5 Cara Mudah Semak Cukai Tertunggak LHDN Melalui MyTax HASil

Kali terakhir diperbaharui Nov 2, 2023 oleh Shafiq Wahab
5 Cara Mudah Semak Cukai Tertunggak LHDN Melalui MyTax HASil

Ramai individu yang melaporkan ada terima panggilan scammer yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan cukai tertunggak LHDN. Antara taktik licik yang digunakan sindiket scammer ini antaranya mendakwa mangsa memiliki kes berkaitan cukai tertunggak LHDN yang lama. Ekoran itu, ada mangsa yang terpedaya sehingga berdepan kerugian ribuan Ringgit.

MyTax HASil: 5 Cara Semak Tunggakan Cukai LHDN Secara Online

Penting untuk anda semak cukai tertunggak LHDN bagi membantu anda ketahui kedudukan cukai semasa anda selain mengelakkan anda daripada tertipu atau menjadi mangsa scam LHDN. Anda disarankan untuk semak status percukaian atau cukai tertunggak anda melalui portal MyTax LHDN.

Jika anda pernah berdaftar sebelum ini, anda hanya perlu log masuk ke portal MyTax dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Namun begitu, anda boleh ikuti cara semak cukai tertunggak LHDN seperti berikut jika anda belum pernah berdaftar.

  1. Layari portal MyTax untuk semak tunggakan cukai, kemudian klik Log Masuk Kali Pertama;
  2. Masukkan No. PIN dan No. Rujukan (nombor kad pengenalan) dan klik Hantar;
  3. Pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN boleh mendapatkan No. PIN LHDN melalui cawangan LHDN berdekatan atau permohonan secara dalam talian melalui pautan tersedia;
  4. Setelah berjaya, sistem akan paparkan skrin Dashboard;
  5. Dashboard akan memaparkan maklumat berkaitan seperti ringkasan maklumat cukai, peti mel, profil, status MyTax, Senarai Menu, Chatbox dan Perkhidmatan.

Cukai Tertunggak LHDN, 5 Tips Elak Tindakan Mahkamah

Ramai orang khususnya orang muda mengambil mudah atau mengabaikan bayaran cukai pendapatan. Akibatnya, kemungkinan berlaku tunggakan cukai dan berdepan risiko tindakan mahkamah. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, berikut lima tips bijak urus kewangan terutamanya cukai untuk rujukan anda:

1. Peka dan Ambil Peduli dengan Peruntukan Undang-undang

Individu yang tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan dan hanya makan gaji perlu menjelaskan cukai pendapatan tahunan selewat-lewatnya 30 April setiap tahun. Bagi individu yang berniaga pula, amaun cukai tahunan perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 Jun setiap tahun.

Mana-mana individu yang tidak menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan cukai syarikat boleh menyebabkan nama kena blacklist dan tidak dibenarkan ke luar negara.

2. Rujuk Maklumat Berkenaan Cukai di Portal Rasmi HASil

Secara asasnya, pelbagai maklumat berkaitan cukai pendapatan boleh didapati di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Maklumat-maklumat ini boleh membantu anda memahami sistem percukaian dengan lebih baik.

Selain portal ini, anda juga boleh merujuk maklumat berkaitan percukaian di platform media sosial rasmi HASil dan mana-mana portal yang pakar dalam bidang percukaian.

Semak Cukai Tertunggak LHDN melalui MyTax HASil

3. Hubungi Pegawai Perhubungan Pelanggan HASil

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan cukai, anda boleh menghubungi talian rasmi HASil di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 bagi panggilan dari luar negara.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan saluran komunikasi lain seperti HASiL Live Chat, Facebook, Twitter, Instagram dan Borang Maklum Balas Pelanggan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan tunggakan cukai.

4. Semak Kedudukan Cukai Tertunggak LHDN Melalui MyTax LHDN

Orang ramai juga boleh menyemak kedudukan cukai semasa melalui portal MyTax LHDN. Portal ini membolehkan pengguna mengisytiharkan cukai pendapatan dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan cukai.

Apa Itu MyTax Lembaga Hasil Dalam Negeri?

Portal MyTax LHDN berfungsi sebagai portal maklumat sehenti (one stop centre) untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing. Anda boleh menggunakan portal ini untuk menyemak:

      1. Baki cukai terkini – cukai tertunggak LHDN atau lebihan kredit;
      2. Tarikh bayaran balik lebihan kredit tahun sebelum;
      3. Senarai potongan PCB oleh majikan – semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum sahaja;
      4. Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini;
      5. Perincian lejar cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun terkini;
      6. Senarai ansuran CP500;
      7. Rekod SPC.

Selain itu, portal ini juga turut menyediakan akses ke perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti ByrHasil, e-Filing LHDN, e-Kemaskini dan lain-lain.

5. Bincang untuk Bayaran Ansuran Cukai Pendapatan

Pihak HASil mengalu-alukan perbincangan dengan mana-mana individu atau wakil syarikat untuk menjelaskan cukai tertunggak LHDN melalui bayaran ansuran. Individu yang terlibat perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk urusan ini:

  • Penyata aliran tunai bulanan;
  • Penyata bank beberapa bulan terkini;
  • Senarai komitmen bulanan;
  • Amaun ansuran yang ingin dicadangkan.

Bayar Cukai Tertunggak LHDN untuk Elakkan Tindakan Mahkamah

Kesimpulannya, pembayaran cukai pendapatan penting bagi membantu kerajaan menyalurkan dana bantuan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, bayaran cukai juga penting untuk pembangunan dan kesejahteraan negara. Oleh sebab itu, penting untuk anda menjalankan tanggungjawab anda dengan membayar cukai secara konsisten dan elakkan cukai tertunggak LHDN.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Ia menawarkan jaminan proses beli insurans kereta yang mudah dan selamat pada harga yang mampu milik.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60