Cara Tukar Nama Kereta Online, Kos Tukar Nama Kereta di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Apr 20, 2023 oleh Hariz Hafiz
Cara Tukar Nama Kereta Online, Kos Tukar Nama Kereta di Malaysia

Bagi kebanyakan orang terutama mereka yang tidak pernah melakukan urusan berkaitan tukar nama kenderaan, ia mungkin kedengaran rumit dan menyusahkan. Namun sebenarnya, prosedur tukar nama kereta atau tukar hak milik kenderaan tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Anda perlu tahu perkara-perkara berkaitan proses tukar nama kereta terutamanya jika anda beli kereta terpakai atau ingin jual kereta lama anda.

Panduan Tukar Hak Milik Kenderaan: Proses Tukar Nama Kereta yang Anda Perlu Tahu

Proses tukar nama kereta adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan. Ini kerana, jika berlaku sesuatu insiden atau kemalangan jalan raya, pemilik kereta yang sah mengikut nama yang tercatat dalam geran kereta mungkin perlu bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

Qoala menyenaraikan cara tukar nama kenderaan dan panduan lengkap proses tukar hak milik kenderaan secara sukarela termasuk proses tukar nama kereta owner meninggal dunia seperti berikut:

4 Cara Tukar Nama Kereta di JPJ

Urusan tukar nama kereta atau cara nak tukar nama kereta sebenarnya sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh menggunakan perkhidmatan orang tengah atau melakukan sendiri proses tukar nama JPJ di kaunter JPJ.

Proses tukar nama kereta JPJ perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan risiko-risiko lain yang mungkin boleh berlaku. Sekiranya anda jual atau beli kereta tetapi tidak tukar nama kereta, andaikan pembeli yang beli kereta terpakai anda lakukan kegiatan jenayah, anda mungkin dipertanggungjawabkan atas perkara yang berlaku kerana kereta masih lagi atas nama anda pada geran kereta.

Dalam kes seperti ini, pihak polis mestilah cari pemilik kenderaan. Sifir mudah, penama pada geran kereta adalah pemilik kereta yang sah meskipun kereta tersebut telah digunakan atau telah dijual kepada pihak lain. Oleh sebab itu, penting untuk anda tukar nama kereta dengan segera sekiranya berlaku pertukaran pemilik kenderaan untuk mengelakkan situasi sebegini daripada berlaku.

1. Selesaikan Baki Bayaran

Jika anda ingin jual kereta lama anda kepada individu lain, anda perlu pastikan hutang atau baki bayaran kereta dilangsaikan sepenuhnya. Ini kerana, kereta belum habis bayar tertakluk kepada situasi lain yang tidak membolehkan anda untuk tukar nama pemilik sewenang-wenangnya.

2. Puspakom Tukar Nama: Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Hak Milik

Kedua, anda perlu lakukan pemeriksaan kereta di Puspakom untuk tukar nama kereta kepada nama pemilik baharu. Anda boleh lakukan proses ini sendiri atau pemilik kereta yang baharu boleh hadir ke Puspakom untuk lakukan pemeriksaan.

Bagi membantu memudahkan proses anda, anda disarankan untuk buat janji temu dengan pihak Puspakom terlebih dahulu. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk lakukan pemeriksaan Puspakom di mana-mana lokasi pilihan anda melalui pemeriksaan bergerak Puspakom. Anda boleh rujuk laman web Puspakom bagi ketahui cara tukar nama geran kereta secara online di Puspakom.

Panduan Pendaftaran Sistem Janji Temu Pemeriksaan MyPuspakom untuk Proses Pertukaran Nama Kereta

Sekiranya anda ingin mengetahui cara booking Puspakom tukar nama geran kereta, panduan berikut mungkin boleh membantu memudahkan urusan pemeriksaan tukar hak milik kenderaan anda:

i. Pendaftaran Akaun MyPuspakom
    1. Tekan butang Daftar Masuk Kali Pertama;
    2. Kemudian, pilih jenis akaun yang sesuai mengikut jenis pemeriksaan;
    3. Masukkan maklumat akaun yang diperlukan – nama, nombor kad pengenalan, alamat dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan;
    4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan;
    5. Kemudian tekan butang Daftar.
b. Janji Temu Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Nama Kereta Puspakom
    1. Daftar Masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah disahkan;
    2. Pilih butang Temunjanji Baru;
    3. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan – kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya;
    4. Kemudian, pilih Negeru dan Tarikh pemeriksaan pilihan anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan tertakluk pada situasi dan keadaan semasa;
    5. Sekiranya pemeriksaan dilakukan melalui Wakil, masukkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
    6. Sahkan maklumat janji temu anda;
    7. Sahkan jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet);

Bawa bersama dokumen-dokumen seperti kad pengenalan dan geran asal kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) ketika pemeriksaan Puspakom. Selain itu, jangan lupa untuk bawa bersama Slip Pengesahan Janji Temu semasa pemeriksaan.

