9 Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui May 25, 2023 oleh Shafiq Wahab
9 Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar di Malaysia

Ada banyak sebab sesetengah individu ambil keputusan untuk jual kereta belum habis bayar. Ada individu yang jual kereta belum habis bayar kerana kereta tersebut jarang digunakan untuk kurangkan beban kewangan dan komitmen bulanan. Ada juga individu yang ambil keputusan upgrade atau trade-in kereta lama kepada kereta baharu disebabkan pertambahan ahli keluarga dan sebagainya.

Jual Kereta Belum Habis Bayar: Cara Mudah Jual Kereta yang Masih Ada Baki Pinjaman dengan Bank

Bagaimana cara jual kereta belum habis bayar yang masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank? Artikel ini akan kongsikan secara ringkas cara jual kereta belum habis bayar untuk memudahkan proses anda menjual kereta.

Anda secara asasnya perlu ambil tahu prosedur trade-in kereta atau jual kereta belum habis bayar ini. Cara ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu atau menjual kereta pada harga yang terlalu rendah.

1. Semak Baki Hutang Kereta

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum jual kereta belum habis bayar ialah melakukan semakan baki hutang pinjaman kereta dengan pihak bank.

Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan bank pinjaman anda untuk membuat semakan dan mendapatkan penyata penuh baki pinjaman terkini. Ini bagi membolehkan anda melakukan penyelesaian penuh atau full settlement sebelum anda boleh jual kereta belum habis bayar.

Selain itu, penting untuk anda mengetahui tempoh masa dan jumlah peratusan denda yang berkemungkinan akan dikenakan kepada anda sebelum melakukan penyelesaian penuh.

Sesetengah bank akan mengenakan denda atau penalti sekiranya hutang pinjaman diselesaikan lebih awal berbanding jangkaan. Ini kerana, sebahagian besar pinjaman kereta disertakan dengan tempoh lock-in.

Pihak bank biasanya membenarkan urusan jual kereta belum habis bayar selepas lima tahun (untuk tempoh pinjaman sembilan tahun) atau selepas empat hingga lima tahun (untuk tempoh pinjaman tujuh tahun).

2. Semak Harga Pasaran Semasa Kereta

Selain itu, anda juga perlu tahu harga pasaran semasa kereta anda sebelum anda jual kereta belum habis bayar. Anda boleh lakukan semakan harga pasaran semasa model kereta anda sama ada dengan:

  • Bertanyakan pihak bank harga pasaran semasa kereta;
  • Membuat tinjauan harga di mana-mana kedai kereta terpakai; atau
  • Melakukan carian secara online melalui mana-mana platform jual beli kereta terpakai di Malaysia.

Kedua-dua baki hutang kereta dengan pihak bank dan anggaran harga pasaran semasa kereta penting bagi mengelakkan anda daripada berdepan sebarang kerugian.

Andaikan harga jualan kereta belum habis bayar yang dipersetujui oleh pembeli lebih rendah daripada jumlah baki hutang dengan pihak bank. Anda perlu keluarkan belanja tambahan daripada simpanan anda untuk bayar jumlah yang tidak cukup tersebut.

3. Trade-In Kereta Lama: Mohon Loan Kereta Sebelum Jual Kereta Belum Habis Bayar

Jika anda memilih untuk trade in kereta lama kepada kereta baharu, anda dinasihatkan untuk memohon pinjaman kereta dengan pihak bank terlebih dahulu. Elakkan daripada membuat keputusan untuk trade-in kereta sebelum loan kereta anda betul-betul lulus untuk mengelakkan anda daripada pening kepala.

Selain itu, sediakan peruntukan untuk bayaran downpayment sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kereta yang ingin dibeli.

Tetapkan Harga Jualan Kereta yang Sesuai dengan Baki Hutang Pinjaman Anda dengan Pihak Bank

4. Servis dan Penyelenggaraan Kereta

Setelah selesai menetapkan harga jualan dan memohon pinjaman untuk kereta baharu, proses seterusnya yang perlu anda lakukan ialah mencari pembeli. Sebelum jual kereta belum habis bayar, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan nilai resale value kereta anda seperti:

Lakukan Servis

Penjagaan dan penyelenggaraan kereta yang betul dapat menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang. Ia juga dapat mengelakkan kos pembaikan yang tidak perlu.

Jika perlu, gantikan mana-mana komponen kereta yang telah rosak seperti wiper kereta, brek kereta, bateri kereta kong dan sebagainya.

