Cara Renew, Cara Daftar SSM Online 2024 Melalui EzBiz

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Renew, Cara Daftar SSM Online 2024 Melalui EzBiz

Sekiranya anda sedang atau mahu mula berniaga dan masih belum tahu cara daftar SSM online, panduan ini boleh membantu anda untuk menjadi peniaga yang sah. Untuk mendaftar syarikat anda sendiri di Malaysia bukanlah satu perkara yang rumit kerana anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah sahaja untuk mendaftarkan syarikat anda di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Artikel ini akan menjelaskan cara daftar SSM online untuk panduan anda.

Apa itu SSM dan Kenapa Perlu Daftar SSM?

SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) merupakan sebuah badan berkanun yang dibentuk hasil penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftar Pernigaan (ROB). Peranan utama SSM adalah untuk bertindak sebagai agensi yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Ini bermakna SSM bertanggungjawab menguruskan pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang menyeluruh untuk mengekalkan perkembangan positif dalam sektor korporat dan perniagaan Negara. Sekiranya perniagaan anda tidak membuat pendaftaran SSM, tindakan boleh dikenakan terhadap perniagaan anda kerana SSM telah mewajibkan semua peniaga tidak kira yang berniaga fizikal atau berniaga online untuk mendapat lesen yang sah.

Peniaga yang tidak mendaftar dengan SSM boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sekiranya disabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda RM50,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman sekali.

5 Kelebihan Daftar SSM

Sebagai peniaga, anda perlu mendaftar dengan SSM lebih-lebih lagi walaupun anda baru sahaja bermula perniagaan kecil-kecilan. Sebenarnya, mendaftarkan perniagaan anda merupakan satu perkara yang berbaloi kerana perniagaan anda akan nikmati pelbagai kelebihan. Berikut adalah kelebihan mendaftarkan perniagaan anda:

1. Perniagaan Anda Kini Sah dan Diiktiraf

Sebaik sahaja anda mendaftar SSM, perniagaan anda akan diiktiraf sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan SSM.

2. Lebih Dipercayai oleh Pelanggan 

Dengan adanya pelbagai penipuan scam menjual barang online, ramai yang takut untuk membeli barang terutama sekali secara online kerana mungkin akan timbul banyak keraguan. Apabila perniagaan anda mempunyai nombor SSM yang membuktikan ia satu perniagaan yang sah, orang ramai akan sedikit sebanyak berasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda.

3. Boleh Buka Akaun Semasa

Anda boleh apply untuk buka akaun semasa untuk perniagaan anda. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan akaun perniagaan dan akaun peribadi. Tahukah anda, sekiranya pihak bank mendapati terdapat banyak transaksi keluar masuk ke dalam akaun peribadi, akaun peribadi anda boleh dibekukan kerana disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun tersebut? Oleh sebab itu, mendaftar SSM adalah sangat penting supaya anda boleh buka akaun semasa.

4. Boleh Mendapatkan Skim Bantuan Perniagaan dan Pinjaman 

Sebagai peniaga yang berdaftar, anda layak untuk mendapat pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil. Berikut merupakan antara bantuan yang disediakan untuk peniaga yang berdaftar:

        1. Perlindungan insurans seperti insurans perniagaan
        2. Kemudahan kredit
        3. Kursus dan latihan
        4. Faedah baik pulih premis perniagaan
        5. Lain-lain

5. Kos Pendaftaran Murah 

Modal untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM boleh dikatakan murah dengan anggaran modal kurang RM60 setahun. Anda juga tidak perlu risau lagi dengan risiko denda RM50,000 atau penjara dua tahun atas sebab tidak mendaftar.

