Fasiliti Sokongan Akaun 2: Pengeluaran KWSP Bersyarat 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Fasiliti Sokongan Akaun 2: Pengeluaran KWSP Bersyarat 2024

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan satu kemudahan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia diwujudkan bagi membolehkan ahli yang berusia bawah 55 tahun membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat. Menerusi perkhidmatan ini, ahli KWSP boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

9 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP)

Secara asasnya, Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau FSA2 menawarkan penyelesaian sementara yang praktikal untuk ahli KWSP yang berdepan dengan isu ketidakcukupan tunai. Ia membolehkan ahli menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi tanpa memberi impak yang ketara kepada simpanan persaraan mereka.

Berikut merupakan antara perkara penting berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang anda perlu tahu sebelum anda memohon kemudahan ini:

1. Apa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (atau FSA2) merupakan satu kemudahan yang diwujudkan bertujuan untuk membantu ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Ia membolehkan ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian.

2. Berapakah Jumlah Pembiayaan Maksimum?

FSA2 melibatkan jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000. Namun begitu,  ia tertakluk pada baki Akaun 2 KWSP dengan tempoh pembayaran balik hingga 10 tahun.

3. Siapa yang Layak Memohon FSA2?

Berikut merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja;
  • Terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 40 tahun dan ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun;
  • Simpanan minimum ahli KWSP dalam Akaun 2 mestilah sekurang-kurangnya RM3,000;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan);
  • Permohonan yang dibuat memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

4. Apakah Kesan kepada Ahli yang Membuat Permohonan Awal Pengeluaran Bersyarat?

Setelah permohonan awal pengeluaran bersyarat diluluskan oleh KWSP, amaun pinjaman tersebut berserta dividen KWSP yang terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur pilihan pengeluaran.

Selain itu, sebarang pengeluaran prapersaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

5. Bank Manakah yang Menyediakan Pinjaman Fasiliti Sokongan Akaun 2 Ini?

Sehingga 30 Mac 2023, hanya dua institusi perbankan yang menyediakan pinjaman ini, iaitu:

Kedua-dua institusi perbankan ini menawarkan pinjaman dengan kadar faedah antara empat hingga lima peratus, lebih rendah berbanding kadar faedah pasaran semasa.

Permohonan Awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun

6. Bilakah Permohonan Fasa 1 Dibuka?

FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa – untuk ahli berumur 40 tahun ke atas (Fasa 1) dan 40 tahun ke bawah (Fasa 2). Ahli yang berumur 40 tahun ke atas boleh memohon untuk Fasa 1 yang dibuka bermula 7 April 2023 sehingga 6 April 2024. Manakala, tarikh permohonan FSA2 untuk Fasa 2 akan dimaklumkan kemudian.

7. Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

Permohonan FSA2 boleh dibuat secara online melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Bagi pencarum yang berminat untuk memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini, berikut tiga langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

i. Buat Semakan Awal

Lakukan semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Semakan Kelayakan Jumlah Pinjaman KWSP yang Dibenarkan Secara Online

Semakan jumlah pinjaman FSA2 boleh dilakukan secara online menerusi laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my

      1. Log masuk ke akaun ahli KWSP;
      2. Pada Halaman Utama, jumlah simpanan Akaun 2 akan dipaparkan. Jumlah simpanan ahli dalam Akaun 2 menentukan sama ada ahli KWSP layak membuat permohonan atau tidak;
      3. Sekiranya amaun dalam Akaun 2 menepati syarat yang ditetapkan oleh KWSP (minimum RM3,000), anda layak untuk membuat permohonan FSA2.

ii. Buat Permohonan

Permohonan pembiayaan peribadi boleh dilakukan melalui laman web institusi perbankan pilihan anda. Proses ini bagaimanapun bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

iii. Kemukakan Permohonan

Anda perlu mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui laman web institusi perbankan. Amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan bergantung pada institusi perbankan berkenaan.

8. Bagaimana Cara Bayaran Balik Pinjaman KWSP oleh Pencarum KWSP?

Bayaran balik pinjaman FSA2 ini akan melalui beberapa proses yang melibatkan pencarum, pihak KWSP dan institusi perbankan yang meluluskan permohonan. Berikut merupakan mekanisme bayaran balik pinjaman oleh pencarum KWSP menerusi Akaun 2 KWSP;

  • Pihak KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank;
  • Jumlah yang dibayar oleh pencarum akan digunakan untuk melunaskan baki pembiayaan peribadi sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.

9. Apakah Kesan Jika Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2 Tidak Dibayar?

Kegagalan ahli untuk menjelaskan atau membayar balik pinjaman ini boleh memberi kesan kepada ahli. Individu yang gagal melunaskan pinjaman berkemungkinan nama disenarai hitam oleh pihak institusi perbankan dan mempunyai rekod CCRIS yang tidak baik. Malah, ada kemungkinan peminjam boleh diisytiharkan muflis atau tidak dibenarkan untuk keluar negara.

Sebelum memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini, penting untuk anda mengetahui status dan kedudukan kewangan anda untuk mengelakkan anda daripada terbeban daripada risiko kewangan yang boleh memakan diri.

KWSP perancangan persaraan untuk masa depan

Simpanan KWSP: Simpanan Persaraan untuk Perlindungan Masa Depan

Semoga panduan berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ini dapat membantu anda memahami impak kepada simpanan anda, dan membolehkan anda merancang kewangan anda dengan lebih baik.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan untuk perlindungan tambahan kepada masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, selamat dan cepat.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60