Setelah pemeriksaan selesai, pihak Puspakom akan mengeluarkan Borang B5 Puspakom yang akan digunakan oleh pihak JPJ semasa prosedur tukar nama kereta dilakukan. Harga Puspakom tukar nama kereta yang dikenakan adalah sebanyak RM30 sahaja.

3. Urusan di JPJ Tukar Nama Kereta (Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Asal)

Sekiranya anda pemilik asal kereta, anda perlu hadirkan diri ke pejabat JPJ bagi urusan tukar nama hak milik kenderaan. Proses tukar nama kenderaan perlu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memerlukan pengesahan biometrik (pengesahan cap jari). Oleh sebab itu, pemilik asal perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk proses lanjut.

Bawa bersama dokumen untuk tukar nama kereta seperti kad pengenalan dan geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Anda perlu isi borang tukar nama di JPJ – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3).

Untuk mengisi borang ini, anda perlu memasukkan maklumat-maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan serta alamat pemilik asal dan pemilik baharu.

Setelah selesai mengisi borang, semakan cap jari (thumbprint tukar nama kereta) akan dilakukan. Pihak JPJ kemudiannya akan keluarkan slip thumbprint JPJ menandakan urusan tukar hak milik kenderaan kini selesai bagi pihak anda.

4. Urusan di JPJ Tukar Nama Kereta (Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Baharu)

Sekiranya anda merupakan pemilik kereta yang membeli kereta terpakai ini pula, anda perlu tahu bahawa roadtax kereta dan insurans kereta akan terbatal secara automatik setelah urusan pengesahan cap jari pemilik asal dilakukan.

Juster itu, anda disarankan untuk renew roadtax kereta dan insurans kereta atas nama anda terlebih dahulu sebelum lakukan urusan tukar nama di JPJ. Setelah selesai, pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dengan pemilikan atas nama anda.

Untuk urusan ini, anda perlu bawa dokumen yang diperlukan untuk tukar nama kenderaan seperti kad pengenalan, geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), borang B5 Puspakom dan slip thumbprint JPJ pemilik asal.

cara tukar nama kereta

2 Cara Tukar Nama Kereta Tanpa ke JPJ (Cara Tukar Nama Kereta Online)

Selain tukar hak milik kenderaan secara fizikal, pihak JPJ juga ada menyediakan perkhidmatan tukar nama kereta tanpa ke JPJ. Qoala turut menyediakan panduan lengkap tukar nama kereta tanpa ke JPJ (tukar hak milik kenderaan online) melalui portal MySikap seperti berikut:

1. Daftar Akaun MySikap

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan MySikap, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu. Selain proses pindah milik sukarela (tukar hak milik kenderaan online), portal MySikap juga membolehkan anda melakukan urusan berkaitan:

    1. Pembaharuan dan pembatalan lesen kenderaan motor;
    2. Pembaharuan lesen memandu;
    3. Permohonan permit memandu antarabangsa;
    4. Rayuan lesen memandu tamat tempoh;
    5. Semakan saman JPJ.

2. Log Masuk Akaun MySikap

Setelah pendaftaran selesai atau sekiranya anda sudah mempunyai akaun MySikap, anda boleh terus log masuk ke dalam akaun anda. Anda boleh ikuti cara tukar nama kenderaan secara online seperti berikut:

i. Proses Tukar Nama Kereta: Pemilik Asal Kereta

Bagi pemilik asal kereta, anda perlu ikuti proses tukar nama kereta online seperti berikut:

    1. Log Masuk dan pilih Kenderaan;
    2. Kemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar);
    3. Masukkan Nombor Plat Kereta dan klik Teruskan;
    4. Maklumat berkaitan akan dipaparkan – sahkan maklumat, kemudian sekali lagi klik Teruskan;
    5. Masukkan alamat e-mel Pendaftar dan Pemilik Baharu, kemudian klik Teruskan
    6. Proses selesai – simpan resit untuk rujukan anda.
ii. Proses Tukar Nama Kereta: Pemilik Baharu

Sekiranya anda pemilik kereta yang baharu, berikut langkah untuk tukar nama JPJ online untuk panduan anda:

    1. Log Masuk dan pilih Kenderaan;
    2. Kemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu);
    3. Masukkan Nombor Plat Kereta dan klik Teruskan;
    4. Bagi ruangan Pengisytiharan Kenderaan, pilih Semenanjung dan klik Teruskan;
    5. Masukkan maklumat pembayaran dan klik Bayar;
    6. Sahkan maklumat dan klik Teruskan;
    7. Cetak resit dan bawa bersama untuk proses selanjutnya di mana-mana cawangan JPJ berdekatan.