Syarat Daftar SSM

Berikut merupakan syarat daftar SSM yang anda perlu penuhi sebelum memohon lesen perniagaan:

  1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan

renew ssm online

Lesen Perniagaan SSM: Cara Register SSM dan Cara Renew SSM Online

Anda kini boleh renew dan daftar SSM secara online melalui platform EzBiz. Ikuti panduan di bawah untuk mengetahui cara renew dan cara daftar SSM online:

Proses Daftar SSM Online Melalui EzBiz

Berikut merupakan cara buat SSM secara online untuk rujukan anda:

1. Kenal Pasti Jenis Perniagaan dan Nama Perniagaan

Kenal pasti jenis perniagaan yang anda mahu daftar sama ada perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian. Untuk pemilihan nama pula, anda disarankan untuk shortlist beberapa pilihan nama kerana ada kemungkinan nama yang anda mahukan telah digunakan oleh orang lain.

2. Daftar Sebagai Pengguna EzBiz

EZBIZ merupakan satu platform yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempermudahkan urusan pengguna untuk mendaftar perniagaan menjadi lebih mudah dan pantas secara online. Untuk pendaftaran kali pertama, ikuti langkah di bawah:

        1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
        2. Klik butang SIGN UP bagi yang mendaftar pertama kali
        3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan
        4. Isi ruangan yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan dan nama Penuh
        5. Tekan REGISTER

Selepas anda selesai mengikuti prosedur di atas, anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz. Namun begitu, perlu diingatkan, anda masih belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.

3. Pergi ke Kaunter SSM untuk Aktifkan ID EzBiz

Untuk meneruskan pendaftaran perniagaan, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM atau UTC yang berdekatan dengan rumah anda. Anda perlu membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel anda. Selepas itu, anda akan aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Selesai isi maklumat tadi, anda perlu dapatkan pengesahan IC di kaunter SSM.

4. Log Masuk Semula ke Laman Web EzBiz dan Daftar SSM Online

Setelah ID anda telah diaktifkan, sila log in semula ke EzBiz tadi. Kemudian, untuk daftar syarikat di SSM, sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah submenu NEW BUSINESS REGISTRATION.

Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:

        1. Nama perniagaan
        2. Tarikh permulaan perniagaan
        3. Alamat utama perniagaan
        4. Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
        5. Maklumat pemilik dan rakan kongsi
        6. Jenis perniagaan yang akan dijalankan
        7. Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

5. Membuat Bayaran SSM

Seterusnya, anda perlu membuat pembayaran fi SSM. Berikut merupakan harga daftar SSM:

Butiran Caj yang Dikenakan 

Caj yang Dikenakan

Perniagaan Pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan

RM30

Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred (nama perniagaan yang dicadangkan)

RM60

Pendaftaran Cawangan Perniagaan

RM5 untuk setiap cawangan

Perubahan Maklumat Perniagaan

RM20

Cetakan Maklumat Perniagaan

RM10

6. Tunggu Pengesahan SSM

Setelah selesai membuat pembayaran, anda perlu tunggu pengesahan daripada pihak SSM. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM. Selepas itu, Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dilakukan.

Cara Renew Lesen Perniagaan SSM

Sekiranya lesen SSM anda tamat tempoh, anda disarankan untuk renew SSM anda dengan kadar segera. Hal ini kerana, SSM yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui dan perlu didaftarkan semula. Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian My Business Service dan Pilih Renewal by Owners
  4. Klik di ikon Action untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan
  5. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)
  6. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (satu tahun sehingga 5 tahun)
  7. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih seperti kad debit, kad kredit, perbankan online atau di kaunter
  8. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat

cara daftar ssm untuk bisnes online

Pastikan Perniagaan Anda dengan Membuat Pendaftaran Syarikat SSM

Kini, cara renew dan daftar SSM lebih mudah dengan adanya kemudahan perkhidmatan online yang disediakan oleh platform EzBiz. Seperti yang telah dijelaskan di dalam artikel ini, terdapat pelbagai kelebihan yang anda nikmati sebagai seorang peniaga dengan adanya lesen SSM. Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mendaftar, anda disarankan untuk mendaftar dengan kadar segera.

Selain itu, jika anda sedang mencari harga insurans motor terbaik, murah dan sangat berbaloi, anda boleh mendapatkannya di Qoala. Selain insurans motor, anda juga boleh dapatkan insurans kereta dan insurans rumah di sini!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60