Bayar Habis Loan Kereta, Tukar Hak Milik Kenderaan Melalui e-Batal JPJ

Kali terakhir diperbaharui May 30, 2023 oleh Shafiq Wahab
Bayar Habis Loan Kereta, Tukar Hak Milik Kenderaan Melalui e-Batal JPJ

Bayar habis loan kereta selepas tempoh pinjaman lima, tujuh atau sembilan tahun boleh dikatakan satu pencapaian yang sangat memuaskan. Anda tidak perlu lagi risau untuk bayar ansuran bulanan dan boleh gunakan wang tersebut untuk tujuan lain seperti simpanan, pelaburan atau perbelanjaan lain. Tetapi sebelum anda menarik nafas lega, terdapat satu lagi perkara penting yang anda mesti lakukan iaitu menukar status hak milik kenderaan anda dari bank atau pihak peminjam kepada nama anda sebagai pemilik kenderaan melalui e-batal JPJ.

Selepas Bayar Habis Loan Kereta, Tuntut Hak Milik Penuh Kenderaan

Ramai yang masih belum tahu tentang kepentingan prosedur e-Batal JPJ yang harus dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. e-JPJ merupakan proses menukar nama pemilik kereta dengan mengeluarkan nama bank atau pemberi pinjaman daripada geran kereta asal kepada nama pemilik kenderaan. Oleh sebab itu, jika anda telah melunaskan keseluruhan baki pinjaman kereta, anda perlu menukar status hak milik kenderaan  kepada nama anda.

Sekiranya anda membeli kereta dengan mengambil pinjaman bank, anda akan perasan terdapat frasa “Hak Milik Dituntut oleh: XXXX” pada geran kereta anda. Ini bermaksud kereta anda masih lagi menjadi milik bank atau institusi kewangan sehingga anda selesai membayar hutang pinjaman anda sepenuhnya. Bagi memastikan bahawa geran kereta telah menjadi hak milik anda sepenuhnya, ia perlu diluluskan dengan status “Batal Melalui Sistem”. Ini adalah prosedur yang penting untuk memastikan bahawa anda sah memiliki kereta tersebut.

Proses e-Batal JPJ: 4 Langkah Anda Perlu Ikuti

Pastikan bahawa anda telah menyelesaikan baki hutang pinjaman kereta sepenuhnya sebelum anda memulakan prosedur e-Batal JPJ. Jika anda masih mempunyai hutang, jelaskannya terlebih dahulu sebelum memindahkan hak milik daripada bank kepada nama anda. Anda perlu merujuk kepada e-Batal yang disediakan oleh bank pemberi pinjaman kereta anda seperti e-Batal Maybank, e-Batal Public Bank, e-Batal Hong Leong Bank, e-Batal AmBank atau e-Batal CIMB.

1. Terima Geran Kereta Asal Selepas Bayar Habis Loan Kereta

Selepas anda menjelaskan bayaran terakhir untuk kereta anda, syarikat pengeluar kenderaan yang anda berurusan akan memberikan geran asal sebagai bukti bahawa anda kini memiliki kenderaan tersebut.

2. Dapatkan Surat Pelepasan daripada Bank

Anda perlu hubungi pihak bank untuk memastikan sama ada surat pelepasan telah dikeluarkan oleh pihak bank untuk proses pembatalan. Surat pelepasan ini menunjukkan bahawa bank telah melepaskan tuntutan ke atas kereta anda. Secara umumnya, bank akan menghantar surat pelepasan tersebut terus kepada pihak JPJ.

3. Kunjungi Cawangan JPJ Berdekatan Anda

Setelah anda menerima surat pelepasan daripada bank atau institusi kewangan, anda perlu kunjungi mana-mana cawangan JPJ berdekatan anda untuk membatalkan hak milik bank peminjam daripada geran kereta anda. Apabila berada di cawangan JPJ, pastikan anda menyatakan niat anda untuk membatalkan hak milik bank peminjam daripada geran kereta asal kepada pegawai JPJ. Tunggu sehingga giliran anda dipanggil untuk memproses permohonan pembatalan.

4. Proses e-Batal JPJ Selesai

Anda mesti pastikan bahawa geran kereta anda mempunyai cop e-Batal yang dikeluarkan oleh JPJ mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jika anda telah menerima cop ini, itu bermakna bahawa kereta tersebut sekarang menjadi hak milik anda sepenuhnya.

full loan kereta

Lakukan Prosedur e-Batal JPJ dengan Segera

Sebaik-baiknya, anda perlu mengeluarkan status hak milik bank daripada geran kereta anda dengan segera selepas anda bayar habis loan kereta. Ini kerana jika anda tidak melakukan proses e-Batal JPJ dengan segera, geran kereta masih menunjukkan bahawa bank atau institusi kewangan masih mempunyai hak milik ke atas kereta tersebut. Jika berlaku sebarang kemalangan kenderaan atau masalah dengan kereta, bank atau institusi kewangan masih boleh menuntut hak milik ke atas kereta tersebut.

Prosedur e-Batal JPJ adalah mudah dan sangat penting untuk anda lakukan selepas habis bayar loan kereta. Jika anda masih belum melakukan prosedur e-Batal JPJ, diharapkan perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda.

Selain itu, sekiranya anda mahu renew insurans kereta, anda boleh mempertimbangkan Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Sempena Ramadan dan Hari Raya ini, Qoala menganjurkan kempen Raya Lagi Onzzz! yang menawarkan diskaun dan hadiah menarik untuk pelanggan bertuah.

  • Beli Insurans Online – Proses beli atau renew insurans kereta boleh dilakukan dengan mudah dari rumah tanpa anda perlu keluar ke pejabat Pos atau kaunter JPJ;
  • Banding Produk Insurans – Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia;
  • Terima Sebut Harga – Terima sebut harga percuma sepantas kilat untuk membantu melindungi kereta anda dengan lebih baik.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans online terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60