Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta Lelong 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta Lelong 2024

Beli kereta lelong merupakan pilihan terbaik untuk individu dengan situasi kewangan yang terhad, tidak layak mendapatkan loan kereta atau ingin beli kereta murah. Namun begitu, cara beli kereta terpakai ini lebih berisiko dan bakal pembeli terdedah pada kerugian luar jangka jika tidak lakukan persediaan sewajarnya.

5 Risiko Beli Kereta Lelong yang Anda Perlu Pertimbangkan

Proses jual beli kereta lelong biasanya akan dilakukan oleh pihak bank atau pihak JPJ. Kereta kena lelong dilakukan kerana pemilik kereta tidak dapat bayar atau ada tunggakan hutang pinjaman kereta untuk tempoh tertentu. Sebelum beli kereta lelong, penting untuk anda sebagai pembeli tahu beli kereta lelong ada risiko yang tersendiri.

1. Risiko Kena Tipu

Sebelum beli kereta lelong, pastikan anda beli melalui platform atau saluran yang dipercayai. Ini bagi mengelakkan anda terdedah kepada risiko kena tipu. Ada kes di Pulau Pinang tiga beradik kerugian RM27,300 apabila hasrat untuk beli kereta lelong murah lebur kerana ditipu oleh wanita yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Oleh sebab itu, anda perlu berhati-hati sebelum beli kereta lelong atau mana-mana kereta terpakai. Buat survei dan pastikan ejen pembelian boleh dipercayai untuk elakkan risiko-risiko penipuan sebegini.

2. Kereta Tiada Waranti

Kereta lelong biasanya dijual tanpa sebarang waranti atau jaminan kualiti. Ia tidak sama seperti kereta baharu atau kereta terpakai yang dijual melalui pengedar kereta yang dipercayai. Jika berlaku apa-apa kerosakan setelah anda beli kereta tersebut, anda perlu menanggung semua kos pembaikan dan penyelenggaraan sendiri.

Kos-kos ini mungkin lebih tinggi jika kereta yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik. Lakukan pemeriksaan yang menyeluruh untuk mengenal pasti sama ada:

tips elakkan beli kereta banjir

Selain itu, lakukan pemeriksaan nombor VIN kereta. Nombor VIN adalah cara paling mudah untuk elak penipuan daripada penjual kereta terpakai. Pastikan nombor pada cermin depan sama dengan nombor VIN pada keseluruhan bahagian kereta yang lain.

Periksa juga bahagian dalam kabin dan kenal pasti sama ada terdapat sebarang kesan air, lumpur atau bau hapak – ini tanda-tanda biasa kereta tenggelam banjir.

3. Kualiti Kereta Tidak Terjamin

Pembelian kereta lelong terdedah kepada risiko yang lebih tinggi kerana kereta lelong biasanya dijual ‘seadanya’ atau as is. Pembelian kereta lelong juga tidak boleh dipandu uji (test drive) dan seperti dinyatakan di atas, tiada jaminan waranti daripada penjual.

Ini bermaksud, anda tidak dapat menentukan kualiti kereta yang dibeli. Jika anda mendapati ada kerosakan pada kereta selepas beli kereta lelong, anda perlu menanggung sendiri kos pembaikan kerosakan ini.

4. Kos Pembaikan dan Penyelenggaraan Tinggi

Anda mungkin bernasib baik jika kereta lelong yang dibeli tidak memerlukan pembaikan total. Tetapi, bayangkan jika kereta tiba-tiba rosak tepi jalan semasa memandu pulang, anda tidak dapat membuat sebarang tuntutan.

Anda perlu pertimbangkan kos tambahan yang perlu dikeluarkan untuk kos pembaikan dan penyelenggaraan di bengkel yang mungkin menelan belanja yang lebih tinggi.

Sebelum beli kereta lelong, ambil kira anggaran kos pembaikan biasa bagi model yang ingin dibeli termasuk kos tersembunyi lain yang mungkin perlu ditanggung. Pastikan anda bersedia untuk menanggung kos-kos tersebut.

5. Nilai Bidaan Melebihi Nilai Pasaran

Proses jual beli kereta lelong biasanya melalui proses pembidaan yang sangat pantas dan kompetitif. Oleh sebab itu, adakalanya bakal pembeli mudah terbawa-bawa dengan persekitaran, dan cenderung untuk bida harga kereta melebihi harga nilai pasaran semasa kereta. Untuk elakkan situasi ini:

Lakukan Survei di Internet

Sebelum anda menyertai proses lelong kereta, ambil tahu harga pasaran maksimum untuk kereta yang ingin dibeli. Lakukan carian di internet untuk mengelakkan anda terlebih bida atau overbidding.

Di Malaysia, ada beberapa platform jual beli kereta terpakai di Malaysia yang boleh membantu anda survei nilai pasaran semasa kereta.

Minta Pendapat Ahli Keluarga, Kenalan

Tanya rakan atau ahli keluarga bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai proses lelong kereta yang akan dilakukan.

Dapatkan gambaran awal keadaan kereta yang ingin dibeli melalui proses lelong kereta. Jika tersilap langkah, kos pembaikan kereta yang lebih tinggi atau kerosakan kereta yang serius mungkin menghantui anda.

Tetapkan Bajet Sendiri

Tetapkan bajet bidaan maksimum. Pastikan kos kereta lelong yang dibida tidak melebihi bajet yang anda tetapkan. Ia bagi elakkan anda daripada berbelanja melebihi kemampuan dan nilai pasaran semasa kereta yang ingin dibeli.

tahu cara beli kereta lelong yang betul untuk elakkan anda daripada tertipu

Beli Insurans Kereta di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan

Proses pembelian kereta lelong merupakan suatu proses yang menakutkan dan memenatkan, lebih-lebih lagi jika anda terbeli kereta yang tidak berkualiti. Pastikan anda fikir masak-masak sebelum buat keputusan.

Untuk ketenangan fikiran, anda boleh pertimbangkan mana-mana platform kereta terpakai yang menawarkan kereta terpakai dengan jaminan kualiti. Selain kualiti, beri tumpuan pada perlindungan insurans kereta juga untuk ketenangan fikiran.

Anda boleh renew insurans kereta anda di Qoala untuk jaminan perlindungan tanpa menjejaskan kewangan anda. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans yang membantu anda memilih insurans kereta terbaik yang menepati bajet dan keperluan anda. Dapatkan sebut harga percuma hari ini!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60