Pembentangan Bajet 2023 Malaysia, Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui May 29, 2023 oleh Shafiq Wahab
Pembentangan Bajet 2023 Malaysia, Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat dengan tema “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”. Pembentangan Bajet 2023 memfokuskan usaha kerajaan dalam mengukuhkan usaha pemulihan ekonomi serta persediaan menjaga kepentingan rakyat dalam berdepan ketidakstabilan ekonomi, kemungkinan kemelesetan global tahun hadapan serta menangani impak Covid-19.

7 Fokus Utama Bajet 2023: Ringkasan & Intipati Belanjawan 2023

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion untuk Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion dalam bajet tahun lepas dengan pendekatan 3R – responsif (responsive), bertanggungjawab (responsible) dan reformis (reformist). Bajet 2023 dirangka memberi tumpuan kepada empat agenda iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan peniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Bajet 2023 berdasarkan tiga bidang keutamaan – mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi, mengukuhkan daya tahan ekonomi, dan melaksanakan pembaharuan menyeluruh dalam aspek ekonomi serta sosial bagi perniagaan, sektor keutamaan dan negara. Berikut merupakan antara fokus utama Bajet 2023 untuk rujukan anda:

Bajet 2023 Malaysia

Fokus 1: Kumpulan B40

Bajet 2023 akan memberi fokus kepada usaha melindungi kebajikan rakyat daripada golongan B40 seperti berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan bulanan kepada golongan miskin seperti Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-kanak serta Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar;
  • Nasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2023;
  • Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 diperluas mengikut Pendapatan Garis Pendapatan (PGK) Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah;
  • Bantuan Keluarga Malaysia: Bantuan one-off RM2,500 kepada isi rumah yang layak;
  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan – ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum RM3,000;
  • RM1 bilion untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.

Fokus 2: Kumpulan M40

Bajet 2023 juga turut memberi keutamaan kepada golongan isi rumah kumpulan pertengahan. Kerajaan komited dalam usaha menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan untuk golongan M40 seperti berikut:

  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM50,000 hingga RM100,000;
  • Inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-Dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.

Fokus 3: Wanita dan Kanak-kanak

Kerajaan juga komited dalam memberi penekanan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Berikut antara fokus utama yang perlu diberi perhatian:

  • Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023 untuk menoktahkan segala bentuk gangguan seksual – Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023;
  • Bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, Pusat Sokongan Sosial Setempat akan diperkukuh;
  • Kerajaan akan memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada kaum wanita dengan peruntukan RM11 juta;
  • RM235 juta dana pembiayaan untuk meningkatkan lebih ramai kapasiti peniagaan dalam kalangan wanita dan menambah baik strategi pemasaran – Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat.
  • Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, memperkasa peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat;
  • Menggalakkan wanita kembali bekerja setelah career break – mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga 2028;
  • Kerajaan bersetuju melanjutkan pelepasan cukai sehingga sehingga tahun taksiran 2024 sebanyak RM3,000 ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar.

bajet 2023 Malaysia

Fokus 4: Golongan Belia

Selain itu, kerajaan turut memberi keutamaan kepada golongan belia. Antara manfaat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 adalah seperti berikut:

  • Kerajaan akan menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan;
  • RM305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk menggalakkan golongan belia berniaga melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank;
  • Kerajaan bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV dan menanggung bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2 khusus untuk golongan B40;
  • e-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada RM200.

Fokus 5: Perlindungan Sosial

Berikut merupakan antara manfaat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 bagi aspek perlindungan sosial:

  • Kerajaan akan mula mewajibkan caruman SKSPS kepada semua sektor pekerjaan sendiri terutamanya sektor berisiko tinggi secara berperingkat;
  • Had caruman sukarela KWSP akan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun – untuk galakkan, Kerajaan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000;
  • Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000.

Fokus 6: Kos Sara Hidup

Bagi kos sara hidup, berikut antara aspek yang diberi perhatian:

  • Kerajaan memperuntukkan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif.

Fokus 7: Pemilikan Rumah

Bajet 2023 juga turut memberi fokus kepada pemilikan rumah. Antara perkara yang boleh dimanfaatkan adalah seperti berikut:

  • Untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama, duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dikecualikan sepenuhnya hingga akhir tahun 2025;
  • Pengecualian bayaran duti setem akan dinaikkan daripada 50 kepada 75 peratus sehingga 31 Disember 2023;
  • Pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara keluarga seperti daripada suami kepada isteri, bapa kepada anak atau datuk kepada cucu hanya dikenakan duti setem sebanyak RM10;
  • Peruntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah di luar bandar akan ditingkatkan, kadar siling bantuan bina baharu rumah turut dinaikkan;
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) disediakan dengan peruntukan RM367 juta ringgit, Program Rumah Mesra Rakyat pula melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta;
  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menyediakan jaminan Kerajaan atas pinjaman perumahan terutamanya untuk membantu
    peminjam tanpa pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing;

Semoga perkongsian mengenai intipati Belanjawan 2023 atau Bajet 2023 ini boleh dijadikan panduan oleh rakyat Malaysia. Selain itu, jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan insurans kemalangan peribadi, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kemalangan diri daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan perlindungan insurans kemalangan diri terbaik dan komprehensif untuk perlindungan anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60