7 Tips Belanja Hari Raya untuk Elak Hutang, Belanja Ikut Nafsu

Kali terakhir diperbaharui Jul 12, 2023 oleh Syazwani Yahya
7 Tips Belanja Hari Raya untuk Elak Hutang, Belanja Ikut Nafsu

Setiap kali menjelang raya, pasti ramai yang melepaskan geram belanja hari raya dengan membeli barangan, pakaian dan kelengkapan rumah serba baharu. Tidak salah berbelanja sakan untuk persiapan raya, tetapi jangan sampai menjerat diri dalam hutang dan komitmen yang tinggi semata-mata memenuhi kehendak diri.

Cara Bijak Belanja Hari Raya yang Mesra Poket Boleh Anda Ikuti

Perbelanjaan yang tidak dirancang dikhuatiri menyebabkan anda terbeban dengan hutang dan boleh menjejaskan kewangan anda. Berikut tujuh (7) tips jimat belanja hari raya untuk panduan anda sempena lebaran ini.

1. Buat Bajet Belanja Hari Raya

Sediakan bajet perbelanjaan sendiri terutamanya semasa musim perayaan ini. Peruntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada gaji bulanan anda untuk digunakan sebagai persiapan hari raya anda.

Apabila tiba musim perayaan, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah aliran keluar masuk duit. Jika tidak dikawal atau anda gagal urus kewangan dengan baik, anda mungkin boleh berbelanja melebihi bajet yang telah ditetapkan.

Jika gaji bersih anda RM2,500, maka jangan berbelanja melebihi bajet raya RM750. Elakkan daripada berbelanja dengan boros – anda bukan sahaja perlu berbelanja untuk hari raya, tetapi hari-hari mendatang sementara menunggu gaji seterusnya.

Tetapkan juga had belanja setiap baju yang ingin dibeli. Contohnya, RM150 untuk baju raya dewasa dan RM70 untuk baju anak-anak untuk elakkan anda belanja melebihi bajet.

2. Senaraikan Barang

Buat senarai barangan yang perlu dibeli seperti baju raya, perhiasan raya atau kuih raya. Kekal komited dengan senarai barangan yang disediakan untuk elakkan anda daripada overspend atau terlebih belanja.

Anda tidak semestinya perlu beli baju raya baharu untuk dipakai pada hari raya. Sekiranya pakaian lama anda masih elok dan boleh digunakan, anda boleh untuk guna apa yang ada sahaja.

Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh mix and match pakaian lama anda dengan sedikit kelainan seperti padankan baju kebaya dengan seluar longgar dan sebagainya. Namun begitu, jika anda perlu beli baju baharu, beli baju raya dengan fesyen sederhana.

Anda boleh gunakan pakaian tersebut untuk pelbagai acara lain seperti kenduri kahwin atau pun secara santai pada hari biasa. Cara ini juga boleh bantu kurangkan pembaziran.

Ada sesetengah individu yang membeli baju raya dan hanya dipakai sekali sahaja semasa hari raya, kemudian disimpan di dalam almari.

Tips Jimat Belanja Hari Raya 2023

3. Jimat Belanja Hari Raya: Jadi Pengguna yang Bijak

Di musim perayaan, kebanyakan pusat beli-belah akan melakukan jualan murah dan diskaun perayaan. Anda boleh manfaatkan harga murah yang ditawarkan ini untuk nikmati lebih banyak penjimatan.

Namun begitu, pastikan anda berdisiplin dalam berbelanja dan jangan berbelanja terlalu boros – belanja hari raya mengikut bajet dan senarai perbelanjaan yang ditetapkan.

Kebanyakan daripada kita akan rambang mata dengan harga murah yang ditawarkan sehingga menyebabkan berbelanja melebihi kemampuan dan keperluan diri. Jika ada apa-apa lebihan belanja, ia boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang.

4. Elakkan Berhutang

Elakkan daripada berbelanja menggunakan kad kredit, perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian, pinjaman peribadi dan sebagainya semata-mata untuk bergaya sakan di hari raya.

Jika tidak dikawal, anda mungkin terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi – gaji bulan seterusnya mungkin habis lebih cepat untuk menjelaskan hutang-hutang ini.

Tidak berbaloi ikat perut semata-mata untuk beraya. Jangan berhutang yang tidak perlu dan rancang belanja hari raya dengan cermat dan teliti untuk ketenangan fikiran.

5. Masak Juadah Raya, DIY Hiasan Raya

Ramai yang memilih untuk menempah juadah raya seperti rendang, ketupat dan sebagainya. Tidak salah untuk anda berbuat demikian, tetapi lebih jimat belanja hari raya anda jika juadah ini dimasak sendiri dirumah bersama keluarga dan saudara-mara.

Apabila anda memasak sendiri juadah raya, anda bukan sahaja merasai kemeriahan raya yang berganda, tetapi dalam masa yang sama dapat menjimatkan wang anda. Selain itu, anda juga boleh gunakan kreativiti sendiri untuk menghias semula rumah agar kelihatan lain daripada biasa.

Daripada membazir wang membeli perabot atau TV baharu, anda boleh ubah suai kedudukan perabot rumah anda. Anda juga boleh cat baharu perabot anda bagi memberikan rasa yang berbeza.

6. Sediakan Tabung Kecemasan

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet anda untuk simpanan kecemasan. Ini kerana, kejadian tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Dana kecemasan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada berhutang atau menambahkan hutang sedia ada. Peruntukkan antara RM100 hingga RM300 (lebih baik lebih bagus) untuk dana kecemasan hari raya.

Jika berlaku perkara tidak diingini, anda boleh gunakan simpanan ini untuk menampung perbelanjaan. Contohnya, kereta tiba-tiba rosak tepi jalan, kos rawatan hospital atau duit belanja tidak mencukupi.

7. Rancang Perjalanan Balik Kampung

Rancang perjalanan balik kampung lebih awal. Jika memandu sendiri, pastikan anda servis kereta dan kondisi kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Tetapi jika anda balik kampung menggunakan pengangkutan awam seperti kapal terbang, anda disarankan untuk beli tiket lebih awal untuk mengelakkan harga yang tidak masuk akal.

Balik kampung menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan sebagainya membolehkan anda nikmati penjimatan yang lebih tinggi berbanding memandu sendiri.

Sebagai contoh, kos memandu dari Kuala Lumpur ke Terengganu adalah sekitar RM300 hingga RM350 sehala termasuk harga tol dan minyak kereta. Tetapi jika balik kampung dengan bas, ia menelan belanja kurang daripada RM100 untuk perjalanan pergi balik.

Tips Jimat belanja hari raya: Renew insurans kereta di qoala untuk ketenangan fikiran

Jimat Belanja Hari Raya: Renew Insurans Kereta dan Cukai Jalan di Qoala

Apabila tiba musim raya, ramai warga kota akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan kenderaan yang anda naiki memiliki perlindungan insurans serta roadtax kereta yang sah dan masih aktif.

Banyak sekatan jalan raya biasanya dilakukan semasa musim perayaan. Jadi, pastikan lesen memandu tamat tempoh atau insurans kereta anda diperbaharui untuk ketenangan fikiran dan elakkan anda daripada kena saman.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk beli insurans kereta untuk lebih perlindungan di hari raya ini, Qoala merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Ada banyak syarikat insurans yang boleh anda pilih untuk membantu anda jimat belanja hari raya ini.

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga tersayang lebih selamat dengan perlindungan insurans daripada Qoala.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60