Biasanya, bakal pembeli kereta cenderung untuk menawarkan harga kereta yang lebih tinggi sekiranya kereta berada dalam keadaan baik.

Bahagian Luaran Kereta

Bakal pembeli juga biasanya tertarik dengan kereta yang mempunyai penampilan luaran yang baik. Kereta yang kelihatan bersih, warna cat kereta tidak pudar, kereta dijaga rapi dan sebagainya dapat menarik harga jualan yang lebih mahal.

Selain itu, periksa rim dan tayar kereta dan gantikannya jika telah botak atau haus. Baiki juga kesan lekuk, calar dan sebagainya pada bahagian badan kereta.

Bahagian Dalaman Kereta

Kebersihan bahagian dalaman juga penting untuk sesetengah pembeli. Sebelum jual kereta belum habis bayar, bersihkan kotoran dan sisa makanan dalam kereta dan lain-lain untuk menarik minat pembeli.

5. Tentukan Harga Jualan Kereta

Kemudian, anda perlu tetapkan harga jualan kereta yang sesuai bergantung pada jumlah baki pinjaman dengan pihak bank. Penting untuk anda tentukan harga jualan kereta yang bersesuaian untuk maksimumkan keuntungan anda.

Untuk jual kereta belum habis bayar, anda secara umumnya perlu melakukan penyelesaian penuh atau full settlement terlebih dahulu.

Penyelesaian Penuh Jual Kereta Belum Habis Bayar

Apa itu penyelesaian penuh? Penyelesaian penuh dalam bahasa mudah merujuk pada bayaran penuh (penyelesaian) jumlah pinjaman yang masih berbaki dengan pihak bank.

Anda perlu langsaikan kesemua baki hutang pinjaman kereta terlebih dahulu, barulah anda boleh mendapatkan pinjaman lain untuk kereta baharu anda.

Untuk tentukan harga jualan kereta, anda boleh lihat kaedah penentuan harga jualan kereta seperti berikut:

i. Harga Pasaran Kereta Lebih Tinggi daripada Jumlah Baki Hutang

Andaikan baki hutang kereta anda dengan pihak bank berbaki sebanyak RM20,000. Manakala, pembeli menawarkan harga beli mengikut harga pasaran semasa kereta iaitu RM25,000.

Jika jumlah penyelesaian penuh lebih tinggi daripada harga ditawarkan oleh pembeli, anda tidak perlu menambah duit anda untuk membuat penyelesaian penuh kepada pihak bank.

Ini kerana, harga jualan lebih tinggi daripada jumlah baki hutang. Anda akan menerima lebihan baki bayaran RM5,000 yang boleh digunakan untuk tujuan lain seperti deposit rumah, downpayment kereta baharu dan sebagainya.

ii. Harga Pasaran Kereta Lebih Rendah daripada Jumlah Baki Hutang

Namun begitu, andaikan harga pasaran semasa kereta ialah RM25,000 dan baki hutang anda dengan pihak bank ialah RM28,000.

Jika jumlah penyelesaian penuh lebih rendah berbanding harga jualan, anda perlu menggunakan duit simpanan anda sendiri untuk menjelaskan baki hutang ini.

Ini bermaksud, jika anda bersetuju untuk jual dengan harga tersebut, anda perlu topup sendiri RM3,000 untuk menyelesaikan baki pinjaman.

6. Iklankan Jualan Kereta

Jika anda ingin jual kereta belum habis bayar sendiri, anda boleh iklankan di media sosial atau portal jual beli kereta online di Malaysia. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke mana-mana pusat jualan kereta terpakai. Biasanya, pihak ejen akan menguruskan semua urusan berkaitan jual kereta belum habis bayar bagi pihak anda.

Tips Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Bagi anda yang sedang mempertimbangkan untuk beli kereta terpakai, berikut antara tips beli kereta terpakai yang boleh anda ikuti bagi memastikan anda mendapatkan kereta idaman anda dengan kualiti yang terbaik:

i. Lakukan Pandu Uji dan Nilai Sendiri

Biasanya, pembeli yang berminat untuk membeli kereta akan menetapkan janji temu untuk test drive sendiri kereta yang dibeli. Kualiti sesebuah kereta terpakai adakalanya hanya boleh dinilai apabila anda merasai pengalaman memandunya sendiri.

ii. Pilih Pinjaman Kereta yang Sesuai

Sekiranya pembeli berminat untuk beli kereta belum habis bayar, pembeli boleh mendapatkan pinjaman daripada bank pilihan masing-masing.

