kredit.

Apa itu CTOS?

Untuk mengetahui maksud CTOS, anda boleh anggap ia ibarat laporan kesihatan kewangan anda. Ia bertanggungjawab untuk melaporkan  kewangan individu dan perniagaan dengan pangkalan data maklumatnya yang luas. Tidak seperti laporan CCRIS, yang mempunyai jangka hayat 12 bulan, laporan CTOS mempunyai jangka hayat yang tidak terhingga. Bank dan institusi kewangan di Malaysia menggunakan laporan tersebut untuk menganalisis kelayakan kredit dan keupayaan pembayaran balik seseorang invidu atau sesebuah syarikat.

Anda akan dapat akses segala data kredit anda dengan menggunakan CTOS. Ini akan dapat membantu anda untuk memastikan skor kredit anda berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya anda mendapati sebarang perkara yang boleh merosakkan skor kredit anda, tindakan awal boleh diambil oleh anda untuk memperbaiki skor tersebut sebelum mohon pinjaman.

Bukan anda sahaja yang boleh lihat laporan CTOS anda, mana-mana syarikat atau institusi kewangan yang relevan juga boleh menilai laporan anda. Sebarang maklumat mengenai sejarah kredit anda juga akan membantu bank-bank menilai permohonan pinjaman anda dan mampu membuat mereka untuk membuat keputusan sama ada anda layak untuk diberikan pinjaman atau sebaliknya. Anda akan mendapati perkara-perkara berikut di dalam laporan CTOS:

  • Skor kredit CTOS
  • Rekod CCRIS dari Bank Negara
  • Dishonoured cheques dari Bank Negara
  • Pengarahan dan pemilikan perniagaan
  • Litigasi dan muflis
  • Penyenaraian pengadil perdagangan
  • Makluman pembayaran terlepas
  • Perubahan dalam had kredit
  • Penukaran alamat
  • Amaran scammer
  • Kenal pasti identiti kecurian

Berapakah Skor CTOS yang Bagus?

Walaupun anda tidak merancang untuk untuk mohon pinjaman untuk beli rumah dalam masa terdekat misalnya, anda masih digalakkan untuk mengetahui skor kredit anda dan CTOS boleh membantu anda memantau kesihatan kewangan anda. Secara amnya, skor yang bagus adalah dalam lingkungan 697 sehingga 850. Sebelum itu, anda perlu ketahui lima faktor yang mempengaruhi skor anda:

Rekod Pembayaran (45 peratus) 

Mengenal pasti sama ada anda sentiasa membuat bayaran pinjaman tepat pada masanya, atau jika anda pernah terlepas membuat pembayaran. Pembayaran lewat juga boleh menjejaskan skor kredit anda.

Jumlah Hutang (20 peratus) 

Ini merujuk kepada penggunaan kredit anda. Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan pihak bank akan dinilai.

Jangka Masa Rekod Kredit (7 peratus)

Tempoh hayat fasiliti kredit yang anda ada seperti kad kredit atau pinjaman.

Jenis-jenis Kredit (14 peratus)

Jenis pinjaman yang anda ada, seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Kredit Baru (14 peratus)

Sama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.

Semakin tinggi skor kredit anda, semakin mudah untuk anda membuat pinjaman kerana kebanyakannya bank dan penyedia kredit akan menganggap anda sebagai pelanggan utama. Bukan itu sahaja, ia juga boleh meningkatkan peluang anda untuk dapat kadar pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik, serta pinjaman anda akan lebih cepat diluluskan dan sebagainya. Dengan kata lain, anda akan dianggap sebagai pelanggan utama oleh bank dan penyedia kredit. Berikut merupakan kadar skor CTOS dan maknanya kepada setiap pemberi pinjaman:

Skor Perspektif Pemberi Pinjaman
744-850 Cemerlang! Anda dinilai sebagai ‘sangat baik’ dan diberi keutamaan.
718-743 Sangat Baik! Anda dinilai sebagai pelanggan utama.
697-717 Baik! Skor anda dalam lingkungan sederhana tinggi dan anda layak untuk kredit baru.
651-696 Sederhana. Skor anda dalam lingkungan sederhana dan anda kurang layak untuk kredit baru.
529-650 Rendah. Anda mungkin menghadapi masalah apabila memohon kredit.
300-528 Lemah. Aplikasi kredit anda mungkin akan ditolak.
Tiada Skor Skor anda tidak dapat dijana kerana maklumat tidak mencukupi.

3 Cara Semak CTOS, Check Secara Percuma di MyCTOS

Secara amnya, terdapat tiga jenis laporan untuk anda pilih iaitu:

  • Laporan Asas MyCTOS – Percuma
  • Laporan Skor MyCTOS – RM25/laporan (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)
  • CTOS SecureID – RM99/tahun (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)

Untuk pemeriksaan secara percuma, anda boleh menggunakan tiga kaedah untuk melakukan pemeriksaan sendiri:

1. Semak CTOS Melalui Laman Web MyCTOS Online

Untuk check CTOS melalui laman web, ikuti langkah-langkah berikut:

Daftar Akaun

Isi butiran peribadi atau butiran syarikat yang diperlukan dengan lengkap. Selepas anda selesai mengisi segala butiran, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk mengesahkan pendaftaran.

Aktifkan ID CTOS

Kebiasaannya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama kerana CTOS memerlukan 3 jam waktu bekerja untuk mengesahkan butiran anda dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS anda. Anda akan menerima e-mel untuk dapatkan butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.

Akses Laporan MyCTOS

Sekarang anda akan mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS anda. Laporan MyCTOS pertama diemelkan kepada anda secara percuma, tetapi anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS.

2. Semak CTOS Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Anda juga boleh menggunkan telefon pintar anda melalui aplikasi CTOS yang boleh dimuat turun melalui Play Store atau App Store.

3. Semak CTOS Kaunter

Selain itu, anda juga boleh melawat cawangan CTOS berdekatan dengan anda dan mendaftar secara fizikal.

CTOS online

Elakkan Pinjaman Ditolak, Perbaiki Skor Anda

Tidak terlambat untuk anda memperbaiki skor kredit anda walaupun skor kredit mungkin berada di tahap yang kritikal sekarang. Individu-invidu yang kerap terlepas pembayaran boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk memperbaiki skor kredit. Kegagalan untuk menjelaskan pinjaman boleh menyebabkan seseorang itu disytihar bankrap atau muflis. Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk memperbaiki skor kredit dan mengelakkan pinjaman anda daripada ditolak:

  • Mula menjelaskan bil anda tepat pada masanya.
  • Pastikan baki anda rendah dan elakkan daripada memaksimumkan had kredit anda.
  • Dapatkan perkhidmatan nasihat kewangan daripada penasihat kewangan atau financial planner.
  • Sentiasa konsisten menguruskan kewangan anda dari semasa ke semasa.

Laporan CTOS sememangnya berguna untuk anda membuat semakan skor kredit terutama sekali jika anda mahu membuat permohonan pinjaman dalam masa yang terdekat. Ia juga boleh dilihat sebagai satu langkah yang proaktif untuk memastikan skor kredit anda berada dalam keadaan yang baik.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik atau insurans motor murah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik dengan tawaran harga terbaik sekali gus menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga anda.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60