Meskipun proses awal tukar hak milik kenderaan boleh boleh dilakukan secara online, anda masih perlu menghadirkan diri secara fizikal ke JPJ untuk urusan pengesahan cap jari atau thumbprint JPJ tukar nama kereta.

3 Proses Tukar Nama Kenderaan Owner Meninggal Dunia

Bagi kes owner kereta meninggal dunia pula, procedure tukar nama kenderaan boleh dikatakan sedikit complicated lebih-lebih lagi jika pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat. Berikut merupakan panduan lengkap cara tukar hak milik kereta owner meninggal dunia untuk panduan anda:

1. Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah

Sekiranya pemilik asal tidak meninggalkan sebarang wasiat, waris boleh lakukan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu. Setelah pengagihan selesai, waris akan menerima surat perintah pembahagian pemilikan harta yang ditinggalkan.

Waris yang menerima kenderaan atas nama si mati boleh melakukan proses tukar nama menggunakan surat perintah pembahagian sebagai sokongan pemilikan. Urusan ini perlu dilakukan dengan segera sebelum cukai jalan tamat tempoh.

Ini kerana, cukai jalan kereta yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui untuk tempoh enam (6) bulan sekali sahaja oleh waris terdekat.

2. Pemeriksaan Puspakom Tukar Nama

Setelah urusan pembahagian harta pusaka selesai, waris perlu membawa geran asal dan kenderaan ke Puspakom untuk pemeriksaan. Sama seperti proses penukaran hak milik kenderaan secara sukarela, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5 Puspakom.

Borang ini akan digunakan semasa proses penukaran nama kereta dilakukan.

3. Hadir ke JPJ Tukar Milik

Setelah selesai kedua-dua proses di atas, waris boleh melakukan urusan tukar nama di mana-mana pejabat JPJ berdekatan. Berapa kos tukar nama kereta atau bayaran tukar nama kereta? Harga tukar nama kereta 2023 di JPJ adalah seperti berikut:

    1. Harga tukar nama motor – RM30;
    2. Harga tukar nama kereta – RM100;
    3. Kenderaan perdagangan – RM40;
    4. Kenderaan off-road – RM100.

Bagi melancarkan urusan hak milik kenderaan, waris atau pemohon dinasihatkan untuk hadir sendiri ke JPJ. Sekiranya pemohon ingin menghantar wakil bagi pihak mereka, pemohon perlu menyediakan maklumat pengesahan diri serta surat rasmi lantikan wakil. Bagi urusan ini juga, pemohon perlu sediakan dokumen tukar nama kereta seperti berikut:

    1. Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau
    2. Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah; atau
    3. Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah; atau
    4. Salinan Perintah Pembahagian/Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)  1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau
    5. Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah;
    6. Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
    7. Akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/Majistret/Hakim;
    8. Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama/pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
    9. Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau                             
    10. Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

prosedur tukar nama kereta

Prosedur Tukar Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta Belum Habis Bayar

Ada sebahagian daripada anda mungkin tertanya-tanya boleh ke tukar nama kereta belum habis bayar, atau bagaimana cara nak tukar nama kereta yang belum habis bayar? Bagi pemilik kenderaan yang berhasrat untuk jual kereta belum habis bayar atau kereta yang masih terikat dengan loan bank, panduan ini mungkin boleh membantu anda.

Boleh ke Tukar Nama Kereta Belum Habis Bayar?

Secara asasnya, anda tidak boleh atau tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar nama kereta yang belum habis bayar sama ada kepada nama suami atau isteri, adik-beradik atau ibu bapa.

Dalam erti kata lain, tiada cara nak tukar kereta yang belum habis bayar. Sekiranya anda terikat dengan pinjaman bank, anda perlu melangsaikan tunggakan baki pinjaman terlebih dahulu sebelum boleh menukar nama milikan kenderaan. Meskipun begitu, ia tertakluk pada situasi-situasi tertentu.

Sebagai contoh, pemilik baharu yang beli kereta belum habis bayar boleh memohon loan kereta yang baharu ke atas kereta yang sama. Kadar faedah dan jumlah pinjaman bergantung pada kadar faedah pinjaman semasa dan amaun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (harga pasaran semasa).

Cara ini membolehkan nama pemilik lama kereta ditukarkan kepada pemilik baharu, dan hutang pinjaman akan diselesaikan oleh pihak bank peminjam atau pembeli baharu ini.