Pihak bank biasanya akan meluluskan pinjaman kereta bergantung pada kelayakan gaji, rekod pinjaman sedia ada (rekod CCRIS dan CTOS) dan faktor-faktor lain.

iii. Ambil Tahu Jenis Insurans Kereta

Insurans kereta memainkan peranan penting dalam melindungi pemandu, penumpang dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan. Ia membantu mengurangkan beban kewangan untuk menanggung kerosakan, kecederaan atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Secara asasnya, insurans kereta terbahagi kepada tiga iaitu insurans third party, insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan insurans kereta komprehensif (insurans firsty party).

Jual Kereta Belum Habis Bayar: Sediakan Dokumen Lengkap untuk Melancarkan Proses

 

7. Sediakan Dokumen Penting

Sama ada anda ingin trade-in kereta lama atau jual kereta belum habis bayar untuk mendapatkan duit tambahan atau ingin kurangkan komitmen bulanan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen penting untuk memudahkan urusan jual beli.

Anda perlu sediakan dokumen yang biasanya diperlukan seperti berikut:

  • Geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan (VOC);
  • Kad pengenalan atau pasport;
  • Permit import (AP) (jika berkaitan);
  • Penyelesaian perjanjian sewa beli (untuk kereta dengan jumlah pinjaman tertunggak);
  • Invois pembelian (jika kereta dibeli secara tunai);
  • Surat kebenaran pihak ketiga (jika berkaitan).

8. Lakukan Pemeriksaan Puspakom

Jika pembeli bersetuju untuk beli kereta belum habis bayar, anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di Puspakom. Pemeriksaan Puspakom adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh semua kenderaan persendirian yang ingin melakukan pertukaran milikan kenderaan.

Secara asasnya, pemeriksaan Puspakom dilakukan bertujuan melindungi bakal pembeli daripada membeli atau memiliki kenderaan yang tidak sah seperti kereta potong-sambung.

Beli Kereta Sudah Habis Bayar

Jika pembeli bersetuju untuk beli kereta yang telah habis bayar secara tunai, pembeli hanya perlu bayar nilai yang telah dipersetujui kepada penjual.

Kemudian, kereta akan dibawa untuk pemeriksaan di Puspakom (Borang B5) sebelum proses tukar nama kereta boleh dilakukan di JPJ. Bayaran pemeriksaan Puspakom biasanya sekitar RM130 (RM30 untuk pemeriksaan Puspakom, RM100 untuk proses tukar hak milik).

Beli Kereta Belum Habis Bayar

Namun begitu, jika pembeli ingin beli kereta belum habis bayar, pembeli perlu memohon pinjaman kereta daripada pihak bank terlebih dahulu.

Biasanya, pihak bank memerlukan pembeli untuk melakukan Pemeriksaan Sewa Beli di Puspakom (Borang B7). Kadar bayaran tambahan yang dikenakan adalah sebanyak RM60.

Proses ini biasanya memakan masa yang lama kerana pembeli perlu menunggu kelulusan pinjaman sewa beli terlebih dahulu. Ia juga melibatkan banyak kertas kerja.

Pihak bank pembeli akan membayar baki hutang pinjaman kepada bank penjual sebelum kereta dapat dijual.

9. Tukar Nama Kereta di JPJ

Setelah selesai semua proses di atas, barulah anda boleh tukar nama di JPJ atau secara online. Urusan tukar nama kereta sebenarnya sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan orang tengah atau melakukan sendiri proses tukar nama JPJ di kaunter JPJ. Apa yang penting, bawa dokumen-dokumen diperlukan untuk tukar nama kereta seperti

  • Kad pengenalan;
  • Geran kereta;
  • Borang pemeriksaan Puspakom dan sebagainya.

Tukar Nama Kereta di JPJ Sebelum Urusan Jual Kereta Belum Habis Bayar Boleh Dilakukan

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Semoga perkongsian cara jual kereta belum habis bayar ini dapat membantu memudahkan urusan pemilik kenderaan untuk jual kereta. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans kereta yang komprehensif untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans online paling komprehensif dan terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan tawaran proses yang mudah dan pantas pada harga yang menarik dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

3 comments

    1. Encik boleh merujuk mana-mana platform jual beli kereta/kedai kereta terpakai untuk urusan jual beli kereta belum habis bayar. Biasanya, semua proses akan diuruskan bagi pihak anda.

  1. Hi boleh kah saya tolak balik kereta sy kepada bank sy baru pakai 6 bulan apa yang sy perlu buat sy rasa x mampu untuk teruskan pinjaman ni disebabkan pendapatan bulanan sy makin merosot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60