Caruman i-Sayang KWSP 2024 Tanda Cinta Sejati?

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Caruman i-Sayang KWSP 2024 Tanda Cinta Sejati?

Kemudahan i-Sayang KWSP merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia memberi pilihan kepada suami untuk memindahkan dua peratus daripada caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri.

i-Sayang KWSP 2024: Isteri Bekerja Kini Boleh Pindahkan Caruman KWSP kepada Akaun Pasangan

Berdasarkan bajet 2024 yang diumumkan baru-baru ini, kemudahan i-Sayang KWSP kini diperluas. Ia tidak lagi terhad daripada caruman suami kepada akaun isteri, tetapi terbuka daripada caruman isteri kepada akaun KWSP suami. Bermula tahun 2024, kemudahan i-Sayang membolehkan isteri yang bekerja memindahkan caruman bulanan KWSP ke akaun suami.

Syarat Kelayakan i-Sayang

Secara asasnya, pendaftaran i-Sayang hanya boleh dibuat oleh suami (pemberi) secara sukarela. Ini bermaksud, isteri atau penerima tidak boleh mendaftar i-Sayang mewakili pemberi. Berikut merupakan antara syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum mendaftar i-Sayang KWSP:

Permohonan i-Sayang KWSP boleh dibuat melalui i-Akaun KWSP dan walk-in di kaunter KWSP

Syarat Kelayakan
Pemberi (Suami)
  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun.
Penerima (Isteri)
  • Warganegara Malaysia
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun.

*Makluman: Syarat kelayakan pemberi (isteri) dan penerima (suami) akan dikemas kini.

Permohonan Pendaftaran i-Sayang KWSP

Permohonan pendaftaran i-Sayang boleh dibuat secara sukarela oleh pemberi. Pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila caruman daripada majikan dikreditkan ke dalam akaun KWSP pemberi. Permohonan pendaftaran i-Sayang KWSP boleh dibuat melalui dua (2) saluran berikut:

1. i-Akaun (Ahli)

Pendaftaran i-Sayang KWSP boleh dibuat melalui i-Akaun KWSP seperti berikut:

      1. Log Masuk i-Akaun dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan;
      2. Kemudian, klik tab i-Sayang;
      3. Klik menu pendaftaran i-Sayang di bahagian kiri atas, kemudian klik Daftar Sekarang;
      4. Sistem akan memaparkan maklumat penting yang perlu dibaca dan difahami, kemudian klik OK;
      5. Isi maklumat penerima dengan masukkan 12 digit nombor MyKad – klik butang +Penerima jika rekod penerima wujud, dan klik Seterusnya;
      6. Baca serta fahami perakuan yang dipaparkan sebelum meneruskan proses dan tandakan ✔ sebagai tanda penerimaan dan persetujuan;
      7. Klik Permohonan TAC – masukkan nombor TAC yang diterima dan klik Hantar;
      8. Permohonan anda telah diterima dan berjaya didaftarkan;
      9. Status pendaftaran i-Sayang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli).

2. Pejabat KWSP yang Berhampiran

Selain i-Akaun, permohonan juga boleh dibuat melalui Pejabat KWSP berhampiran anda. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:

      1. Muat turun Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang–KWSP 16G (SY) melalui laman web KWSP;
      2. Isi lengkap borang tersebut dan serahkan di mana-mana kaunter KWSP berhampiran anda;
      3. Selesai.

Caruman i-Sayang melalui i-Akaun yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan tanpa sebab. Pembatalan hanya boleh dibuat jika berlaku penceraian atau kematian penerima dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti:

      1. Sijil Penceraian; ATAU
      2. Sijil Kematian Pasangan (penerima).

Kemudahan i-Sayang KWSP daripada suami atau isteri kepada pasangan

i-Sayang KWSP Menggalakkan Lebih Ramai Rakyat Malaysia Menabung Demi Masa Depan Persaraan

Kemudahan i-Sayang ini merupakan sebahagian daripada usaha KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan. Caruman sukarela daripada suami atau isteri memberikan peluang kepada pasangan masing-masing untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.

Ia juga membolehkan pasangan mendapat akses kepada kewangan yang berkualiti seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP yang lain. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan untuk perlindungan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh bandingkan beberapa syarikat insurans dan pilih mana-mana polisi yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60