Syarat Tukar Nama Kereta, Dokumen untuk Tukar Nama Kereta di Malaysia

Bagi memudahkan proses pertukaran nama kereta, terdapat beberapa syarat-syarat tukar nama yang perlu dipatuhi dan dokumen tukar nama yang perlu disediakan oleh anda. Anda boleh rujuk syarat dan dokumen yang diperlukan untuk tukar nama kereta seperti berikut:

1. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Am Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)

Berikut merupakan syarat am tukar milik kenderaan yang perlu dipatuhi sebelum anda lakukan prosedur tukar hakmilik kenderaan:

  1. Pemilik asal kereta dan pembeli hendaklah hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPJ untuk urusan pengesahan cap jari atau thumbprint secara biometrik di JPJ;
  2. Bagi proses tukar nama kereta tanpa owner, wakil hanya boleh dilantik oleh pihak pemilik berdaftar atau pemilik baharu (pembeli) untuk kenderaan selain hak milik persendirian individu;
  3. Tiada sebarang sekatan seperti rekod tuntutan hak milik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senarai hitam dan sebagainya;
  4. Kenderaan yang ingin ditukar nama (kecuali motosikal) telah melalui pemeriksaan di Puspakom;
  5. Permit kenderaan perdagangan bagi pemilik asal berdaftar telah dibatalkan;
  6. Fi telah dijelaskan;
  7. Dokumen untuk tukar nama kereta (pemilik asal kenderaan dan pembeli) adalah seperti berikut: 
  • Dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau pasport;
  • Jika kereta yang ingin ditukar nama bukan hak milik persendirian individu, surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;
  • Borang JPJK3 yang telah lengkap diisi;
  • Perakuan pendaftaran kenderaan motor;
  • Pengesahan identiti Kerajaan /Bank /Syarikat Kewangan /Insurans /Pertubuhan /Koperasi /Syarikat Sendirian Berhad /Syarikat Berhad /Perniagaan Milikan Tunggal /Perniagaan Perkongsian /Badan Berkanun /Pihak Berkuasa Tempatan /Kedutaan /Pesuruhjaya Tinggi /Konsulat /Pertubuhan Antarabangsa seperti:
    1. Salinan Borang 49 (WAJIB);
    2. Salinan resolusi/minit mesyuarat berkaitan persetujuan penjualan kenderaan;
    3. Borang 9 atau Borang 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (mana-mana yang berkenaan);
    4. Salinan Borang D yang disahkan SSM;
    5. Dokumen-dokumen lain berkaitan pengesahan identiti (yang berkaitan);
    6. Surat persetujuan penjualan kenderaan motor.

2. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Khas Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)

Berikut pula merupakan syarat khas tukar nama kereta yang perlu dipatuhi sebelum anda lakukan prosedur tukar hak milik kenderaan:

  1. Bagi pemilik berdaftar yang berada di luar negara, anda perlu sediakan salinan pasport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia mengikut lokasi pemilik berdaftar berada. Selain itu, anda juga perlukan akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia mengikut lokasi pemilik berdaftar berada;
  2. Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi pula, anda perlukan perintah mahkamah untuk tukar hak milik kenderaan;
  3. Kenderaan milik syarikat/ perkongsian yang telah digulungkan/ dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers/Liquidators, anda perlukan dokumen seperti berikut:
  • Surat persetujuan penjualan kenderaan;
  • Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;
  • Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;
  • Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM.
  1. Bagi kenderaan perdagangan pula, anda perlukan perkara-perkara berikut:
  • Kenderaan off-road khususnya perlu menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;
  • Kenderaan jentera/ kenderaan bomba/ trak tunda/ kenderaan mayat hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A/ PG13B;
  • Surat pembatalan permit/ surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD/ LPKP/ Kementerian Pelancongan;
  • Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;
  • Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled;
  • Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
  • Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan/ MITI/ Kastam yang disahkan (jika berkenaan).

Semoga perkongsian tukar nama pemilik kenderaan ini dapat membantu memudahkan urusan tukar nama kereta anda. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan insurans kereta dan insurans motor terbaik untuk anda, layari laman web rasmi Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia dengan tawaran harga insurans yang menarik dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

2 comments

  1. Saya sudah membeli van pada orang biasa, geran belum tukar nama lagi.. van itu sudah ada 2 orang yang beli, jadi saya org ke 3 membeli van tu tanpa tukar nama.. owner sebenar van tu telah meninggal dunia.. bagaimana saya hendak tukar nama hak milik? Owner tiada anak, isteri saja yg ada.. adik saja yg ada.. lagi teruk, van sekarang ada di bengkel, sebab orang langgar hadapan van.. orang jual van, lepas tangan tidak mahu tanggung jawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60