Sebelum buat apa-apa permohonan pembiayaan atau travel ke luar negara, penting untuk anda check nama blacklist. Ia bagi memastikan apa-apa permohonan pinjaman tidak kira pinjaman perumahan atau pinjaman kereta anda diluluskan oleh pihak bank. Selain itu, ia juga mengelakkan anda daripada tidak dibenarkan untuk ke luar negara.
1. Semakan Status Nama Blacklist Online Melalui Laporan CTOS
CTOS atau Credit Tip-Off Service merupakan agensi swasta yang merekodkan status atau laporan kredit seseorang individu. Ia menyediakan maklumat seperti tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan, status muflis, status kes dan lain-lain.
Laporan CTOS digunakan secara meluas oleh institusi kewangan dalam menentukan kelayakan dan status kredit semasa pemohon. Sekiranya skor kredit anda tidak memuaskan, nama anda berkemungkinan akan disenaraihitamkan dan mungkin menyukarkan permohonan pinjaman bank anda untuk diluluskan.
Secara asasnya, maklumat penghutang dalam laporan CTOS disediakan melalui sumber-sumber awam seperti:
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
- Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM);
- Prosiding Undang-undang;
- Notis Akhbar dan Warta Kerajaan.
Cara Check Nama Blacklist CTOS
Secara asasnya, laporan CTOS mengandungi lima bahagian penting, iaitu:
-
- Bahagian A – maklumat diri;
- Bahagian B – maklumat dari Bank Negara dan Agensi Kerajaan yang lain;
- Bahagian C – perihal milikan syarikat dan lembaga pengarah;
- Bahagian D – perihal kredit dan butiran dari CCRIS termasuk senarai cek tendang yang dikeluarkan;
- Bahagian E – perihal bayaran tunggakan kepada syarikat utiliti (telekomunikasi, elektrik, air atau tunggakan PTPTN) dan lain-lain.
Jika anda masih belum mempunyai akaun CTOS, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Anda boleh merujuk panduan cara daftar akaun CTOS online ini untuk lebih kepastian. Setelah selesai mendaftar:
-
- Log masuk akaun CTOS menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang ditetapkan;
- Maklumat akan dipaparkan pada Dashboard;
- Laporan lengkap pertama akan diberikan secara percuma. Laporan berikutnya akan dikenakan bayaran mengikut kategori-kategori tertentu bermula dari RM25.
2. Semakan Status Nama Blacklist Online Melalui CCRIS
Sama seperti CTOS, CCRIS atau Central Credit Reference Information merupakan agensi yang merekodkan laporan kredit individu. Maklumat kredit peminjam akan dikumpulkan daripada institusi kewangan dan laporan kredit akan dibuat melalui sistem CCRIS.
Berbeza dengan CTOS, agensi ini dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara asasnya, laporan CCRIS membolehkan pihak bank atau institusi kewangan:
- Memeriksa pinjaman atau kredit tertunggak;
- Memantau akaun pemerhatian khusus (berkait dengan pinjaman tertunggak);
- Mengenal pasti sebarang permohonan kredit yang telah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan.
Dalam erti kata mudah, CCRIS menyediakan maklumat-maklumat dan data penting yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membantu mereka membuat keputusan. Permohonan pinjaman anda diluluskan atau tidak bergantung pada maklumat dalam laporan ini.
Cara Check Nama Blacklist CCRIS
Berikut merupakan cara semak nama blacklist Bank Negara Malaysia online menggunakan laman web eCCRIS untuk rujukan anda:
-
- Layari laman web CCRIS;
- Jika anda masih belum mempunyai akaun, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu. Anda boleh rujuk panduan cara daftar eCCRIS online di sini;
- Setelah selesai, log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang ditetapkan;
- Navigasi ke tab Carian, kemudian pilih Carian Sendiri – Individu;
- Klik pada kotak Saya Setuju dan klik butang Carian Laporan;
- Sekiranya anda ingin muat turun laporan, klik butang Muat Turun dan Simpan untuk menyimpan salinan laporan;
- Laporan yang dimuat turun akan dilindungi oleh kata laluan.
3. Check Nama Blacklist di Kiosk Bank Negara Malaysia (BNM)
Selain semakan nama blacklist secara online, anda juga boleh membuat semakan nama blacklist secara fizikal di Bank Negara Malaysia. Anda boleh membuat semakan sama ada melalui kaunter atau kiosk BNM.
Cara Check Nama Blacklist BNM
Berikut merupakan panduan check nama blacklist di BNM yang boleh anda ikuti:
-
- Pergi ke mesin kiosk Bank Negara Malaysia;
- Pilih Bahasa yang ingin digunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
- Kemudian, pilih butang Cetak Laporan;
- Masukkan kad pengenalan pada slot yang disediakan dan buat imbasan ibu jari (thumbprint);
- Proses semakan akan mengambil masa selama lebih kurang seminit;
- Setelah itu, anda akan menerima notifikasi untuk mengeluarkan kad pengenalan anda;
- Tunggu sehingga laporan CCRIS dicetak.
4. Semakan Status Senarai Hitam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Pemandu atau pemilik kenderaan yang diberikan notis atau dikenakan saman Polis tetapi gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh 60 hari akan dirujuk ke mahkamah. Sekiranya pemandu atau pemilik tidak hadir untuk sebutan kes, maka pemilik, kenderaan atau lesen memandu akan disenarai hitam sehingga kes selesai.
Cara Semak Senarai Hitam JPJ
Berikut merupakan cara check nama blacklist JPJ untuk rujukan dan panduan anda:
-
- Klik pautan Semakan Status Senarai Hitam di sini;
- Pilih Jenis Senarai Hitam – lesen atau kenderaan;
- Kemudian, pilih Sumber Senarai Hitam – JPJ atau agensi;
- Masukkan Nombor ID (Kad Pengenalan) dan Nombor Pendaftaran Kenderaan;
- Masukan Kod Sekuriti;
- Tekan butang Semak;
- Selesai.
5. Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia
Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke luar negara dan ingin menyemak status dokumen perjalanan, anda boleh lakukan semakan melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia.
Cara Semak Senarai Hitam Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia)
Berikut merupakan cara check status perjalanan melalui Jabatan Imigresen untuk rujukan dan panduan anda bagi mengelakkan anda daripada terkandas dan tidak dapat terbang ke luar negara:
-
- Layari portal rasmi Sistem Semakan Perjalanan Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia di sini;
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan;
- Dan klik butang Semak – keputusan semakan akan dipaparkan sama ada ada halangan atau tiada halangan untuk ke luar negara.
Semoga panduan cara check nama blacklist ini boleh membantu anda untuk membuat semakan sebelum membuat apa-apa permohonan pinjaman atau sebelum ke luar negara. Penting untuk anda semak sama ada nama anda ada dalam senarai blacklist atau tidak untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti permohonan anda tidak ditolak oleh pihak bank.
Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan insurans untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh dapatkan perlindungan insurans kereta yang dikehendaki dengan mudah secara online sahaja.
Dimana atau saya untuk semakan ada senarai hitam sebelum UTK permohonan di Bank Rhb
Check black lifts